Khamis, September 17, 2009

Alfatihah Ke Atas Ahli Pas Kaw Tawau..

Saya, Cikgu Kada dan En Hanafi sempat bertanyakan kabar peristiwa menyayat hati itu dari isteri arwah (13/9/09) malam..

Lihatlah nama arwah pada katil B2 (13/9/09) lalu ketika kami pergi ziarah beliau... dan hari kelmarin... beliau dijemput Allah... alfatihah!


Hari isnin lepas 14/9/09 saya telah memasukkan 1 artikel bertajuk " Saat Kita Bergumbira, Mereka Terlantar Di Hospital" antara nya saya maksudkan pakcik Ambo (Sg Imam) dan kedua Sdr Fatmang.

Tiba-tiba sebaik sahaja sampai di rumah (Felda Umas)pulang dari 'shopping raya' di Tawau tadi, jam 11.30 saya menerima SMS dari Cikgu Kada menceritakan orang yang kita pergi ziarah 'kes terbakar' dah meninggal.. baru sahaja...

Innalillah... wa Inna Ilaihi Roji'uun... Arwah Fatmang bin Rengreng, guru di SM St. Ursula, Tawau.. ahli Pas, pernah menjadi guru Tuisyen Felda di SMK Umas-Umas, Tawau..

Asalnya berita ialah beliau dikatakan terbakar dalam kemalangan gas bocor di rumah... Taman Kuhara Indah..

Untuk makluman, jenazah akan disembahyangkan pada jam 9 pagi, khamis 17 Sep 2009.
* tempat solat sila rujuk YDP Pas Kawasan Tawau 019-83333639

Apapun, itulah hidup... pendek sangat masa berlalu... giliran kita akan menyusul.. tak perlu lari dari mati jika bekalan dah hampir siap!

*** alhamdulillah, sempat bercakap dengan arwah hari Ahad 13/9/09 ketika di ICU.. jumpa di syurga akhi.. ameeeeennn...





Tiada ulasan: