Selasa, September 29, 2009

JENAYAH DI SABAH-lahad datu

* jenayah makin banyak Tan Sri... guana ni?
---------------------------------

Polis tembak tiga lelaki serang polis(utusan)

LAHAD DATU 27 Sept. - Polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ke arah tiga lelaki yang cuba menyerang anggota polis dengan parang dan melarikan diri dalam kejadian di Kampung Muhibbah, dekat sini semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Supritendan Bong Kuet Khiun berkata, dalam kejadian pada pukul 3 pagi itu, kesemua suspek cedera terkena tembakan di kaki.

Beliau berkata, kejadian berlaku ketika pasukan peronda polis cuba menahan sebuah kereta Proton Saga dalam keadaan mencurigakan yang dinaiki tiga suspek.

"Bagaimanapun ketiga-tiga suspek itu enggan patuh kepada arahan itu lalu memecut kenderaan mereka ke Kampung Muhibbah.

"Ketika berhenti salah seorang suspek cuba menyerang polis dengan sebilah parang. Dua lagi cuba melarikan diri menyebabkan polis terpaksa melepaskan tembakan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu, di sini hari ini.

Menurutnya, ketiga-tiga suspek yang berusia antara 18 dan 32 tahun itu dihantar ke Hospital Lahad Datu dan berada dalam keadaan stabil.

Katanya, kesemua suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan polis.

Tiada ulasan: