Memaparkan catatan dengan label isu kenaikan harga barang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label isu kenaikan harga barang. Papar semua catatan

Isnin, Ogos 08, 2011

Fomca akui juadah berbuka lebih mahal

SUMBER
Rizal Tahir   
KOTA BHARU, 7 Ogos: Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) dan Persatuan Pelindung Pengguna Kelantan (Pelindung) mengakui berlaku peningkatan harga makanan pada Ramadan ini.
Timbalan Presiden Fomca, Ahmad Othman berkata, kenaikan harga makanan berlaku berikutan harga bahan mentah meningkat sekarang.

“Oleh itu saya berharap kerajaan memantau harga makanan yang dijual sebagai juadah berbuka puasa. Harga kuih muih contohnya akok yang sebelum ini boleh dibeli tiga biji RM1, namun sekarang hanya dua biji RM1.
“Begitu juga kerabu kaki ayam hanya sekadar empat sudu berharga RM5. Ini membebankan pengguna jika tidak pandai berjimat cermat,” katanya yang juga Pengerusi Pelindung.

Isnin, Ogos 01, 2011

PAS lancar kempen "Protes BN"? BN Barang Naik...

sumber
Nazri Abdullah   

KUALA LUMPUR, 1 Ogos: Ekoran bebanan kos hidup yang tinggi yang terpaksa ditanggung rakyat, PAS mengajak seluruh warga negara ini bersama mereka dalam kempen membantah kenaikan harga barang.

Kempen tersebut yang dikendalikan Lajnah Pengguna PAS, akan dilancarkan 20 Ogos ini dengan pelancaran Kelab Protes Barang Naik atau singkatannya Protes BN sebagai permulaan.

Pengerusinya, Datuk Mahfuz Omar berkata, Protes BN adalah sebagai usaha memberikan kesedaran kepada masyarakat berhubung peningkatan kos hidup khususnya kenaikan harga barangan keperluan.

"Kita mahu rakyat sedar punca berlakunya kenaikan harga barangan ini disebabkan kelemahan pengurusan ekonomi oleh kerajaan BN.

"Perkara ini boleh dielak jika tiada keborosan, tiada ketirisan dan tiada amalan rasuah dalam pentadbiran negara," katanya kepada Harakahdaily.

Selain itu, kempen tersebut juga akan diperluaskan ke seluruh negeri termasuk dengan mengadakan ekspo, road show dan penyebaran risalah.

Untuk tujuan itu juga, satu laman web khas akan diwujudkan.

"Kita akan memberitahu rakyat, kenapa mereka dibebankan dalam masa yang sama pemimpin negara boleh terus bermewah-mewah," tegasnya lagi.

Mengulas pengumuman Datuk Seri Najib Razak yang memasukan aspek Perangi Kos Kehidupan Yang Kian Meningkat dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Mahfuz secara sinis menyifatkan ianya sebagai janji "mulut manis" perdana menteri itu.

"Mereka sendiri sebenarnya yang menaikkan harga barang dengan menarik subsidi rakyat," katanya.

Sehubungan itu rakyat ujarnya diseru untuk bersama dalam usaha menyatakan rasa tidak puas hati mereka kepada kerajaan melalui kempen ini.

Selasa, Mei 10, 2011

GULA NAIK HARGA RM0.20 LAGI??!! RESTORAN.. kedai runcit tak terkecuali...

KUALA LUMPUR, 9 Mei: Bemula esok, rakyat Malaysia terpaksa membeli gula dengan harga RM2.30 sekilogram iaitu peningkatan sebayak 20 sen berbanding harga sekarang RM2.10.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Mohd Zain Mohd Dom yang berkata kenaikan itu selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Ekonomi pada hari ini.

Kenaikan itu berlaku selepas lima hari rakyat negara ini dikejutkan dengan kenaikan 20 sen harga petrol RON 97 yang kini dijual dengan harga baru RM2.90 seliter

Jelas Mohd Zain, walaupun perubahan harga runcit dibuat, ia adalah lebih rendah berbanding negara serantau, termasuk Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.

"Langkah ini adalah selari dengan strategi jangka panjang kerajaan untuk merasionalisasikan subsidi secara berperingkat-peringkat," kata Mohd Zain.

Sabtu, April 23, 2011

25 NGO desak kenaikkan harga barangan dikekang.. MESTI BACA!!!



Abdul Rahim Sabri
Apr 23, 11
10:34am
Kongsi 96
Sebanyak 25 kumpulan yang terdiri daripada parti politik, NGO dan persatuan mahasiswa menuntut kerajaan menghentikan segala bentuk sandiwara dalam pelaksanaan akta gaji minimum.

azlanSempena deklarasi Hari Pekerja Sedunia itu, kumpulan tersebut juga menuntut supaya BN mengawal kenaikan harga barangan yang berterusan meningkat sehingga membebankan rakyat ekoran kenaikan kos hidup yang semakin tinggi.

"Kenaikan harga barang seperti minyak dan gula memberi impak yang tinggi kepada rakyat dan kaum pekerja khususnya yang berpendapatan rendah.

"Alasan yang diberikan oleh kerajaan – 'penyelarasan subsidi' iaitu mengalihkan beban subsidi dan defisit yang ditanggung oleh kerajaan kepada rakyat untuk mengelakkan kerajaan menjadi muflis.

“Ini merupakan satu hujah yang tidak rasional kerana pada masa yang sama kerajaan dengan bangganya mengumumkan pelbagai projek mega seperti bangunan 100 tingkat yang tidak memberi manfaat kepada rakyat. 

factory workers 021208Menurut deklarasi 1 Mei sempena hari pekerja itu lagi pembaziran seumpama itu tidak seharusnya dilakukan dalam keadaan rakyat terbelenggu dengan pelbagai tekanan ekonomi akibat sistem kapitalis ini. 

“Walaupun kerajaan kerap mengisytiharkan kejayaannya menguruskan ekonomi namun ia tidak mampu mengubah kehidupan rakyat. 

“Rakyat masih terbelenggu dengan pelbagai beban yang dialihkan oleh pihak kerajaan kepada mereka.," kata mereka dalam satu kenyataan.

Kumpulan itu juga membidas amalan nepotisme, kronisme, ketidaktelusan dalam menguruskan wang rakyat, penyalahgunaan kuasa dan rasuah masih berlaku di peringkat atasan sehingga menyebabkan pengagihan sumber kekayaan yang tidak adil.

azlan"Yang miskin terus miskin, yang kaya terus mengawal dan menikmati sumber kekayaan negara.

"Malaysia mempunyai jurang perbezaan pendapatan antara kaya dan miskin paling tinggi di Asia Tenggara.

"Kira-kira 40 peratus penduduk hanya memiliki 14.3 peratus pendapatan negara sedangkan golongan atas 20 peratus memiliki 50 peratus pendapatan negara."

Memetik sumber daripada kenyataan Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S Subramaniam, kumpulan itu berkata 34 peratus daripada pekerja di negara ini menerima pendapatan di bawah garis kemiskinan iaitu RM720 sebulan.

"Dasar ekonomi yang menjurus ke arah pertumbuhan ekonomi dan sistem pasaran terbuka semata-mata terus dipersoalkan kerana ia tidak menjamin agihan ekonomi yang adil.

budget belanjawan negara civil workers"Tumpuan terhadap arah pertumbuhan ekonomi semata-mata hanya akan merangsang persaingan di kalangan kaum pemodal tanpa kawalan seterusnya menggalakkan penindasan ke atas pekerja," kata mereka.

Sehubungan itu menjelang sambutan Hari Pekerja 1 Mei ini, mereka menuntut 18 perkara daripada kerajaan:
  • Hentikan rundingan Perjanjian Perdagagan Bebas (FTA) dengan EU dengan melibatkan rakyat dalam proses membuat keputusan.
  • Hentikan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang membebankan rakyat
  • Gubal rang uUndang-undang anti gangguan seksual untuk mengelakkan diskriminasi terhadap kaum wanita, pastikan tempat kerja selamat serta diberi perlindungan dari gangguan seksual.
  • Tingkatkan penglibatan tenaga kerja wanita yang terbantut selama 30 tahun pada tahap 46.7 peratus. Sediakan tempat asuhan kanak-kanak yang dibiayai oleh kerajaan untuk membolehkan wanita melibatkan diri dalam pembangunan negara.
  • Hentikan penswastaan khususnya terhadap perkhidmatan awam seperti hospital dan air dan hentikan Skim Pembayaran Penuh Pesakit (Full Paying Patient) di hospital kerajaan dengan segera.
  • Laksanakan pendidikan percuma untuk semua dengan memansuhkan segala jenis yuran dari prasekolah hingga universiti.
  • Isytihar kesatuan sekerja secara automatik dengan mansuhan undang-undang yang mendiskriminasi pekerja dan sebarang peraturan yang memangsakan ahli kesatuan sekerja.
  • Iktiraf hak tanah adat orang Asli/Asal di Malaysia dan berikan hak milik kekal serta kukuhkan status tanah rizab orang Asli di Malaysia. Rancangan pembangunan tanah orang Asli hendaklah berasaskan kehendak, keperluan dan aspirasi orang Asli.
  • Hak perumahan hak rakyat dengan sediakan perumahan yang mampu dimilik, yang selesa, cukup ruang, dengan kemudahan yang perlu untuk pembangunan sosial keluarga dan komuniti.
  • Mansuhkan segala undang-undang yang menindas dan mendiskriminasi rakyat dan pekerja, antaranya ISA, OSA, EO, DDA, Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU), Akta Pertubuhan, Akta Penerbitan dan Mesin Cetak.
  • Wujudkan tabung pemberhentian kerja dengan segera dan bantuan terus kepada pekerja yang kehilangan kerja. Kerajaan harus memperuntukkan RM0.5 billion untuk mulakan tabung ini dan gunakannya untuk membantu mereka yang dibuang sehingga dapat kerja.
  • Wujudkan polisi dan perundangan domestik bagi melindungi pekerja tidak rasmi.
  • Tandatangan beberapa Konvensyen lain seperti Konvensyen 1951 berkaitan Status Pelarian dan Protokol 1967 dan Konvensyen Pekerja Asing bagi membolehkan hak migran, pelarian dan pencari suaka bekerja secara sah dan bebas daripada eksploitasi dan penindasan.
  • Laksanakan polisi ekonomi berlandaskan keperluan tanpa mengira kaum dan jantina. Menuntut suatu model pembangunan yang saksama, yang memberi kepentingan kepada rakyat setempat di mana segala rancangan pembangunan mestilah dibincang dan dipersetujui oleh semua
  • Menuntut sistem pentadbiran kerajaan yang adil serta pelaksanaan dan agihan ekonomi yang benar-benar telus, bersih dan bebas dari segala bentuk rasuah, kronisme dan penyelewengan.
  • Selamatkan bumi kita, hentikan pembinaan reaktor nuklear di Malaysia, hentikan penghapusan hutan tanpa kawalan untuk tujuan pembalakan dan penanaman kelapa sawit.
Mereka yang menandatangani deklarasi 18 tuntutan itu adalah seperti berikut:
  • AWAM - All Women's Action Society
  • CAN - Community Action Network
  • CDC- Community Development Centre
  • CIJ – Centre for Independent Journalism
  • DEMA – Malaysia Youth and Students Democratic Movement
  • EMPOWER - Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor
  • JAG - Joint Action Group for Gender Equality
  • JERIT - Jaringan Rakyat Tertindas
  • KOMAS - Pusat Komunikasi Masyarakat
  • ODHA - Orang yang Hidup Dengan HIV dan AIDS
  • Pemuda Sosialis
  • PERMAS - Persatuan Masyarakat Selangor & Wilayah Persekutuan
  • PRM - Parti Rakyat Malaysia
  • PSM - Parti Sosialis Malaysia
  • PSWS - Persatuan Sahabat Wanita Selangor
  • PWW - Perak Women for Women
  • SABM - Saya Anak Bangsa Malaysia
  • SAWO - Sabah Women's Action-Resource Group
  • SIS - Sisters in Islam
  • SMM - Solidariti Mahasiswa Malaysia
  • SUARAM - Suara Rakyat Malaysia
  • WAO - Women's Aid Organization
  • WCC- Women's Centre for Change
  • KAMI - Kumpulan Aktivis Muda Independen
  • Lajnah Pekerja dan Peneroka Bandar, PAS

Ahad, Februari 06, 2011

Kerajaan belum cadang naikkan harga minyak...





06/02/2011 7:10pm

BERA 6 Feb. - Kerajaan belum bercadang untuk menaikkan lagi harga petrol dan diesel walaupun harga minyak mentah dunia kini mencecah paras tertinggi iaitu RM380 setong hari ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kabinet masih belum membincangkan kenaikan harga minyak walaupun ia membebankan kerajaan. - Utusan

Isnin, Januari 31, 2011

RON97 naik 10 sen lagi. DAH 4X NAIK BAH!


Jan 31, 11 7:29pm
Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen berkuatkuasa tengah malam ini menurut satu sumber industri. 

Dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan meningkat menjadi RM2.50 seliter (RM2.40 sebelumnya).

Ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97.

Kenaikan harga ini juga dilakukan sehari selepas pilihan raya kecil DUN Tenang yang berlangsung semalam. 

Semenjak tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.50 pada 4 Januari tahun ini.

Harga bagi petrol RON97 yang banyak digunakan oleh kenderaan berkuasa tinggi, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.
Apungan itu diperkenalkan tahun lalu dan satu gred baru petrol RON95 turut diperkenalkan.

Harga bagi RON95 kini ditetapkan pada kadar RM1.80 seliter.
Pengurangan subsidi bagi bahan keperluan seperti petrol telahpun mula diperkenalkan melalui Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) sejak awal tahun lalu.

Badan berkenaan ditubuhkan bagi mengurangkan beban subsidi negara.

Rabu, Januari 05, 2011

Kabinet putus tiada kenaikan harga minyak masak

SUMBER

2011/01/05

PUTRAJAYA: Kabinet dalam mesyuarat mingguannya hari ini memutuskan tiada kenaikan harga minyak masak dan meminta orang ramai menghentikan segera pembelian panik.

Mengumumkan demikian di sini sebentar tadi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, juga menafikan dakwaan harga barangan itu akan naik sebelum perayaan Tahun Baru Cina ini.

Selasa, Januari 04, 2011

Harga petrol RON97 naik 10 sen lagi kepada RM2.40 seliter mula tengah malam ni??? MA SYA ALLAH!!!!


Jan 4, 11 7:13pm
Kongsi 4220
Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen lagi kepada RM2.40 seliter berkuatkuasa tengah malam ini, mengikut sumber.

azlanBagaimanapun harga petrol RON 95 kekal tidak berubah pada RM1.85 seliter.

Harga petrol RON 97 sejak tahun lalu, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.

Pada 1 Nov lalu, harga petrol RON97 dinaikkan 5 sen menjadi RM2.15 seliter dan akhir bulan yang sama ia dinaikkan lagi 15 sen lagi kepada RM2.30 seliter.
Harga minyak tanah juga naik 10 sen kepada RM2.50 seliter.


------------------------
RESPON : apa nak jadi???????????

Isnin, Januari 03, 2011

HARGA BAWANG MERAH DI TAWAU RM 19 SEKILO? BAWANG PUTIH JUGA AKAN NAIK??? EKONOMI MANTAP KA?

Bawang merah.
 
Bawang merah
frames
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Liliopsida
Order: Asparagales
Famili: [[]]
Genus: Allium
Spesies: A. ascalonicum
 
 
----------------------- LIHAT DIALOG INI!
harga bawang merah di Tawau meletopppppppp.....RM 16.00 skilo.....
6 hours ago · ·

    • Ains Adnan mahal nya..pas ni pak jid kena la bercucuk tanam bawang & seangkatan dgn nye
      5 hours ago ·
    • Norashikin Mohd Amin uishhh....mahalnya!!!
      5 hours ago ·
    • Majid Bachik anis ... shikin...
      pg ni naik gi RM 19.00 ....bwg putih lak RM 9.00 ...mcm bursa saham....kecian peniaga kecil...
      5 hours ago ·
    • Noorazleen Ismail mahalnyer p.jid...mau t'beliak biji mate org nk m'belinyer tooo...
      4 hours ago ·
    • Zol Akmar tak payahlah makan banwang, bukan jadi apa pun..
      3 hours ago ·
    • Noorazleen Ismail kene pki dlm mskn lerr...klu xder bwg mcm mner nk cukup korum lam mskn...
      3 hours ago ·
    • Fadilah Abwahab tak lama lg mnyk msk pula akn naik....tunggguuuuuuuuuuu
      2 hours ago ·
    • Zol Akmar tak payah pakai minyak dengan bawang lah...asal boleh makan..
      about an hour ago ·
    • Noryusry Mansor mesti kena war2kan... ramai yg tak berjimat.. bahaya ooo..
      3 minutes ago ·

Ahad, Disember 12, 2010

Bawa barang guna minyak, bukan air liur



SUMBER
Nazri Abdullah   
KUALA LUMPUR, 10 Dis: PAS menganggap amaran Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kepada para peniaga agar tidak menaikkan harga barangan sesuka hati sebagai usaha untuk mengalih isu kemarahan rakyat terhadap kerajaan kerana menaikkan petrol, diesel, gas dan gula pada 4 Disember 2010.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad berkata Ismail cuba hendak menyalahkan peniaga kerana menaikkan harga barang, dan hendak menjadi hero rakyat dan pembela rakyat, kononnya barang naik bukan salah kerajaan, tetapi peniaga.

“Perlu diingatkan bahawa semua barang niaga dibawa dengan kenderaan memakai minyak bukan dengan air liur,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Nampaknya, kata beliau kerajaan resah pada hari ini akibat tidak bijak urus khazanah negara yang melimpah ruah sehingga rakyat derita dengan kenaikan harga barang yang melambung.
Katanya, alangkah baiknya jika kerajaan Malaysia ini orang yang bijak dan telus.
Sepatutnya, tambah Idris pemimpin BN perlu belajar daripada kerajaan Pakatan Rakyat yang bijak urus dan cuba untuk mengagihkan harta negeri kepada rakyat.
Katanya, kebijaksanaan pimpinan PAS di Kelantan yang mampu bertahan sampai 20 tahun walau pun dengan kekangan dan tekanan daripada pusat.
“Kelantan tidaklah banyak hasil, tetapi mampu mengurus dengan baik dan teratur. Ketika negeri yang di bawah pentadbiran BN menghadapi masalah kewangan, Alhamdulillah Kelantan selamat daripada malapetaka buruk ini,” ujarnya lagi.
Pihak kerajaan, ujarnya perlu mengambil ingatan daripada pemimpin Pakatan Rakyat, apabila minyak naik, maka semua perkara akan naik.
“Selepas ini tarif elektrik akan naik pula. Senang sungguh menjadi pemimpin BN yang mentadbir negara,” ujarnya sinis.

Tambahnya, jikalau wang tidak ada jalan keluarnya dengan membebankan rakyat dengan menaikkan tol, elektrik, minyak, saman ekor dan apa sahaja yang boleh menjadi wang untuk kambus gaung yang begitu dalam kerana boros dan tidak bijak mengurus.

Jumaat, Julai 23, 2010

Kenaikan harga diesel, pengguna mula terasa..

ARKIB : 22/07/2010

Turunkan semula harga diesel

utusan.com.my

KUALA LUMPUR 21 Julai - Para pengusaha bas hari ini meminta kerajaan menurunkan semula harga minyak diesel kepada RM1.43 berbanding harga semasa RM1.48 bagi mengelakkan mereka terus berdepan dengan kerugian.

Pengarah Urusan Konsortium Transnasional Berhad (KTB), Datuk Mohd. Nadzmi Mohd. Salleh berkata, peningkatan harga minyak selepas pelarasan subsidi yang diumumkan minggu lalu memberi kesan besar kepada pengusaha bas walaupun melibatkan kenaikan lima sen sahaja.

Menurutnya, kenaikan harga minyak secara mendadak bukan sahaja menjejaskan kos operasi syarikat tetapi menyumbang kepada peningkatan harga tayar, insurans kenderaan, kos penyelenggaraan, gaji pekerja dan sewa terminal.

"Syarikat ini menganggarkan kerugian sebanyak RM3 juta akibat kenaikan lima sen harga minyak tersebut. 

"Situasi ini akan bertambah buruk sekiranya kerajaan merancang untuk menaikkan lima sen pada setiap bulan di masa akan datang," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
------------------------
respon: disel pakai hari hari.. rakyat akan rasai susahnya.. doakan rasa nikmat dengan Pakatan! 

Selasa, Julai 20, 2010

Sajak Dr Asri sempena kenaikan harga...


Dr Asri Zainal Abidin   

kalian rampas subsidi kami, entah ke mana dibawa lari
kalian beritahu, wang mesti dicatu, kita menuju maju..
kalian kata: jika tidak, semua menderita, habis harta negara..
kalian berbahasa: bukan barang naik harga, cuma subsidi turun sahaja..

kami orang desa, mungkin tidak pandai kira berjuta-juta..
kami orang kecil kota, mungkin tiada sedemikian harta..
jika kalian tipu sebegitu, biasanya kami diam selalu..
tapi dapatkah kami dibohongi, tentang suapan saban hari?

apalah yang dapat diberitahu anak ke sekolah..?
papa semakin parah..? wang semakin lelah..?
jika semalam berlauk, hari cuma berkuah..
kerana kerajaan kita sedang susah..?
maka subsidi kita terpaksa diserah..
jika semalam kau makan sepinggan, hari ini saparuh
kerana barang makin angkuh, wang papa makin rapuh..
apa yang dapat dibisik pada anak berkopiah ke madrasah..?
makananmu sayang, sebahagiannya sudah hilang..
jika mereka bertanya siapa yang bawa lari
kepada siapa patut kami tuding jari?
janganlah nanti mereka membenci pertiwi..
akibat pencuri harta bumi rakyat marhaen ini..
atau kami jadi insan curang..
kami beritahu; cuma subsidi sahaja yang kurang?
tiada apa yang hilang, nanti akan datang wang melayang..

dengar sini wahai yang tidak memijak bumi!
pernahkah kalian mengintipi kehidupan kami..
pernahkah kalian ngerti makna derita dan susah hati..
kami yang semput bagai melukut di kota kedekut
kami yang bekerja hingga senja di desa yang makin terseksa
bertarung nyawa dan masa, menghitung setiap belanja

pernahkah kau merasa?
rumah bocor yang lanjut usia..
baju dan kasut anak yang koyak
tinggal dalam rumah yang berasak-asak
siang kami sebak, malam kami sesak..

sedangkan kalian manusia angkasa..
istana permata dibina, kereta berjuta dirasa..
elaun di serata, dari isteri sehingga seluruh keluarga..
hidangan istimewa, konon meraya kemakmuran negara..

tapi kami masih di sini..di teratak ini..
dengan lauk semalam..
dengan hidangan yang tidak bertalam..
dengan rumah yang suram..
dengan wang yang hampir padam..

tiada istana lawa..tiada kereta berharga..
tiada layanan diraja..tiada baju bergaya
tiada kediaman menteri..tiada hidangan v.i.p..
tiada persen di sana-sini..tiada bahagian anak dan bini..

tiba-tiba kalian kata: kamilah beban negara..
aduhai celaka bahasa yang kalian guna..
kalian yang belasah, kami yang bersalah..
kalian buat untung, hutang kami tanggung..
kalian mewah melimpah, kami susah parah
kalian hilangkan wang, poket kami yang terbang..
kalian bina istana, rumah kami jadi mangsa..
kalian makan isi, kami dijadikan abdi..

lantas, kalian rampas lagi subsidi..
ke mana wang itu pergi nanti?
jika kalian berhati suci, wajib mengganti buat kami..
jika tidak pun buat gula konon merbahaya
mengapa tidak beras diturun harga?
jika tidak untuk minyak kereta..
mengapa tambang tidak potong sahaja..
tapi entah berapa kali janji..
konon: nanti kami ganti, kami ganti, kami ganti..
hari demi hari, ceritanya pun tidak berbunyi lagi..
kami terus termanggu di sini..
kalian juga yang nikmati..
kami hanya menggigit jari..

kembalikanlah kepada kami harta negara..
jangan hanya kalian sahaja yang merasa..

dr maza
July 2010

Penyelarasan Semula Subsidi: Sebuah Puisi ... Oleh Ketua Pemuda Pas Malaysia

episodeperjuangan.blogspot.com

1. Kalau harga petrol naik 5 sen satu liter ertinya RM2.00 bagi setiap 40 liter . Saya sebut demikian sebab mana ada kereta yang bubuh minyak satu liter sahaja. Begitu juga dengan gas , naik harga 10 sen satu kilo , maka satu tong naik RM 1.40 . Justeru , tidak pula pernah saya dengar ada orang beli gas hanya satu kilogram .

2. Gula juga mengalami kenaikan harga mendadak pada kadar 25 sen satu kilo menjadikan harganya kini RM 1.90 sekilo .

3. Syahdunya kali ini kerajaan cukup bijak menyembunyikan "agenda" apabila mewajarkan kenaikan harga barang ini dengan menggunakan istilah penyelarasan semula subsidi demi kepentingan ekonomi negara , sebagai sebuah puisi yang mampu mengulit rakyat .

4. Saya melihat pelarasan subsidi ini tidak adil kepada rakyat terutama rakyat yang berpendapatan rendah dan tidak tetap . Mereka terpaksa menanggung beban kenaikan harga barang keperluan ini berbanding mereka yang berpendapatan tinggi dan mereka yang mendapat pembiayaan kerajaan .

5. Allah swt telah memberikan anugerah kekayaan yang melimpah ruah kepada negara ini melalui hasil mahsul dan bahan mentah yang begitu banyak . Kekayaan ini adalah nikmat Allah untuk dirasai oleh seluruh hambaNya . Malangnya hasil kekayaan ini hanya berlegar dikalangan orang - orang kaya dan pembesar dikalangan mereka . Sepatutnya hasil kekayaan negara yang dibahagikan kepada rakyat untuk dinikmati bersama itu , bukan subsidi tetapi mengembalikan hak rakyat kepada rakyat untuk dinikmati .

6. Ingat , rakyat bukan pengemis dalam negara sendiri yang berdaulat sehingga apa jua hasil negara yang patut dinikmati oleh rakyat disebut sebagai subsidi . Kini , Masyarakat atau rakyat yang berpendapatan rendah terus dihambat resah dan dibelenggu rasa bimbang berdepan dengan peningkatan taraf hidup pada hari ini . Pastinya apabila minyak setiap kali diisi mengalami kenaikan RM 2.00 [ untuk setiap 40 liter ] dan gas RM 1.40 setiap satu tong serta gula 25 sen sekilo akan menyaksikan kenaikan harga barangan lain dipasaran .

7. Walaupun kerajaan berjanji untuk mengawal kenaikan barang di pasaran tetapi pengalaman kita sebelum ini hanya menyaksikan satu kegagalan yang berterusan . Mereka pantaulah buat sehari dua ini , kemudian rakyat akhirnya pasrah begitu sahaja dengan kenaikan harga barang yang tiada siapa lagi bangkit berjuang membela nasib rakyat tertindas selepas itu .

8. Istilah Penyelarasan subsidi juga dilihat sebagai istilah tidak tepat dan wajar dilakukan oleh kerajaan . Lantaran apalah ertinya , sebuah kerajaan jika tidak memberi kepada rakyat akan nikmat yang wajar dinikmatinya . Rakyat berhak memiliki agihan saksama kekayaan negara . Kecualilah negara kita adalah sebuah negara yang miskin dan tidak mempunyai sebarang hasil , di darat mahupun laut .

9. Alasan kerajaan ialah untuk mengawal dan mengimbang ekonomi negara lalu "pelarasan semula subsidi dilakukan ." Kalau benar sekalipun untuk tujuan peningkatan dan penumbuhan ekonomi negara , kerajaan tidak perlu malah tidak berhak mengambil dan meragut hak rakyat menikmati hasil negara ini . Kenapa tidak kerajaan membaik pulih kebocoran dan ketirisan yang berlaku pada pembendaharaan ekonomi negara dan sistem pengendalian kewangan negara .

10. Selayaknya langkah awal dan drastik yang wajib diambil oleh kerajaan ialah mengelakkan pembaziran dan pemborosan wang negara pada projek yang tidak mendatang keuntungan kepada rakyat . Pembiayaan wang negara pada jumlah yang besar kepada syarikat konsultan seperti APCO , kapal selam yang tidak boleh menyelam dan projek - projek mega yang dilihat sebagai bukan keutamaan berbanding kebajikan rakyat yang wajib diperjuangkan oleh kerajaan .

11. Kerajaan dilihat lebih zalim dan tidak bertanggungjawab apabila menaikkan harga barang , mereka terus mendiamkan diri dari berbuat sesuatu untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat berpendapatan rendah dan tidak tetap demikian juga kepada penganggur yang semakin meningkat kadar bilangan mereka .

12. Tidak mustahil , ekoran kos kehidupan yang mula meningkat naik , meletakkan masyarakat lebih tertekan untuk bersaing dalam dunia yang tidak adil kepada mereka . Akhirnya keadaan ini menjerumuskan mereka ke dalam kancah jenayah yang mereka sendiri tidak merestuinya seperti mencuri , menyeludup dan sebagainya . Sementara kerajaan juga dilihat bersikap acuh tidak acuh dalam membina dan mendidik spiritual rakyat agar mereka menjadi insan yang soleh dan bermoral .

Isnin, Julai 19, 2010

BN Tiada Ekonomi Agama... oleh orang kuat Dr Mujahid di Pulau Pinang! Mesti Baca!

Kerajaan BN, Najib Tun Razak pandai menggunakan masa, dengan mengistiharkan kenaikan harga barang selepas selesai sidang Parlimen, bagi mengelak diasak di Parlimen oleh ahli-ahli Parlimen, dan beliau juga bijak menggunakan tema dengan menaglih tajuk 'Subsidi Diselaras', tapi saya secara peribadi melihat beliau sedang melengkapkan kubur BN, sebab UMNO tak baca Agama, sebaliknya YAB Lim Guan Eng dan Presiden Ronald Reagen yang baca Islam.


Speech on Foreign Policy (December 16, 1988)
Ronald Wilson Reagan

On the economic front -- I got a degree in economics. I didn't deserve it, but I got it. [Laughter] But I took away -- I remembered something that happened several hundred years ago -- [laughter] -- and it was a man named ibn-Khaldun in Egypt. I didn't know they had economists then, but ibn-Khaldun said that at the beginning of the empire the tax rates were low and the revenue was great. At the end of the empire, the rates were great and the revenue was low.

So, I came away with the belief that you didn't gain revenue by raising taxes. And in fact, our whole national experience proves it. When Coolidge took to tax reductions, the revenue of the Government increased. And the same thing happened to a certain extent with President Kennedy's tax reduction, which was similar to ours.
Berikut adalah harga baru:




Petrol RON 95 - RM1.85 seliter.
 

Diesel - RM1.75 seliter.
 

Gula - RM1.70 sekilogram
 

Gas LPG - RM1.85 sekilogram
 

Berikut adalah harga baru gas:

Tong 14KG - dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)
 

Tong 12KG - dari RM21.00 kepada 
 RM22.20 (naik RM1.20)
 

Tong 10KG - dari RM18.50 (naik RM1.00)