Khamis, September 10, 2009

Felda.. harta pusaka akhir Umno..

* pemandangan di kawasan Felda

* rumah staf perladangan Felda Umas.
alhamdulillah... boleh dikatakan 90% peneroka tanah rancangann FELDA di seluruh Malaysia berketurunan Melayu.. bimbang Melayu jadi layu.. berasa duduk di Zon SElesa.. mungkin di Felda Umas, Tawau sahaja atau di Felda lain rata-rata pelajar kurang bersemangat menuntut ilmu.. agaknya suasana di rumah tidak mengizin dan memberi motivasi kepada pelajar belajar.. akhirnya ramai lepasan SPM kurang mahir bila bekerja... bila ilmu dan pengalaman kurang, mudah ditipu! diterukkan lagi dengan latar belakang ibubapa yang tidak berpendidikan/kurang berpendidikan, kurang ambil berat hal agama akhirnya semua kena tipu!

Agaknya undi pembangkang di kawasan Felda Umas, Tawau dan Felda Shabat, Lahad Datu menurun semasa p/raya 2008 lalu kerana faktor 'mudah ditipu' itu.... UMNO berjaya menambah kerusi di kawasan Felda Sabah...

Mungkin itulah juga sebab, tiada penyelia agama di Felda. Tidak dihantar oleh ibu pejabat KL. Bimbang penyelia agama berjaya membuka kebenaran dalam hal kehidupan akhirnya peneroka berubah menjadi manusia yang ambil berat ilmu dan tidak mudah kena tipu. Bila sukar ditipu, besar kemungkinan p/raya 2013 akan datang memihak kepada Pakatan Rakyat?!

Tiada ulasan: