Selasa, September 29, 2009

Perlis- Isu Wahabi kah sampai Imam bukan Wahabi ditukar?


--------Negeri Perlis paling kecil di Malaysia... namun, kecil-kecil cili api.. Isu yang hangat diperkatakan baru-baru ni dan mungkin sedang berlarutan ialah isu peyusunan semula pentadbiran imam di Perlis (kata Pengarah Jaips)..


>> dari malaysiakini.com

Perdebatan agama sentiasa tercetus di negeri itu ekoran terdapat fatwa dan pengamalan fekah yang berbeza diamalkan dalam fahaman 'Sunnah Perlis; antaranya seperti melaungkan azan hanya sekali untuk solat Jumaat, tidak membaca talqin untuk jenazah, tidak membaca doa qunut dalam solat Subuh, manakala bacaan bismillah sebelum bacaan al-Fatihah dalam solat, dibaca secara perlahan, berbanding yang diamalkan dalam Mazhab Shafie.


Walaupun Perlis menerima 'Sunnah Perlis' atau 'Salafi' dalam undang-undang tubuh negeri itu, tetapi sejak 40 tahun lalu, ia tidak dikuatkuasakan. Ia juga diterima sebagai tidak bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Bagaimanapun, sehingga ini Malaysiakini difahamkan sebahagian besar atau 65 peratus daripada kira-kira 100 masjid di Perlis, tidak mengamalkan 'Sunnah Perlis' tersebut kerana mereka berpegang sepenuhnya kepada ajaran Mazhab Shafie.

Malaysiakini juga difahamkan bahawa dua imam di sebuah masjid di Kangar itu - Masjid Al-A'la Behor Temak - yang tidak mengamalkan fahaman 'Sunnah Perlis' - telah menerima surat arahan pertukaran pada 18 Ogos lalu.

Tiada ulasan: