Filipina mula ajar pendidikan seks di sekolah
02/06/2010 2:42am
MANILA 2 Jun - Sekolah rendah dan menengah di Filipina akan memulakan pengajaran pendidikan seks asas sebagai program perintis sekali gus menepis kebimbangan pemimpin gereja bahawa ia akan menggalakkan lebih banyak seks rambang di kalangan golongan muda.
Kelas terbabit bagaimanapun tidak memasukkan maklumat mengenai pencegahan kehamilan yang menjadi topik kontroversi di negara Roman Katolik konservatif itu.
Bermula tahun ini, pendidikan seks akan dimasukkan dalam subjek sains, kesihatan, bahasa Inggeris dan pendidikan fizikal , kata Pembantu Setiausaha Pendidikan, Teresita Inciong, yang mengetuai projek yang dibiayai oleh Tabung Kependudukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). - AP
---------------------------
respon : Pendidikan Seks di Malaysia diajar antara lain bertujuan agar pelajar lelaki dan perempuan ambil iktibar sistem tubuh badan manusia.. insaf tentang asal usul kelahiran dan melahirkan rasa simpati dan sayang terhadap kelahiran.. justeru akan membantu mengurangkan jenayah 'buang' serta 'bunuh' anak... apakah ia jalan terbaik di Malaysia?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan