Khamis, September 10, 2009

Antara tanda akhir zaman, hilangnya keberkatan dalam pengurusan masa, dan banyak kejahilan dalam masyarakat..

Melihat kepada 2 keping gambar ini, ianya adalah lumrah yang kita lihat di sekolah apabila datang musim peperiksaan.. kerana kurang membaca, kurang persediaan inilah akibatnya.. jalan ringkas, tidurlah... baru 15 minit berjalan peperiksaan berjalan peperiksaan, dah mengalah... agak-agak bagaimana nasib mereka di kemudian hari.. jika mereka akan bergelar pemimpin, pemimpin yang tidak berilmu yang akan memimpin masyarakat? inilah yang digambarkan oleh Nabi saw bahawa orang yang jadi pemimpin bukan mereka yang jujur tetapi yang khianat dalam kumpulan kamu...

Rosaklah negara, jika pemimpin yang tidak berilmu apatah lagi yang beriman memerintah.. jadilah negara dalam keadaan lintang pukang.. banyak rasuah... di mana silapnya?

Segalanya didikan di rumah.. bagaimana seorang guru hendak mendidik pelajar yang ramai dalam masa 6 jam sahaja, sedang 18 jam lagi pelajar di rumah, dengan tiada kemahiran keibubapaan dan rancangan televisyen yang bercampur aduk, baik dan melalaikan.. ada yang allah suka dan ada yang diharamkan lagi tetapi ditayangkan dalam televisyen Tv1,Tv2, Tv3,Tv7,TV8,TV9, Astro dan sebagainya...

Habislah dunia ini jika gangguan 'iman' ini menyerang jiwa-jiwa muda...

Jika kita ibubapa, tingkatkan penguasaan kemahiran keibubapaan!

Tiada ulasan: