Rabu, Jun 02, 2010

Isu Kapal Selam Tak Boleh Menyelam! Polis Perancis menyerbu...

Scorpene: Polis Perancis serbu pejabat DCNS
Jun 2, 10 12:29pm
Polis Perancis menyerbu pejabat pengeluar senjata DCNS dan kumpulan industri Thales berhubung siasatan terhadap penjualan kapal selam kepada Malaysia, demikian menurut sumber kehakiman semalam.

Dokumen-dokumen dirampas dalam serbuan tersebut minggu lalu, tambah sumber itu.
Thales enggan mengulas perkara itu, manakala DCNS memberitahu AFP bahawa ia "tidak mengesah atau menafikan maklumat tersebut."

"Satu siasatan sedang dijalankan dan kami tidak boleh memberi sebarang komen."

Mac lalu, Pejabat pendakwaraya Paris memulakan siasatan terhadap penjualan kapal selam tersebut pada tahun 2002 ekoran aduan yang dibuat oleh badan hak asasi manusia dari Malaysia, Suaram.

Suaram mendakwa Armaris - anak syarikat Thales dan DCN - telah membayar komisyen sebanyak 114 juta euro kepada syarikat Malaysia Perimekar, yang dikaitkan dengan individu yang rapat dengan Perdana Menteri sekarang, Datuk Seri Najib Tun Razak .
Najib merupakan merupakan menteri pertahanan pada tahun 2002 dan bertanggungjawab dalam rundingan kontrak tersebut.
-------------------------
respon : Apakah isu ini akan membawa BN ke kemuncak kejatuhan????

Tiada ulasan: