Ahad, September 27, 2009

KKDN dipecah zaman Pak Lah. Zaman Najib disatukan ke KDN sahaja...

Kementerian Keselamatan Dalam

Negeri Malaysia

Kementerian Keselamatan Dalam Negeri Malaysia ialah sebuah kementerian yang berada di bawah kerajaan Malaysia. Kementerian ini ditubuhkan pada 27 Mac 2004 rentetan daripada perpecahan Kementerian Dalam Negeri kepada dua Kementerian, iaitu Kementerian Keselamatan Dalam Negeri dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

Kementerian Keselamatan Dalam Negeri diterajui oleh Perdana Menteri Malaysia sendiri iaitu Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi dan disokong oleh dua orang Timbalan Menteri. Ketua Setiausaha (KSU) KKDN dibantu oleh dua orang Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU), iaitu TKSU (Keselamatan) yang bertanggungjawab ke atas lima Bahagian yang masing-masing diketuai oleh seorang Setiausaha Bahagian. Manakala TKSU (Pengurusan) mempunyai lapan Bahagian di bawahnya. Tiga lagi unit bertanggungjawab secara langsung kepada KSU.

Terdapat empat Jabatan/Agensi di bawah KKDN iaitu:

Pada tahun 18 Mac 2008, di bawah kepimpinan perdana menteri Malaysia ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak, satu kabinet baru telah diumumkan dan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri sekali lagi digabungkan ke dalam Kementerian Dalam Negeri.

Tiada ulasan: