Isnin, Jun 07, 2010

Muka Taukeh Judi-Tan Sri Vincent Tan!


Suhaizan (S/U Gerakan Membantah Judi Malaysia -GMJ) berkata, Tan (Gambar) seolah-olah cuba membayar segala tentangan rakyat Malaysia terhadap judi sukan dengan derma tersebut.

"Apalah maknanya dengan angka RM525 juta dibandingkan dengan kerosakan terhadap keluarga, masyarakat dan negara ekoran daripada kelulusan lesen judi sukan ini. "Negara terpaksa membayar kerosakkan ini dengan nilai yang jauh lebih besar daripada derma yang akan disalurkan," katanya.

Sehubungan itu, katanya, GMJ akan berkempen seluruh negara membantah lesen judi sukan sehingga lesen ini ditarik balik.

"Saya menasihatkan kepada Tan Sri Vincent Tan agar menyerahkan duit derma tersebut kepada pihak yang meluluskan lesen judi tersebut. Barangkali mereka memerlukan," tambahnya.

Tiada ulasan: