Isnin, September 21, 2009

GANGGUAN SYAITAN / HISTERIA...


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.. BERIKUT SAYA EDIT SEGALA PERBUALAN RAKAN-RAKAN SAYA DALAM TEAM
'AL al Bayt Jordan Mailing List'
berkaitan syaitan/ histeria di sekolah atau di mana sahaja... ambillah pengajaran dan pedoman...


Diskusi rakan-rakan bermula dengan artikel dalam Utusan Pahang bertajuk :


Histeria terus menghantuiTEMERLOH 10 Sept. – Meskipun berada dalam bulan Ramadan, kejadian histeria terus menghantui Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paya Pulai dekat sini apabila tujuh pelajar perempuannya sekali lagi meracau-racau ketika menduduki peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Dewan Serbaguna Taman Setia Jasa, di sini hari ini. Segala usaha bagi menenangkan keadaan di dalam dewan itu bagaimanapun hanya kelihatan berhasil apabila guru-guru memindahkan pelajar terlibat secara bergilir menggunakan kereta bagi mendapatkan rawatan di sekolah. “Sejak ia berlaku beberapa bulan lalu, kita sudah memanggil seramai 20 orang pengamal perubatan Islam untuk solat dan membaca surah Yasin tetapi nampaknya tidak berkesan,” jelasnya.

------------------------------------------------------

Ust hafizullah Ubaidah berkata :

Salam...
pemahaman kepada syaitan dalam tanggapan beberapa ulamak merujuk kepada kejahatan, sebab itu ia dipanggil perangai syaitaniah kepada bperkara2 yang jelek dan jahat. maka perangai syaitan ini harus ada pada jin dan juga manusia

sebab itu kita kena berlindung dari keduanya....penafsiran syaitan dibelenggu dibulan posa banyak tafsirannya adakah mengikut laras realiti bahasa yang digunakan nabi atau ada mafhum tersirat padanya. apapun ana tak berapa bersetuju dengan kenyataan / artikel akhbar ini :

Sejak ia berlaku beberapa bulan lalu, kita sudah memanggil seramai 20 orang pengamal perubatan Islam untuk solat dan membaca surah Yasin tetapi nampaknya tidak berkesan,” jelasnya. melalui apa yang kita pelajari bersama di kuliah perubatan islam darus syifa bersama DR.AMRAN KASIMIN tahun 2000 di MPI dulu, setiap rawatan mempunyai kesannya yang tersendiri. kerana itu si perawat tidak boleh mendabik dada bahawa dia berjaya mengubat seseorang pesakit hanya kerana pesakit itu tatkala bertemu dgn nya menjadi semakin baik dan sembuh. ini kerana setiap perawat ada memberi kesan mereka tersendiri samada 10% atau 20 % atau 50% atau 75%. Mungkin perawat terakhir hanya menghabiskan 15% dari bakit sakit yang ada dan pesakit itu bertambah baik, ini tidak menjadikannya lebih baik dari orang lain. Bukankah begitu ?? mengikut cara laporan dinyatakan ... ternyata ianya saka yang telah diwarisi oleh pelajar itu sekian lama.
wallahuallam
----------------------------------------


2) Dr. Mazlee Malik pula berkata : Cuba fikirkan,

Menurut statistik dan kajian empirikal, A) kebanyakan kes histeria berlaku di sekolah majoriti Melayu Islam. B) kebanyakan kes berlaku menjelang peperiksaan ataupun tarikh tamat penyerahan assignment(di IPT). C) kebanyakan kes berlaku di kalangan murid2 atau pelajar2 perempuan. D) kebanyakan kes semakin meriah bila ada ghostbuster2 atau ustaz2 datang utk merawat dgn seribu satu petua. E) selepas periksa, tiada lagi histeria. F) kebanyakan juga berlaku di bangunan atau sekolah baru yang para pelajar tidak suka (mcm kita di Al Bayt) dulu. Cuba gunakan ilmu psikologi yg dipelajari dahulu utk membuat analisis...

-------------------------------------------------

3) Kata Shekh Hasmadi Hamdan :

Assalamualaikum.
Maaflah kepada rakan sekalian kerana saya merasuki diri saya untuk memberikan pendapatan berkenaan tajuk ini. Walaupun selama ini saya hanya membaca tulisan kalian, dan di atas dasar pluralisme dan penghormatan kepada pandangan tuan-tuan, saya tidak membuat apa-apa komen. Namun tajuk ini amat menarik dan mempunyai kaitan dengan saya dan juga tuan-tuan di dalam bidang pendidikan dan kehisteriaan ini.

Saya boleh bersetuju dengan pendapatan Dr. Maszlee berkenaan isu ini. Jin dan syaitan memang kerjanya merasukilah. Yang dirasuk adalah orang-orang yang lemah dari segi persediaan rohani dan mental untuk menghadapi tekanan.

Masalah yang berlaku di sekolah yang dilanda histeria ini adalah murid-murid tidak pernah diajar bagaimana menguruskan tekanan. Biasalah kan, guru pun tekanannya bukan main ketika lewat peperiksaan tiba. Gerak gempur 7 atau 8 kali. Percubaan lagi. Kalau guru wanita, kekalutannya lebih terasa dengan mengurus rumah tangga, katalog avon, pinggan mangkuk corelle, tudung siti dan datuk K, tudung ibu arini dan lain-lain lagi kesibukan mereka seperti sekarang ini apabila musim raya bertembung dengan musim periksa.
Saya pernah mengurus satu kes histeria ketika di sebuah sekolah. Tuan-tuan fahamlah kan sekolah mana. Saya tidak mahu sebutlah supaya tidak memberi sentuhan kepada individu-individu tertentu. Setiap hari murid perempuan ini histeria hendak terjun bangunan sekolah sahaja. Biasanya saya biarkan sahaja kepada warden perempuan kerana dia perempuan pun. Tetapi suatu malam, mereka datang memberitahu saya bahawa murid perempuan itu hendak terjun bangunan lagi.

Saya pergi masuk ke dalam dorm dan mengunci pintu dorm. Saya kata kepadanya: Siapa nak terjun bangunan tadi? Mai aku nak tengok. Saya minta mereka lepaskan dia yang meronta-ronta. Pelajar yang memegangnya kata jangan ustaz, nanti dia terkam ustaz. Saya kata: Saja saya nak bagi dia terkam saya. Tok guru saya bilang kalau histeria, kena londeh baju dan kain dia sebab syaitan ada dalam baju dan kain dia. Mereka semua ketawa. Dan budak yang histeria itu terus dia tak lompat-lompat dah. Akhirnya saya mengambil segelas air dan membasuh mukanya. Saya bertanya kepadanya: Cek ni pasai apa? Dia kata: Saya nak balik, ustaz. Ok. Pakai baju. Jom ustaz pi hantaq balik umah cek. Sampai di rumah, saya bagitau kepada mak dia: Mak cik! Anak mak cik tak mau sekolah di sana. Cuba mak cik tanya dia, dia nak sekolah mana. Dan akhirnya dia bertukar sekolah ke sekolah lain yang sesuai dengan kehendak dia. Histeria itu pun hilanglah.
Di sebuah sekolah yang lain pula, sekolah di mana saya mengajar juga, apabila hampir peperiksaan akan berlaku histeria. Dan histeria ini melanda di kalangan budak yang pandai tetapi malas. Memanglah mereka malas seperti kita dulu jugaklah. Dan mereka yang histeria ini sering mengadu kepada aku bahawa ada seorang makhluk Allah sering berkata kepada mereka: sesiapa yang langgar disiplin sekolah, saya doakan supaya mereka gagal dalam peperiksaan. Dengan doa dan harapan beliau itu, ramailah murid-murid keluh kesah sampai terhisteria kerana maklumlah doa seorang ustaz amat dimakbulkan. Apatah lagi janggut ustaz itu panjang pula. Dan sampai sekaranglah sekolah itu tak habis-habis dilanda histeria. Histeria pun sedap jugak bagi ustaz kerana dengan histeria dia boleh menjadi terkenal juga dapat menjemput ustaz-ustaz lain sana sini supaya berdoa menghalau hantu dan syaitan. Seperti kata Dr. Maszlee, histeria ini adalah masalah jiwa. Jiwa yang kurang persediaan dan diancam oleh kehendak melampau. Guru hendaklah menanam bibit kasih sayang di kalangan murid, mengurangkan ketegangan, menunjukkan simpati kepada murid dalam saat-saat genting menghadapi peperiksaan. Di dalam taklimat pertemuan dengan ibu bapa pun, itulah saya pesan. Terimalah anak tuan-tuan seadanya. Saya memberitahu mereka bahawa semut mati kerana gula. al-Fudhul yaqtul al-Namla.

Seperti yang pernah saya katakan di mana-mana jua bahawa hendak jadi insan berjaya, bukan seberapa banyak A yang kita ada, tetapi sejauh mana kita dapat menghormati orang lain. Kalaulah murid yang cemerlang dikira seberapa banyak A yang dia perolehi, tidak adalah orang yang akan membangunkan Malaysia nanti. Semua murid akan menjadi manusia. Yang mampu meraih A, berilah sokongan. Yang gagal pula jangan dihina. Berilah juga sokongan kepada mereka supaya mereka tenang.

Tiada ulasan: