Isnin, Jun 07, 2010

Pas bangga dengan keberanian sukarelawan Gaza!

kemanusiaan Gaza

Mohd Sabri Said   
PULAU PINANG, 6 Jun: PAS berbangga dengan keberanian dan semangat kental yang ditunjukkan sukarelawan bantuan negara ke Gaza walaupun dikepung dan dipenjarakan di Israel namun semangat mereka tetap kental dan percaya pengalaman tersebut boleh dimanfaatkan kepada rakyat negara ini.  
 

Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa (gambar) semasa ditemui selepas merasmikan Konvensyen PAS Pulau Pinang di Dewan Sunshine Square Bayan Baru pagi tadi menegaskan, apa yang mereka korbankan demi menyelamatkan rakyat Gaza di Palestin amat dihargai walaupun gagal untuk meneruskan perjalanan kerana diserang dan dikepung oleh tentera rejim Israel di laut antarabangsa.
-----------------------------
yusz : elok lepas ni semua pihak di dunia terus menghantar kapal-kapal misi keamanan.. biar pening kepala tentera dia...

Tiada ulasan: