Selasa, Jun 01, 2010

Terkini! Kapal Mavi Marmara dikosongkan! Jika tak banyak karenah, dibebaskan tahanan!


Mavi Marmara dikosongkan, nasib aktivis tidak tentu
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 1 Jun: Laporan terakhir mengenai keadaan misi kemanusiaan Freedom Flotilla yang diserang oleh komando rejim Israel menyebut bahawa sejumlah 535 penumpang sudah diturunkan dari kapal Mavi Marmara.
Menurut laman web Haluan Palestin, kapal itu kini dilabuhkan di Ashdod dan dalam keadaan kosong.
Informasi yang diungkapkan oleh Al-Jazeera tersebut diperolehi dari Kementerian Luar Negeri Israel.
Kebanyakan penumpang berasal dari negara yang memiliki hubungan diplomatik dengan Israel, seperti Lubnan, Mesir, Yaman dan yang lainnya sementara bakinya berasal dari negara yang tidak memiliki hubungan diplomatik dengan Israel.

Bagi aktivis yang berasal dari negara yang memiliki hubungan diplomatik, jika mereka tidak membantah arahan pemerintah, maka Israel maka mereka akan dihantar pulang  secara  langsung dengan menaikkan pesawat yang disediakan di bandar Tel Aviv.
Manakala bagi aktivis yang negaranya tidak memiliki hubungan diplomatik, ditahan oleh Israel hingga ada negara ketiga yang mahu menerima mereka.
Sehingga laporan ini dicatatkan, Al-Jazeera menyatakan ada 48 aktivis yang telah dihantar pulang, salah seorangnya adalah Edward Peck, warga yang berusia 81 tahun yang juga merupakan mantan Duta Amerika Syarikat.
Bakinya sejumlah 480 orang ditahan di penjara Israel di Beersheba. Mereka akan dihantar pulang jika urusan perundangan mereka dengan kerajaan Israel selesai.

Tiada ulasan: