Memaparkan catatan dengan label isu pemilihan pimpinan PKR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label isu pemilihan pimpinan PKR. Papar semua catatan

Selasa, November 23, 2010

Laporan pemilihan: Ada 'campurtangan serius' Anwar. Adus!

 


Nov 22, 10 7:09pm
Kongsi 125
Satu laporan 'kepincangan' pemilihan PKR, antaranya mendakwa terdapat "campurtangan serius" Datuk Seri Anwar Ibrahim kini tersebar di internet.

Menurut laporan yang disediakan oleh calon ketua Pemuda PKR (AMK) Badrul Hisham Shaharin bertarikh 18 November itu, Ketua PKR cabang Kota Marudu - disebut sebagai "Dr Jurin" - melaporkan bahawa Anwar 'mengarahkannya' memberikan sokongan dan menolak calon tertentu.

NONEMenurut laporan kepada Presiden Datuk Seri Wan Azizah Ismail itu, Anwar menghubungi sendiri Dr Jurin bagi tujuan itu.

"Di cabang tersebut juga proses pengundian telah mengambil sukarelawan JPP (Jawatankuaswa Pemilihan Pusat) dari AJK (ahli jawatankuasa) cabang yang jelas memihak dan 'mengarahkan' undi ketika proses berlansung," laporan sepuluh perkara itu dipetik.

Dalam laporan itu, Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegubard juga mendakwa, terdapat "usaha jahat" menggunakan laman sosial dan SMS untuk memfitnahnya dan "teman-teman".

Khamis, November 11, 2010

Zaid mahu tubuh 'Keadilan Baru' jika dipecat. La haula wala quwwata illa billah!

sumber
Susan Loone
Nov 11, 10
12:22pm
Kongsi 0
Bekas ketua PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim mendedahkan bahawa beliau akan menubuhkan 'Keadilan Baru' jika dipecat daripada parti itu ekoran pertelagahannya dengan ketua umum Datuk Seri Anwar Ibrahim dan naib presiden Azmin Ali.

Zaid (kanan) berkata beliau tidak akan bersara diri daripada parti politik kerana matlamatnya adalah untuk mencari transformasi politik jangka panjang.

Katanya, apa yang dihadapinya sekarang bukanlah sesuatu yang baru baginya.

Sebelum ini pun, katanya, beliau telah meninggalkan Umno, melepaskan jawatan menteri, serta meninggalkan firma guaman terbesar yang memberi banyak wang kepadanya.

Bercakap kepada kira-kira 100 orang hadir pusat pusat khidmat Kedah Tengah Kedah di Sungai Petani malam tadi, Zaid berkata, beliau telah mengorbankan dirinya tetapi beliau tidak mahu membesar-besarkannya "kerana saya mempunyai agenda politik jangka panjang".

Ahad, Oktober 03, 2010

Khalid: Saya tidak tolak sepenuhnya timbalan. Baguslah sifat macam tu.. Pihak UMNO kot dok 'pukul gendang'?

Salhan K Ahmad
Okt 3, 10
5:17pm
Kongsi 0
Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata beliau menolak pencalonan untuk jawatan timbalan presiden daripada cabangnya kerana mendapati Datuk Seri Wan Azizah Ismail turut dinamakan untuk jawatan itu.

Khalid yang juga bekas pengerusi PKR Selangor berkata, beliau telah meminta supaya cabangnya Kuala Selangor mencadangkan Wan Azizah sebagai presiden tetapi sebaliknya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah dipilih.
"Bila terdapat pertandingan antara Wan Azizah dan saya, saya rasa Azizah lebih lama lebih pengalaman," katanya Khalid (kanan).

Tambahnya, keputusan itu tidak bermakna beliau menolak sepenuhnya pencalonan sebagai timbalan presiden.

"Saya nak tunjukkan, baguslah parti namakan Wan Azizah, tapi ini tak akan menyekat saya kalau saya nak bertanding timbalan presiden. Saya dah dapat lebih dua pencalonan (minimum)," katanya lagi.


 SAMBUNG DI SINI

Timbalan: Azmin 93, Zaid 35, Mus 17, Tian 5, Khalid 4


Abdul Rahim Sabri
Okt 2, 10
3:29pm
Kongsi 10
11.30pm Naib presiden Azmin Ali mendapat pencalonan ke-93 dari cabang PKR Kelana Jaya bagi jawatan timbalan presiden.

Cabang tersebut mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengekalkan jawatan presiden.

Bagi jawatan naib presiden pula Kelana Jaya mencalonkan exco kerajaan Selangor Dr Xavier, ketua PKR Perak, Mustaffa Kamil Ayub, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman dan pengarah strategik PKR, Tian Chua 

Di peringkat Cabang pula, regu Syed Shahir Syed Mohamud; ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Kesminder Singh masing-masing memenangi jawatan ketua, timbalan dan naib ketua.

8.07pm Naib presiden Azmin Ali mendapat pencalonan ke-92 dari cabang PKR Johor Bahru bagi jawatan timbalan presiden.
Cabang tersebut mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengekalkan jawatan presiden. 

7.50pm Ketua PKR Perak, Mustaffa Kamil Ayub pula mendapat pencalonan ke-17 dari cabang Sabak Bernam, Selangor bagi jawatan timbalan presiden. 

Cabang tersebut mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengekalkan jawatan presiden.

Bagi naib presiden pula, Sabak Bernam mencalonkan ketua cabang PKR Tuaran, Ansari Abdullah; ahli parlimen Petalng Jaya Selatan, Hee Loy Sian; pengerusi tetap AMK, Yahaya Shari dan ketua cabang Sabak Bernam, Dr Badrul Amin Baharon.

Ahad, September 26, 2010

100 cabang, Azmin terus dominasi pencalonan.. telus insya Allah


Abdul Rahim Sabri
Sep 25, 10
8:14pm
Kongsi 0
Setelah separuh keputusan yang diterima daripada seluruh negara, Naib Presiden PKR Azmin Ali terus mendominasi percalonan untuk bertanding jawatan timbalan presiden.

Daripada 100 cabang daripada 205 di seluruh negara, beliau yang juga ahli parlimen Gombak setakat ini mendapat 58 pencalonan.

Manakala dua lagi pencabarnya Penyelaras Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim mendapat 25 pencalonan dan seorang lagi naib presiden Mustaffa Kamil Ayub memperolehi 13 pencalonan.

Sementara tiga calon lagi - pengarah strategik PKR Tian Chua mendapat dua pencalonan, pengarah pilihan raya Fuziah Salleh dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim masing-masing mendapat satu pencalonan.

Berikut jumlah pencalonan untuk jawatan presiden dan timbalan:
 
Presiden
Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail - 92
Datuk Seri Anwar Ibrahim - 8

Timbalan presiden
Azmin Ali - 58
Datuk Zaid Ibrahim - 25
Mustaffa Kamil Ayub - 13
Tian Chua - 2

Belum layak

Fuziah Salleh - 1
Tan Sri Khalid Ibrahim - 1

Naib Presiden
Fuziah Salleh - 45
Shamsul Iskandar Md Akin - 33
Mustaffa Kamil Ayub - 29
Datuk Mansor Othman - 25
Lee Boon Chye - 22
R Sivarasa - 17
Tian Chua - 16
N Gobalakrishnan - 13
Nurul Izzah Anwar - 11
Tan Sri Khalid Ibrahim - 11
Azmin Ali - 11
Ansari Abdullah - 10
Datuk Jeffrey Kitingan - 9
Datuk Chua Jui Meng - 9
Xavier Jayakumar - 6
Mohd Noor Manuty - 6
Datuk Zaid Ibrahim - 6
S Manikavasagam - 5
Yahya Shaari - 4
Abdullah Sani - 4
Suresh Kumar - 4
Saifuddin Nasution - 3
Badrul Amin Baharon - 2
Yusmadi Yusoff - 2
Jimi Donald - 2

Belum layak bertanding
Zamri Yusof - 1
James Ghani - 1
Saiman Marzuki - 1
Kamarul Baharin Abbas - 1

Untuk melayakkan bertanding jawatan di peringkat pusat, seseorang calon mestilah mendapat dua pencalonan minumum daripada cabang.

Jumaat, September 24, 2010

Azmin: Kalau kalah, Zaid tak dilupakan

SUMBER DI SINI
Sep 23, 10 11:16am
Kongsi 42
Naib Presiden PKR Azmin Ali memberi jaminan sekiranya beliau menang dalam pertandingan merebut jawatan nombor dua dalam parti itu, akan masih ada tempat dalam parti untuk pesaing utamanya Datuk Zaid Ibrahim.
Menurut Azmin, ini kerana PKR merupakan sebuah parti yagn sentiasa memberikan ruang kepada semua orang, termasuk anggota baru seperti bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.

"Beliau juga ada kekuatannya utuk membantu parti.

"Percayalah, sekiranya saya diterima oleh anggota (PKR) sebagai timbalan presiden, Datuk Zaid juga akan diberikan peranan penting untuk meneruskan khidmat beliau dalam PKR, untuk mengukuhkan parti, (dan) menyediakan parti untuk menyertai pilihan raya yang akan datang," katanya.

Ahad, September 19, 2010

Terkini : Azmin 35, Zaid 19, Mustaffa 10, Tian 2

Terkini : Azmin 35, Zaid 19, Mustaffa 10, 

Tian 2

SUMBER DI SINI 

7.35pm Naib presiden PKR, Azmin Ali mendapat pencalonan ke-35 dari cabang Kepala Batas, Pulau Pinang.


Cabang itu turut mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengekalkan jawatan presiden.
 
Bagi naib presiden pula Kepala Batas mencalonkan timbalan ketua menteri Pulau Pinang, Datuk Dr Mansor Othman; ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh; pengerusi PKR Negeri Sembilan, Datuk Kamarul Bahrain Abas dan ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin.

Selasa, September 07, 2010

20 MP PKR sokong Azmin. Harapan kita PKR berubah pemimpin macam mana pon, PR diutamakan!


Hazayani Zakaria   
PETALING JAYA, 6 Sept: Dua Puluh Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini menyatakan sokongan penuh terhadap pencalonan Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali sebagai timbalan presiden parti.

Sokongan itu dinyatakan dalam satu kenyataan yang dibacakan oleh ahli Parlimen Teluk Kemang Datuk Kamarul Baharin Abbas pada sidang media di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya hari ini.

Turut menyatakan sokongan sama, beberapa senator PKR yang juga disenaraikan dalam kenyataan itu.

Mereka mendakwa sokongan kepada Azmin yang juga Naib Presiden PKR sekarang ini adalah berdasarkan pengalaman dan pengorbanan yang dilakukannya sepanjang berada dalam parti.