Isnin, September 14, 2009

Arak minuman UMNO bah! Mau Juga Digelar Parti Islam ? he he


$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$RESPON SAYA$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
Bukan artikel di bawah (Harakah) yang pertama menceritakan kaitan UMNO dengan arak tetapi dah lama isu ini... itupun PM kata UMNO Parti Islam? emm... pening juga kepala kita ni...

Malaysian Airlines(MAS) pun hidang arak? itu kira syarikat penerbangan yang terang-terang depan mata terlibat dengan arak selama ini pun, kerajaan tak buat apa? kerana RM la.. duit masyuk!

Artikel/info terkini harakah / themalaysianinsider.com di bawah hanyalah sebagai peringatan bahawa UMNO(anak mantan PM Tun Mahathir) tak lekang dari perkara jelas haram ARAK ! Nak lagi sokong BN ka?
------------------------------------------------ teruskan >>>


Isnin 14 September 2009 | 24 Ramadhan 1430 Hijrah
Mirzan dilantik ahli lembaga pengarah
pengeluar arak terbesar Filipina
Harakahdaily
Sun | Sep 13, 09 | 1:08:33 pm MYT
KUALA LUMPUR, 13 Sept: Ketika kerajaan negeri Selangor melalui Exco agamanya berusaha keras untuk menghalang umat Islam di negeri itu dari terjebak dengan ketagihan arak, anak bekas Perdana Menteri, Mirzan Mahathir dilantik sebagai pengarah dalam syarikat pengeluar arak terbesar Filipina.
Iklan

"Ini adalah urusan perniagaan sahaja," kata Mirzan sebagaimana suratnya kepada laman web The Malaysian Insider selepas berita mengenai perlantikan beliau dalam San Miguel Corp (SMC) disiarkan oleh laman web itu.

Menurut Mirzan, beliau sedang berusaha agar penglibatan SMC dengan arak hanya akan tinggal 15 peratus sahaja tahun depan.

San Miguel Brewery menguasai 95 peratus pasaran beer Filipina. Syarikat ini telah mengeluarkan San Miguel Beer sejak lebih 100 tahun lalu. Beer ini dibuat di Filipina, China, Indonesia, Vietnam, Thailand dan juga Malaysia. Ia dijual di 60 negara di seluruh dunia, lapor laman webnya.

Berlawanan dengan Mirzan, kerajaan negeri Selangor sedang berusaha mengawal jualan arak ini agar ia tidak diminum oleh orang Islam.

Image

ImageUsaha ini dibuat ekoran bantahan umat Islam negara ini apabila kedai 24 jam menjual beer secara bebas kepada rakyat negara ini termasuk kepada umat Islam.

Ia menjadi parah apabila golongan remaja mengambil kesempatan membeli arak ini selepas waktu tengah malam untuk mengelak dari dilihat oleh orang ramai.

Mereka kemudiannya menghabiskan

masa tengah malam dengan meminum arak dan kemudiannya tidak segan untuk terlibat dengan aktiviti kurang sihat termasuk merempit dan pecah rumah dan seterusnya terjebak dengan pelbagai jenis kelakuan tidak bermoral.


*** lihat nama arak>








Tiada ulasan: