Ahad, September 27, 2009

LAGI PENYAKIT MISTERI DI M'SIA.. BARAH PANGKAL RAHIM...

Remaja diberi pelali cegah kanser pangkal rahim
Sep 25, 09 4:53pm
Mulai tahun depan, remaja perempuan berusia 13 tahun di seluruh negara akan diberikan pelalian 'human papillomavirus' (HPV) bagi melindungi mereka daripada
penyakit kanser pangkal rahim.


Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika mengumumkannya hari ini berkata program itu akan menelan belanja RM150 juta setahun meliputi 300,000 remaja perempuan yang akan divaksin setiap tahun.

Program itu berkemungkinan dijalankan di sekolah-sekolah menengah dan bukannya di hospital atau klinik kerajaan bagi memudahkan pelajar mendapatkan vaksin tersebut yang diambil sekali seumur hidup sebanyak tiga dos dalam tempoh enam bulan, katanya.


"Vaksin HPV dilaporkan 98 peratus berkesan dalam memberi perlindungan terhadap HPV jenis 16 dan 18... ada banyak jenis HPV.

"Liow berkata vaksin itu sudah berada di pasaran negara ini dan boleh diperoleh di sektor swasta pada harga sekitar RM1,200 bagi tiga dos yang diberikan.

"Bagaimanapun, kita akan terus berunding dengan penyedia vaksin bagi mengurangkan harganya kepada RM500 seorang supaya orang ramai akan mendapat vaksin yang lebih murah," katanya.

Di Malaysia, kanser pangkal rahim merupakan kanser kedua kerap berlaku di kalangan wanita selepas kanser payu dara dan hampir 2,000 kes baru didiagnos di negara ini setiap tahun.

"Wanita Cina di negara ini mempunyai risiko yang lebih tinggi daripada wanita kaum lain iaitu 23.2 peratus berbanding India (16.4 peratus) dan Melayu (8.7 peratus).

"Jadi saya ingin menyeru para penyelidik kita untuk mengkaji fenomena yang aneh ini dan mencari sebabnya," katanya.
"Menurut pakar perubatan, jika kanser ini dikesan dan dirawat dengan awal, kadar sembuhnya adalah lebih tinggi iaitu lebih daripada 90 peratus pesakit masih hidup selepas lima tahun, manakala jika pesakit datang lewat untuk rawatan, kurang daripada 15 peratus masih hidup selepas lima tahun," katanya. BERNAMA

--------------------------------------------------------

INI LAGI SATU BALA UNTUK UMAT ISLAM,...

Tiada ulasan: