Rabu, Jun 02, 2010

Pas ziarah keluarga Ashwad Ismail di Kedah! YB Mahfuz cadang mereka yang terlibat Misi Gaza diberikan penghormatan dan anugerah!


Bashir Ishak   
ALOR SETAR, 2 Jun: Tiada khabar yang lebih menggembirakan seorang ibu selain mendengar sendiri suara anak tunggalnya yang diberitakan telah ditahan oleh rejim zionis Israel ketika menyertai misi bantuan kemanusiaan ke Gaza.





Wan Mafuzah dan Ismail mengucapkan syukur dengan keadaan anak mereka dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan dan bantuan.

Terdahulu, pimpinan PAS diketuai Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar menziarahi Wan Mafuzah dan Ismail di kediaman mereka dan mengadakan majlis bacaan Yaasin dan doa selamat.

Turut serta, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, Ustaz Ahmad 'Izzat Shauki, Ahli Parlimen Pendang, Datuk Dr Hayati Othman dan Ahli Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria. Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Pinang, Datuk Rohsidi Osman dan Setiausaha PAS Alor Setar, Adnan Saad.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Mahfuz melahirkan rasa syukur dengan perkembangan semasa dan berharap agar masyarakat Malaysia dan seluruh dunia memberikan penghargaan kepada semua yang terlibat dalam misi kemanusiaan ke Gaza itu.

"Saya minta Yang di-Pertuan Agong memberikan anugerah kepada semua rakyat Malaysia yang terlibat dalam misi ini kerana keberanian yang telah mereka tunjukkan serta telah mengharumkan nama negara.

"Begitu juga kepada Ashawad, saya berharap kepada kerajaan negeri dan juga perkenan Tuanku Sultan untuk memberikan penghargaan kepada Ashwad selaku rakyat negeri ini yang telah mengharumkan nama negera dan negeri Kedah," ujarnya.

Tiada ulasan: