Rabu, September 30, 2009

Tawau- Dilanda Jerebu, Patutlah...

Tawau catat IPU tidak sihat pagi ini(utusan.com.my)

30/09/2009 11:07am

TAWAU 30 Sept. — Tawau merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat pagi ini apabila bacaan IPU di daerah itu melebihi 100 pada 7 pagi tadi.

Mengikut laporan Jabatan Alam Sekitar dalam laman webnya, IPU Tawau pagi ini mencatatkan bacaan 101 berbanding 88 pada petang semalam.

Bagaimanapun kawasan lain di Sabah masih mencacat IPU sederhana dengan Sandakan dan Kota Kinabalu masing-masing mencatat 66 dan Keningau 65.

Wilayah Persekutuan Labuan mencatat bacaan IPU 89 pada 7 pagi tadi.-Bernama

------------------ yusz felda said :

Patutlah.. ingat jam 6 petang, cuaca gelap.. tengok jam.. rupanya baru jam 5.. ntah lah di mana punca ni...

Tiada ulasan: