Isnin, September 14, 2009

Hukum Solat Di Biara/ Gereja?

1) Ust Zulkifli (T'ganu) berkata :

Jika sekiranya tiada perkara-perkara seperti najis, gambar-gambar berroh, anjing, patung dan lain-lain maka sebahagian ulamak
(As-syabi, Umar Abdul Aziz, Imam Al-Auzai'e,Alhanabilah, dan lain-lain) membenarkan solat di biara, gereja.


2) Ust Hafizullah (KK) berkata : sah dan halal, tetapi jika menimbulkan fitnah contohnya kita menyembah Tokong Cina (ada patung kecil/besar) itu TIDAK BOLEH, rujuk kisah Saidina Umar semasa pembukaan Baitul Maqdis.


Rujukan : Lihat Kitab Al-Mufassal (Shekh Abdul Karim Bin Zaidan) Jilid 1, m/s 185

Tiada ulasan: