Abhisit selamat dari undi tidak percaya
02/06/2010 4:07pm
BANGKOK 2 Jun - Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva hari ini selamat daripada undi tidak percaya terhadapnya di Parlimen.
Beliau memperoleh 246 undi yang menolak usul itu yang dibentangkan oleh Pembangkang berbanding 186 undi yang bersetuju.
Sebanyak 11 anggota Parlimen mengambil pendirian berkecuali dan 10 lagi tidak hadir bagi proses pengundian itu yang diwakili 474 anggota Parlimen.
Parti Demokrat yang diterajui perdana menteri menguasai 172 kerusi manakala sekutu gabungan kerajaan menguasai 114 kerusi dan parti pembangkang Pheu Thai menguasai 188 kerusi.
Ketua Whip Pembangkang Wittaya Buranasiri mengemukakan usul itu di Parlimen pada 24 Mei dan Parlimen menetapkan dua hari sehingga semalam untuk membahaskan usul celaan itu. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan