Rabu, September 23, 2009

UCAPAN SMS HARI RAYA ADIL FITRI... IDEA MENARIK

Banyak SMS yang saya terima sempena Hari Raya Tahun ni.. elok la juga dilampir ke sini, boleh kita pakat-pakat tengok...

1) Kian berlabuh tirai Ramadhan, lambaian Syawal kian dinanti, luhur hati ikhlas amalan, semoga segala ibadat Allah berkati, selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri

2) Kok dilipek sebosar kuku, kok dibontang sebosar alam, kok hilang dicaghi, kok hanyut dipenteh, kok tonggolam disolam, datang biarlah nampak muka kok poie biarlah nampak balakang, jauh dihimbau, dokek digamit, seuntai salam sojambok kato, dogup bicaro menghusik raso. Maaf den pinto,seikhlas jiwo.. kok kok jauh ka didokekan.. ingat sentiaso di mindo tak ponah dilupo..Selamet hari rayo dan maap zahir dan batin yo

3) Cakap Anwar belum terjadi, Cakap Pak Lah tak pernah menjadi, Cakap najib tak kan jadi. Cakap penyimpan Mohor Besar Raja-Raja tiap-tiap tahun menjadi! Selamat Hari Raya!

4) Hasrat Pub Mutual,
Didik pelabur rajin,
Selamat Hari Raya,
Maaf Zahir Batin.

Kalau dapat duit raya,
Ajar anak agar simpan,
Kalau ada silap saya,
Harap dapat dimaafkan.

5) adakala mata silap memandang, hati salah menduga, fikiran khilaf mentafsir,
lidah terlanjur berkata, mohon maaf untuk segalanya.. selamat hari raya

6) pejam celik pejam celik, dah tiba hari raya. Pejam celik pejam celik dah lama tak jumpa.
Makin dipejam dan dicelik makin banyaklah salah dan dosa. Sementera masih celik,
banyaklah buat pahala, sebelum pejam tak celik-celik, harap maaf jika tersalah kata. Selamat
Hari Raya...

7) Selamat hari Raya, moga semangat Ramadhan serta I'dil Fitri terus memandu, memberkahi
perjalanan hidup kita.

8) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi, dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa,
dalam kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata, dalam gurau senda sudah tentu ada
khilaf dan dosa.. kini ramadhan akan melabuhkan tirainya dan syawal akan menjelma... dalam
kita bergembira untuk menyambut dan meraikannya, maka janganlah pula kita lupa kepada
yang tiada.. mohon maaf andai ada salah dan silap... selamat hari raya...

9) Gema takbir memuji Ilahi, petanda bermula Aidil Fitri, SMS dikirim pengganti diri, bukan nak lupa adat dan tradisi, tapi ikut teknologi hujung jari.. Eid Mubarak! 'Maaf zahir Batin'..

10) Tiada kata seindah zikir, tiada ukhwah seindah islam, Izinkan kedua tangan bersimpuh maaf untuk lisan yang tak terjaga, janji yang terabaikan, hati yang berprasangka, hutang yang terlupa dan sikap yang pernah menyakitkan.. harap ukhwah kita bertambah dalam jamaah, selamat hari raya...

11) Aku minta kepada allah setangkai bunga segar.. dia beri kaktus berduri. Aku minta rama-rama.. dia beri ulat bulu. Aku sedih dan kecewa.. namun kemudian.. kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat bulu menjadi rama-rama yang sangat cantik. Itulah cara Allah, indah pada masanya! Allah tidak memberi semua yang kita harapkan, tapi Dia memberi apa yang kita perlukan.. kadang-kadang kita sedih, kecewa dan terluka tapi jauh di atas segalanya dia mengatur yang terbaik buat hidup kita.. Salam Aidil Fitri...



12) SALAM 1 ADILFITRI. SOLAT DIDAHULUKAN. AKHIRAT DIUTAMAKAN! :)

Tiada ulasan: