Rabu, Jun 02, 2010

PM Jepun ke 4 Yang Meletakkan Jawatan dalam Tempoh 4 Tahun Kerana Tekanan Rakyat?

Perdana Menteri Jepun letak jawatan

02/06/2010 11:47am

TOKYO 2 Jun – Perdana Menteri Jepun yang berhadapan dengan masalah hari ini mengumumkan meletak jawatan kerana melanggar janjinya ketika berkempen untuk memindahkan Stesen Udara Futenma Kor Marin Amerika Syarikat (AS) keluar dari selatan pulau Okinawa.

Yukio Hatoyama merupakan Perdana Menteri Jepun keempat yang meletak jawatan dalam tempoh empat tahun.

Sehingga semalam, Hatoyama bertegas untuk tidak meletak jawatan ketika mengadakan rundingan dengan anggota kanan Parti Demokratik Jepun pimpinannya.

Bagaimanapun pagi ini, selepas lapan bulan menjadi Perdana Menteri, Hatoyama mengumumkan peletakan jawatan beliau. – AP
------------------------
respon : Isu Judi + subsidi dijangka dihapuskan+ isu APCO + isu misi Gaza diserang di Perairan A/Bangsa.. tekanan rakyat akan meningkat ke atas BN! Mampukan DS Najib bertahan dan melepas jawatan PM nya???

Tiada ulasan: