Rabu, September 30, 2009

Bala Lagi :Taufan Ketsana sebabkan banjir dan mengorban 38 orang di Vietnam

*kesan taufan Ketsana, Vietnam!

Taufan sebabkan banjir dan mengorban 38 orang di Vietnam(utusan.com.my)

30/09/2009 11:30am
DANANG 30 Sept. - Banjir terbesar dalam tempoh sedekad telah melanda bahagian tengah Vietnam hari ini diikuti oleh taufan kuar yang menyapu negara itu selepas menyebabkan keadaan huru-hara di Filipina.

Kerajaan berkata, 38 orang terbunuh dan 10 lagi masing hilang dalam kejadian banjir dan tanah runtuh di lapan kawasan pantai dan tengah wilayah itu.

Air sungai di Quang Nam melimpah hari ini, yang kali terakhir terjadi pada tahun 1964, laporan cuaca menyebut.

"Dari udara, kita dapat melihat kawasan sekitar Danang terputus akibat banjir," kata seorang saksi. "Ombak dari laut menghempas jalan sepanjang pantai Danang dan menghanyutkan beberapa kapal ke pesisir pantai."

Taufan Ketsana melanda Vietnam lewat semalam membawa hujan lebat ke tengah Vietnam dan menyebabkan 294,000 buah musnah, rosak atau ranap disebabkan banjir.

Kira-kira 357,000 penduduk di 10 wilayah telah dipindahkan. - Reuters

------------------------------------

Ketsana: 49 terbunuh di Vietnam, Kemboja

HOI AN, Vietnam: Taufan Ketsana yang melanda beberapa negara Asia Tenggara semalam mengakibatkan sekurang-kurangnya 49 orang terbunuh di Vietnam dan Kemboja. Taufan itu kini bergerak ke Laos.

Beribu-ribu penduduk kelam kabut keluar meninggalkan rumah masing-masing untuk menyelamat diri dari banjir besar disebabkan oleh Ketsana yang sudah pun meragut 246 nyawa di Filipina, Ahad lalu.

Banjir melanda teruk Vietnam termasuk tapak bersejarah UN World Heritage, sementara pasukan penyelamat bertungkus lumus cuba menyelamat penduduk yang terperangkap serta mengedarkan bekalan makanan kepada penduduk yang terselamat. - AFP

----------------------- yusz felda :

Bala Allah menyerang bertubi-tubi! Siapkan diri kita!

Add to Google

Tiada ulasan: