Selasa, September 03, 2013

Mesir: Kenyataan rasmi Kesatuan Ulama Dunia

http://greenboc.blogspot.com, 02 Sep 2013

Kenyataan Rasmi Kesatuan Ulama Sedunia Mengenai Krisis Mesir


Kenyataan Rasmi Pada 29 Ogos 2013 :: 22 Syawal 1434

Kenyataan terbaru yang dikeluarkan oleh Kesatuan Ulama Islam Se-Dunia mengenai isu Mesir iaitu :

1- Wajib memberikan bantu ke atas rakyat yang dizalimi dan haram bersetongkol bahkan cenderung kepada kezaliman yang berlaku.

2- Pihak media, wartawan dan segala saluran informasi dituntut melaporkan perkara yang benar dan tidak menyembunyikan hak dengan mengada-adakan pendustaan dan penipuan atas apa yang berlaku.

3- Para mufti dan alim ulama digesa agar kembali bertakwa kepada Allah dalam mengeluarkan sebarang fatwa. Fatwa yang berbentuk memberikan keizinan dan keharusan dalam menumpahkan darah adalah fatwa yang dikeluarkan oleh orang yang menjual agama dan mengundang kemurkaan Allah.

4- Umat Islam di seluruh dunia digesa untuk memberikan sebarang bantuan yang termampu dalam bentuk doa, qunut nazilah dan sebagainya terhadap umat Islam dan rakyat Mesir yang dizalimi lagi ditindas.

sumber : qaradawi.net

Sabtu, Jun 15, 2013

4 isteri tahanan ISA lawat suami di Kamunting

 [http://www.malaysiakini.com/news/233002]
 
Empat orang isteri kepada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dari Tawau, Sabah melawat suami mereka di kem tahanan Kamunting, Perak sejak semalam dalam satu lawatan yang dianjurkan NGO Gerakan Mansuhkan ISA (GMI).

Penyelaras Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Ahmad Syukri Ab Razab berkata keempat-empat mereka datang dari Tawau, Sabah dan memohon untuk melawat suami mereka masing-masing sebanyak tiga kali.

Syukri berkata permohonan itu dibuat kerana mereka terpaksa menempuh perjalanan yang jauh, dari Tawau ke Taiping dan setiap sesi lawatan pula hanya berlangsung sekitar 45 minit sahaja.

Bagaimanapun, katanya, pihak kem tahanan hanya membenarkan mereka melawat sebanyak dua kali iaitu semalam dan jam 10 pagi hari ini.

"Paling lama pun mereka akan dibenarkan bertemu suami mereka selama sejam sahaja," kata Syukri ketika dihubungi Malaysiakini hari in.

Menurut Syukri lagi, pihak peguam GMI cuba berusaha memohon kebenaran pihak kem untuk lawatan buat kali ketiga esok sedangkan pihak kem yang didakwanya memberikan alasan permohonan itu sepatutnya dibuat lebih awal.

Bagaimanapun, kata Syukri, sebarang urusan lawatan selama ini hanya dilakukan di pintu masuk kem pada hari lawatan.

Dalam kenyataan GMI Selasa lalu, NGO itu mendakwa seramai 15 orang tahanan ISA masih berada di kem tahanan Kamunting dan berdasarkan perintah tahanan, mereka dijangka dibebaskan pada Januari tahun depan setelah genap dua tahun tempoh tahanan.

Akta ISA dimansuhkan secara rasmi pada 22 Jun tahun lalu dan diganti dengan Akta Kesalahan Kesalamatan (Langkah-langkah Khas 2012) atau dikenali dengan SOSMA.

Rabu, Mei 29, 2013

TUNGGU KEMUNCULAN MP BARU PAS DI PARLIMEN!!



KUALA LUMPUR: Ketua Whip Parlimen PAS, Datuk Mahfuz Omar berkeyakinan penuh ahli-ahli parlimen PAS akan menunjukkan kualiti yang terbaik pada persidangan kali ini apabila perancangan yang teliti dilakukan selain dibantu oleh pakar-pakar dan pemikir.


# PEMIKIR PAS-  PPP, PIKAP, JUHAM dan LUHAM

HARGA KERETA KERAJAAN 'WAJIB' TURUNKAN!



Pakar ekonomi yang dihubungi Sinar Harian Online bagaimanapun menjangkakan masa terbaik untuk pembelian kereta mungkin berlaku selepas pembentangan Bajet 2014, akhir tahun ini.

Menurut Ketua Penyelidikan dan Perundingan Jawatankuasa Kluster Ekonomi dan Kewangan Majlis Profesor Negara (MPN) Prof. Dr. Shazali Abu Mansor, langkah kerajaan mengumumkan penurunan harga kereta secara berperingkat mungkin bermula sebaik belanjawan dibentangkan.

“Sungguhpun penurunan 30 peratus dilakukan secara berperingkat, pembeli masih berpeluang merasai penurunan harga walaupun pada kadar 6 peratus setahun," katanya.

RUJUK:: http://www.sinarharian.com.my/penganalisis-paling-sesuai-beli-kereta-hujung-tahun-ini-1.165248

HIMPUNAN BLACK OUT DATANG LAGI JUN 2013!!!!!!!!

Empat negeri akan mengadakan perhimpunan blackout 505 pada bulan Jun iaitu:

    10 Jun - Perlis

    11 Jun - Sungai Petani, Kedah

    12 Jun - Kota Bharu, Kelantan

    14 Jun - Batu Pahat, Johor

#PENGANJUR AKAN MEMOHON KEBENARAN DENGAN PIHAK PDRM, USAH RISAU!!!

CADANGAN UNTUK PENDIDIKAN DI SABAH!

WAHAI MENTERI PELAJARAN DAN TIMB MENTERI PELAJARAN... BALIK BALIK DISEBUT, SABAH RANKING 'EHEM EHEM' DALAM SENARAI KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AWAM BAIK UPSR-PMR-SPM-STPM?... [MAAF JIKA SILAP]...

MAKA DI SINI, ADA CADANGAN :-

1) BANGUNAN KHAS UNTUK Pejabat Pelajaran Daerah(PPD) DI SABAH YANG MENGURUSKAN BILANGAN SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH YANG BANYAK SPT PPD TAWAU. (detail di bawah sekali) ***

2) PELUANG 'JAWATAN' DIPERLUASKAN DEMI MERINGANKAN TUGASAN PENDIDIKAN

CTH - hal pengurusan generator / elektrik /paip eloklah ada jurutera khas atau buka perjawatan Pegawai Kejuruteran Awam Sekolah kah? selama ini ada sekolah Cikgu menunggu lori minyak datang... terpaksa tinggal pnp.. lari ke stor genset..

3) JIKA ADA PROJEK NAIK TARAF SEKOLAH TU DIPANTAU... BIMBANG DUIT BANYAK ABIS DI TENGAH JALAN.. SEKOLAH KAYU JATI TAK APA.. BIMBANG KAYU MAU REPUT, BAJET HILANG ENTAH KE MANA...

=========================================
***
TAWAU BAGAIKAN SEBUAH NEGERI DI SEMENANJUNG, LAYAK SANGAT RASANYA MEMOHON BAJET KHAS UNTUK 'TRANSFORMASI' PENDIDIKAN SPT YANG YB DATUK MARY YAP INGINKAN... AMACAM?

* PPD TAWAU [dengan 21 buah Sek Men dan 59 Sek Rendah] saya lihat bagaikan Jabatan Pelajaran Negeri Perlis(negeri saya).. Saya ambil contoh negeri saya yang kecil tu sebab negeri lain saya tak tau sangat..

Cuma JPN Perlis mempunyai Bangunan Khas setinggi 4 tingkat jika tak silap... menguruskan 27 buah sekolah menengah DAN 74 buah sekolah rendah spt di bawah..

SMK berjumlah 27 semuanya

1. SMK biasa 20
2. SM (Sains) 1
3. Kolej Vokasional 1
4. SM Vokasional 1
5. SMKA (agama) 4

SEKOLAH RENDAH semua 74 buah:-

1. 3 SRI (Sekolah Rendah Islam)
2. 11 SRJK (C)
3. 53 SEK biasa
4. 1 SK Inst Pendidikan Guru
5. 3 SK (Felda)
6. 3 SRK (Misionari)

Semua Exco PKR dan Speaker Selangor adalah wanita??

Semua Exco PKR dan Speaker Selangor adalah wanita

Harakahdaily, 29 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Ketiga-tiga Exco Selangor dari PKR adalah wanita manakala Speaker Dun Selangor yang baru juga seorang wanita.


(Hannah Yeoh....bakal Speaker DUN Selangor menurut Dr Halimah Ali)

Menurut bekas Exco Selangor yang juga Adun Selat Klang, Dr Halimah Ali di dalam blognya, ketiga-tiga wakil PKR yang bakal dilantik sebagai Exco ialah bekas Exco Rodziah Ismail (Batu Tiga), bekas Exco Elizabeth Wong (Bukit Lanjan) dan Dr Daroyah Alwi (Sementa).

Selain beliau (Dr Halimah) yang juga dikekalkan sebagai Exco penggal ini, wakil daripada PAS terdiri daripada Sallehen Mukhyi (Sabak), Iskandar Samad (Chempaka), Dr Ahmad Yunus (Sijangkang).

(Senarai Exco baru Selangor yang disiarkan Dr Halimah dalam blognya)


Adun Sungai Pinang, Datuk Teng Cheng Khim pula mewakili DAP bersama Ean Yong Hian Wah (Sri Kembangan) dan Ganabathirau Veraman (Kota Alam Shah).

Menurutnya, upacara mengangkat sumpah serta akujanji akan berlangsung di Istana Alam Shah Klang jam 9.00 pagi esok.

Sementara itu, Adun Subang Jaya, Hannah Yeo Tseow Suan dijangka akan dilantik sebagai Yang Dipertua DUN atau Speaker.

Sebelum ini, Speaker adalah Teng Chan Khim yang kini akan dilantik sebagai Exco.

Isnin, Mei 27, 2013

Mulakan kerja PRU 14 dari sekarang

RUJUKAN :: http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/19532-mulakan-kerja-pru-14-dari-sekarang                                                                                              Muhammad Faeez Azahar, 26 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia mengarahkan pemuda PAS di semua peringkat agar menyusun jentera daripada sekarang untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.

Timbalan Pengarahnya, Ustaz Fakhrulrazi Mokhtar (gambar) berkata, gerak kerja PAS bukan hanya di musim pilihanraya sahaja sebaliknya sentiasa berjalan tidak kira masa dan keadaan.

Jelas beliau, jentera perlu membuat ‘post moterm’ keputusan pilihanraya lalu dan mengenalpasti kekurangan yang berlaku dalam gerak kerja seterusnya mencari formula untuk penambahbaikan.

“Jentera harus mengkaji kekurangan yang ada, misalnya sokongan melayu masih tidak begitu memuaskan dan kita harus nilai kenapa perkara itu berlaku.

PAS jangka fail 20 petisyen PRU-13 [BERITA HARIAN]

PAS jangka fail 20 petisyen PRU-13

Cetak
KUALA LUMPUR: PAS dijangka memfailkan 20 petisyen dan bantahan berhubung keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada 5 Mei lalu.

Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berkata, petisyen dan bantahan itu membabitkan beberapa kawasan Parlimen seperti Kuala Selangor di Selangor dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak, Terengganu dan negeri lain.
"Jawatankuasa khas yang kita tubuhkan sebelum ini sudah meneliti maklumat yang membawa kepada petisyen dan bantahan itu.


Setakat hasil perbincangan kita, itulah (20 petisyen) yang akan kita hantar tidak lama lagi. Mungkin akan meningkat atau menurun (jumlah bantahan). Ini akan dimuktamadkan nanti," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

RUJUKAN ::http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PASjangkafail20petisyenPRU-13/Article/?bh

TAHNIAH BAYERN!

Bayern cemerlang, gemilang

BAYERN MUNICH kelmarin bukan sahaja berjaya menebus kekecewaan musim lalu dalam saingan Liga Juara-Juara, malah menanti mereka adalah gelaran trebel apabila mereka turun dalam final Piala Jerman, Sabtu ini.


LONDON - Jurulatih Bayern Munich, Jupp Heynckes meninggalkan pasukan itu kepada penggantinya Pep Guardiola musim depan dengan petunjuk prestasi utama (KPI) tertinggi selepas beliau mencatat kejayaan cemerlang bersama Bayern musim ini termasuk meraih gelaran kelima Liga Juara-Juara di Stadium Wembley kelmarin.
Heynckes mengendalikan Bayern di Stadium Wembley itu dengan penuh emosi kerana bakal meninggalkan kelab tersebut musim depan, namun beliau antara individu paling gembira selepas pemain-pemain Bayern menghadiahkannya trofi keagungan Eropah selepas mereka membenam seteru utama, Borussia Dortmund 2-1 dalam aksi final.

KEMENANGAN BN TIDAK TULEN KATA PR??? WHY? PR KENA TERIMA HAKIKAT KEKALAHAN KERUSI..

Terus berhimpun, PR pertahan undi popular
NIZAM ZAIN
26 Mei 2013
Mohamed Mustafa Ishak
Mohamed Mustafa Ishak
SHAH ALAM – Penganalisis mendakwa tindakan Pakatan Rakyat (PR) yang terus-menerus menganjurkan perhimpunan seperti di padang timur, Amcorp Mall, Petaling Jaya semalam adalah untuk mengekalkan momentum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) pada 5 Mei lalu.

Ketua Kluster Politik, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, momentum itu perlu dikekalkan bagi membuktikan dakwaan mereka bahawa parti pembangkang mendapat undi popular itu perlu dipertahankan meskipun mereka tidak memperolehi jumlah kerusi parlimen yang mencukupi untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.

Malah jelasnya penganjuran perhimpunan jalanan itu juga dipercayai bertujuan untuk mengelirukan rakyat dan pengundi khususnya yang masih mentah dan tidak memahami proses demokrasi yang diamalkan di negara ini sekaligus cuba mensabotaj kemenangan Barisan Nasional (BN) pada PRU13.

“Ia tentunya akan memberikan keuntungan kepada mereka seolah-olah kemenangan BN itu tidak tulen.

tahniah China, apa lagi China mau?

SKUAD badminton China meraikan kemenangan menjuarai Piala Sudirman 2013 menumbangkan Korea Selatan 3-0 pada aksi final di Stadium Putra Bukit Jalil, hari ini. - Foto AFP
May 26, 2013 5:40 pm

Sabtu, April 13, 2013

Mustafa nafi letak jawatan SUA PAS

  • Mustafa nafi letak jawatan SUA PAS
  •  
  • Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menafikan telah meletak jawatan selepas isu penyebaran gambar dan video seks terbaru yang didakwa melibatkan pemimpin kanan parti itu.

LAGI BERITA EX MB BN MASUK PAS DALAM MASA TERDEKAT???

Isu masuk Pas: Mat Taib belum sedia komen
Wartawan Sinar Harian
13 April 2013
Isu masuk Pas: Mat Taib belum sedia komen
Keratan akhbar semalam
SHAH ALAM –  “Saya belum bersedia membuat apa- apa komen mengenai khabar itu,” kata bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

CALON PAS (PR) BAGI PRU 13

Jurutera, pegawai bank antara calon PAS Sabah

Harakahdaily, 13 Apr 2013
TAWAU: PAS Sabah menampilkan calon profesional yang terdiri daripada pegawai bank, jurutera, pengurus syarikat dan tokoh masyarakat setempat untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13).

Pengisytiharan calon dibuat oleh Presiden Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada majlis jamuan rakyat di perkarangan pejabat PAS Kawasan Kalabakan.

Menurut Pesuruhjaya PAS Sabah, Mohd Aminuddin Aling PAS Sabah berazam bersama-sama rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat bagi merealisasikan impian dan cita-cita seperti yang digariskan dalam manifesto Pakatan Harapan Rakyat diperingkat negeri dan persekutuan.

"PAS menawarkan kepimpinan jujur, amanah dan adil kearah menjadikan Sabah sebuah negeri yang maju dan moden seiring dengan negeri-negeri yang maju di semenanjung Malaysia," katanya kepada Harakahdaily hari ini.

Berikut merupakan calon-calon di peringkat Parlimen dan Dun Sabah:

P.185 Batu Sapi

Hamzah Abdullah

•    Timbalan Pesuruhjaya PAS
•    Lulusan BA (Hons) Middlesex University, United Kingdom
•    Bekas Pemimpin Kemajuan Rakyat Sekong
•    Bekas Ketua Kesatuan Pelajar Sabah di United Kingdom

P.191 Kalabakan


Usman Madeaming

•    Lulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
•    Ketua Pemuda PAS Kawasan Kalabakan
•    Mantan Naib Yang Dipertua Persatuan Mahasiswa Sabah (Permis) UKM

N.3 Pitas

Dausieh Queck

•    Setiausaha NGO Salimah Teras Sabah
•    Lulusan Diploma Pentadbiran dan Perniagaan Kolej PTPL
•    Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Dusun Tambanuo Sabah


N.6 Tempasuk


Awang Laiman Ikin

•    Setiausaha PPerhubungan PAS Negeri Sabah
•    Mantan Naib Presiden Persatuan Anak Yatim Kebangsaan (Peyatim)
•    Lulusan Usuluddin Universiti Al-Azhar Mesir
•    Mantan Naib Presiden Persatuan Iranun Sabah (Pagisa)

N.17 Tanjong Aru

Hamid Ismail

•    Peguam di Hamid & CO
•    Lulusan Ijazah Undang-undang Universiti ISlam Antarabangsa (UIA)
•    Diploma Pengajian ISlam, Universiti Malaya Sabah


N.48 Sukau


Ahdah Sulaiman

•    Tokoh Pembela Isu Tanah di Kinabatangan
•    Lulusan Diploma Pentadbiran dan Perniagaan
•    Mantan AJK Umno Bahagian Kinabatangan


N.51 Kunak

Kasman Karate

•    Mantan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam (Gamis) Borneo
•    Lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial Universiti Malaysia Sabah (UMS)
•    Setiausaha PAS Kawasan Silam

N.54 Bugaya

Hasai Tudai  

•    Jurutera kanan di Ikramtic System Sdn Bhd
•    Lulusan Bacelor Sains (Hons) Kejuruteraaan Mechanical Universiti Teknologi Mara (UiTM)

N.58 Merotai

Ahmad Dullah

•    Mantan Penolong Pengurus Cawangan Bank
•    Lulusan Bacelor Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM)
•    Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah
•    Mantan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat


N.59 Tanjong Batu

Fatmawaty Mohd Yusuf

•    Pengerusi Ameerah Sabah
•    Lulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia Universiti malaysia Sabah
•    Bendahari PAS Kawasan Kalabakan


N.60 Sebatik

Daud Jalaluddin

•    Pengerusi Persatuan Bajau Tawau
•    Lulusan Ijazah Pemasaran, Indiana Institute Of Technology
•    Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Tawau

rujukan :: http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/18255-jurutera-pegawai-bank-antara-calon-pas-sabah

Sabtu, Mac 16, 2013

BILA AYAH SAIFUL INSAF...


ADA FREE? JEMPUT MENDERMA DARAH DI HOSPITAL BESAR TAWAU!!!!



AYAH SAIFUL KINI BERSAMA PR!


AYAH SAIFUL DAH SERTAI PKR.. KISAH SAIFUL 'MAKIN DIRAGUI'???

#ALBUM LAMA.. KINI MEREKA TIDAK SEHALUAN DALAM ISU LIWAT II

AL FATIHAH BUAT PERAJURIT BERAGAMA ISLAM!


MEREKA SUDAH PON MEMBUKTIKAN.. MENYERAHKAN JIWARAGA UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA!





PRU13: PAS sedia tanding 76 kerusi parlimen

PRU13: PAS sedia tanding 76 kerusi parlimen

Khairul Azlam Mohamad, 15 Mac 2013

Tuan Guru Abdul Hadi bersama Pengerusi DHPP Terengganu, Dr Bala Chandran.

KUALA TERENGGANU: PAS sedia bertanding lebih satu pertiga daripada 222 kerusi parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, PAS sebagai parti teras orang Melayu Islam akan bertanding sekurang-kurangnya 76 kerusi parlimen pada pilihan raya kali ini.

Ini bermakna, kata beliau, PAS akan bertanding lebih dari satu pertiga jumlah kerusi yang diperuntukkan sebanyak 222 di seluruh negara.

“Kerusi parlimen seluruh Malaysia ada 222 kerusi dan dari jumlah itu, saya hendak beritahu insya Allah, PAS akan bertanding sekurang-kurangnya 76 kerusi Parlimen.

“Insya Allah, mungkin akan ada lagi jika rakan-rakan kita dalam Pakatan Rakyat memberi lagi kerusi kepada kita untuk bertanding,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Khas PRU13 di pekarangan Pasar Chabang Tiga, Dewan Undangan Negeri (Dun) Bandar, di sini malam tadi.

Hadir sama pada tersebut ialah Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut, Adun Ladang, Datuk Tengku Hassan Tengku Omar, Pengerusi Amanah Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah, Pengerusi DHPP Terengganu, Dr Bala Chandran, Pengarah MTD Bandar, Ahmad Shah Mohammad serta tetamu khas, mantan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, Datuk Fauzi Shaari.

Khamis, Januari 10, 2013

Kalimah Allah: Polemik gelombang kedua

SUMBER

-, 09 Jan 2013



1. Isu mengizinkan atau mengharamkan penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama lain khasnya agama-agama samawiyyat (langit) seperti Kristian dan Yahudi sekali lagi menjadi polemik besar yang boleh sahaja meledakkan negara ini.
PAS tetap tegas menyatakan pendiriannya sekaligus membuktikan bahawa bukan sokogan politik atau undi yang diburu PAS, tetapi berusaha matlamat meletakkan -Islam yang syamil-mutakamil dan kedudukan Allah sebagai Rabbul 'Alamiin -Tuhan Seru Semesta Alam ini dalam jajaran perjuanganya mendaulatkan Islam yang bakal menaungi semua.


2. Merujuk kepada sandaran utama Syariah Islam yakni Al-Quran, ayat-ayat secara dalil yang jelas menerangkan kedudukan perkara ini. Contoh-contoh ayat di mana perkara ini menjadi maudhu’ bicara atau Khitob Allah SWT adalah dalam ayat-ayat dalam surah Az-Zumar: 3, Luqman:25 dan yang paling jelas ialah pengakuan Allah sendiri bahawa namanya ditasbihkan dalam tempat-tempat ibadat kaum Yahudi dan Nasrani di samping di masjid dalam surah Hajj ayat 40.

3. Beristidlal secara yang betul yakni pertama menggunakan Al-Quran, As-Sunnah dbsnya, akan menemukan kita bahawa bahawa hukum asalnya ialah ianya ‘Yazuz’ atau diizinkan, diharuskan dan tidak dilarang.

Jelasnya ia bukan satu yang diharamkan atau kegunaannya ialah secara 'eksklusif' olih ummat Islam sahaja kerana Allah tidak dimilikki ummat Islam sahaja bahkan Allah adalah Tuhan seluruh seru semesta Alam. Penegasan ini yang kita ulangi bacaan setiap hari 17 kali sehari semalam dalam Al-Fatihah ditegaskan olih Sheikh Prof Dr Yusuf Qardhawi.

4. Adapun setelah diharuskan digunakan maka adalah mustahak dan penting untuk keharusan itu tidak disalahgunakan samada konteks yang tidak sesuai seperti merujuk kepada berhala, dewa-dewa dsbnya atau tujuan mendi’ayah ummat Islam dalam program Kristianisasi seperti yang ditakuti atau dikhuatiri ummat Islam di negara ini.

5. Maka barulah betul (sahih) kita merujuk kemudiannya kepada kepada Qawaid Fiqqiyah setelah merujuk kepada al-Quran (cara mencari dalil atau beristidlal yang betul dalam Islam) dan tidak sebaliknya yakni tiba-tiba haram kerana Qaedah ‘as-Sadda az-Zari’ah’ atau perhitungan menutup pintu-pintu kemudaratan, sebelum kita meneliti wujudnya Nas atau Nusus secara jelas tentang perkara atau maudhu tersebut dalam Al-Quran itu sendiri atau dalam Ahadith.

6. Penguasa politik dan pembuat dasar wajar kemudiannya menurunkan enakmen atau peraturan supaya keharmonian antara agama dan budaya dipelihara dan kalimah Allah tidak disalahguna atau eksploitasi untuk tujuan-tujuan salah seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Saya difahamkan sudah ada pihak paderi dan pimpinan gereja dan agama lain yag mahu bekerjasama untuk mempastikan ini dapat dijaga dan dilindungi dengan baik.

7. Berkebetulan juga, inilah uslub atau pendekatan paling cantik, wajar dan sesuai dalam menghidupkan budaya
Politik 'Li Ta’arafu' dalam landskap demokratik baru politik nasional negara ini.

Inilah dia sesungguhnya pendekatan ‘pertegahan’ atau ‘Uslub Wasotiyyah’ PAS, yang kini disenangi oleh pelbagai pihak – Melayu-Islam dan penganut agama lain sekaligus mengisi tuntutan ‘ruang tengah’ politik negara.

Penulis masih ingat bahawa inilah pesanan dan amanat Sheikh Prof Dr Yusuf Qardhawi ketika mengadakan muzakarah tertutup dengan pimpinan tertinggi PAS sebelum pilihanraya umum ke-12 dulu, supaya PAS mengambil uslub ini dalam megendalikan pendekatan 'Siasatut Dakwah'nya.

Setiap kebijakan atau polisi Siasahnya mempunyai perhitungan Dakwahnya dan setiap langkah Dakwahnya mempunyai perhitungan mengimbangi tuntutan Dakwahnya.



Dr Dzulkefly Ahmad adalah Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS.

KALIMAH ALLAH:: ADA NEGERI MESTI ADA LAGU KHAS TIADA NAMA ALLAH???


KUALA LUMPUR, 9 Jan — Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengatakan lagu kebanyakkan negeri-negeri yang menggunakan kalimah “Allah” terpaksa ditukar dengan keputusan mengharamkan penggunaan kalimah Arab tersebut bagi orang-orang bukan Islam.

Bekas Mufti Perlis (gambar) itu dilihat sebagai memberi respon kepada perintah Di Raja yang dikeluarkan oleh Sultan Selangor mengharamkan penganut agama selain Islam untuk menggunakan kalimah Allah sebagai rujukan kepada tuhan mereka.

“Bnyk lagu negeri2 ada klimah Allah trmasuk S'ngor. Jk mrk haram sama sekali pnggil Tuhan ALLAH, mk versi khas dperlukn,” tulis beliau di akaun Twitternya, @realDrMAZA.
“Ertinya pengharaman total tidak mungkin. Kalau sekadar untuk Bible Bahasa Melayu, itu soal pentadbiran sahaja.”

“Kerajaan boleh larang (penggunaan kalimah Allah) atas pentadbiran, bukan kerana Islam mengharamkan bukan Muslim sebab tiada arahan khusus dalam Islam tentang hal ini. Bible di negara Arab semua sebut Allah,” kata beliau kepada The Malaysian Insider apabila dihubungi.

Malaysia yang didominasi Islam mempunyai 13 buah negeri dan tiga wilayah persekutuan. Kebanyakan lagu negeri mengandungi perkataan “Allah” di dalam liriknya.
Lagu kebangsaan, “Negaraku”, tidak mengandungi perkataan Arab “Allah” tetapi menggunakan perkataan Melayu, “Tuhan”.

Pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) telah menarik pengikut yang ramai oleh kerana pandangan vokal beliau mengenai hal agama.

November lepas, beliau diheret ke dalam kontroversi kenyataan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar mengenai Islam dengan beberapa tokoh agama mencadangkan kenyataan naib presiden PKR itu dalam sebuah forum awam bermakna beliau menyokong orang Islam melakukan “Murtad”.
Mohd Asri mempertahankan tokoh pembangkang muda yang bersinar bintangnya itu secara terbuka, mengatakan tiada paksaan dalam amalan Islam.

Isu-isu kaum dan agama tidak dapat dipisahkan di Malaysia, di mana orang Melayu — yang membentuk 60 peratus daripada 28 juta penduduk — ditakrifkan perlembagaan sebagai orang Islam.
Undang-undang tertinggi negara menyatakan Islam adalah agama persekutuan tetapi membenarkan juga agama-agama lain untuk diamalkan secara bebas.

Pemimpin gereja Kristian dan badan mewakili kuil Sikh di seluruh negara telah menyatakan kebimbangan mengenai kesan perintah Di Raja Sultan Selangor mengharamkan pengikut agama selain agama Islam daripada menggunakan perkataan "Allah" merujuk kepada tuhan mereka.

Sultan negeri juga mengarahkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Selangor (JAIS) untuk mengambil tindakan tegas terhadap semua kumpulan, termasuk bukan Islam, yang terus mempersoalkan fatwa negeri dan undang-undang 1988 negeri menyekat penggunaan perkataan Arab itu.
Walau bagaimanapun, pada bulan Disember 2009, Mahkamah Tinggi memutuskan perkataan "Allah" tidak terhad kepada orang Islam dan Gereja Katolik mempunyai hak untuk menerbitkan perkataan tersebut dalam edisi Melayu akhbar mingguan, Herald.

Rabu, Januari 09, 2013

Mat Sabu: Pengurusan benar guna Stadium Merdeka


 
Penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat hari ini mengumumkan bahawa pengurusan Stadium Merdeka membenarkan mereka menggunakan tempat bersejarah berkenaan bagi perhimpunan 12 Januari.

Pengerusi penganjur himpunan itu Mohamad Sabu berkata pihaknya menerima surat keizinan bagi menggunakan stadium pada kira-kira jam 2.30 petang tadi.

Dalam surat berkenaan, pihak stadium juga menetapkan syarat agar penganjur membayar RM75,000 sebagai wang pendahuluan untuk menggunakan stadium berkenaan, katanya.

"Kita akan tunaikan," kata timbalan presiden PAS yang menambah, pihaknya akan menghantar delegasi untuk berbincang dengan pengurusan stadium mengenai aspek keselamatan dan persiapan perhimpunan tersebut.

"Kita akan menghantar jawatankuasa untuk berunding dengan pengurusan stadium mengenai apa yang boleh dan apa yang tidak boleh (dilakukan), yang dikenakan oleh pihak stadium," katanya yang turut mengucapkan terima kasih kepada pengurusan Stadium Merdeka.

Dalam sidang media hari ini, Mohamad berkata seramai 5,000 orang anggota unit amal akan dikerahkan untuk menjaga keselamatan sepanjang perhimpunan berkenaan.

Sementara itu, naib presiden PKR Tian Chua pula berkata, penganjur juga akan membincangkan dengan pihak stadium mengenai kapasiti hadirin bagi perhimpunan tersebut.

Pakatan Rakyat Selangor pada hari Isnin lalu dilaporkan akan membawa seramai 300,000 orang terdiri daripada aktivis dan penyokong parti bagi menjadikan jumlah keseluruhan peserta seramai 1 juta orang.

Satu laporan Sin Chew Daily hari ini bagaimanapun menyatakan bahawa pengurusan stadium menetapkan bahwa jumlah peserta tidak boleh melebihi jumlah 30,000 – yang merupakan kapasiti maksimum stadium berkenaan.

Laporan itu menyebut, syarat berkenaan bagi memastikan struktur stadium berkenaan, yang dikategorikan sebagai bangunan warisan, akan terpelihara.

Ketika dihubungi lewat petang ini, Mohamad Sabu berkata beliau tidak mempunyai maklumat mengenai perkara itu dan akan membincangkannya dengan pengurusan stadium, esok.

Mahkamah arah keahlian Isa Samad dibuang dari KPF

sumber

Harakahdaily, 09 Jan 2013
KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Zaleha Yusuf hari ini memutuskan bahawa Panel Pertikaian Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) tersilap apabila mengekalkan keahlian Tan Sri Isa Samad di dalam Koperasi Permodalan Felda Berhad (KPF).

Justeru itu, beliau telah membenarkan permohonan semakan kehakiman yang dibuat oleh lima  orang peneroka Felda Jengka, Pahang bagi mencabar keputusan SKM tersebut.


Pada pendengaran pagi tadi, Zaleha bersetuju dengan hujah peguam para peneroka dan memerintahkan perintah deklarasi bahawa keputusan SKM adalah tidak sah dan terbatal.

Beliau juga memerintahkan perintah Mandamus iaitu perintah yang mengarahkan KPF mengambil tindakan memadamkan dan membuang nama Isa dari rekod keahlian KPF dengan kadar serta merta.

Hakim juga memerintahkan kos RM3,000 dibayar oleh SKM kepada peneroka yang manjadi pemohon dalam kes semakan kehakiman tersebut.

Dengan keputusan mahkamah hari ini selesailah kemelut dan kontroversi status keahlian Isa Samad di dalam KPF.

Sebelum ini status keahlian Isa Samad menjadi isu hangat kerana berdasarkan undang-undang kecil KPF beliau tidak layak menjadi ahli KPF.

Keahlian KPF hanya dibenarkan kepada peneroka, isteri dan anak peneroka dan kakitangan tetap Felda. Isa tidak termasuk dalam mana-mana kategori tersebut.

Dipercayai keahlian Isa Samad tersebut diluluskan sebelum ini sebagai usaha untuk melantik beliau menjadi Pengerusi KPF. KPF adalah satu-satunya anak syarikat Felda yang belum dapat dikuasai oleh Isa Samad.

Ramai percaya bahawa KPF adalah lubuk emas kepada Felda yang telah lama diintai oleh Isa. Usaha untuk mengheret KPF ke dalam penyenaraian Felda Global Ventures Holding Berhad (FGVH) juga gagal sebelum ini.

Keahlian Isa Samad telah dicabar oleh beberapa orang peneroka yang menjadi ahli KPF dan isu keahliannya telah dibawa ke Panel Pertikaian SKM pada Mei 2012.

SKM telah membuat keputusan yang dikira aneh kerana meskipun ia bersetuju keahlian Isa Samad adalah bercanggah dengan undang-undang kecil KPF namun dalam masa yang sama ia juga memutuskan keahliannya tidak boleh dibuang atau dipadam dari rekod keahlian KPF.

Dengan keputusan SKM tersebut lima orang peneroka telah mencabar keputusan tersebut di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui permohonan semakan kehakiman yang difailkan oleh peguam para peneroka iaitu Tetuan Mohamed Hanipa & Associates.

Pada bulan Oktober iaitu sehari sebelum Mesyuarat Agung KPF, Hakim Tuan Abang Iskandar memberi kebenaran untuk para peneroka meneruskan semakan kehakiman ke atas SKM dan hakim juga memerintahkan perintah interim menggantung keahlian Isa Samad dan melarang apa-apa pelantikan beliau sebagai Pengerusi KPF di dalam mesyuarat agung tersebut.

Pada hari ini Hakim Datuk Zaleha secara muktamad mengarahkan keahlian Isa Samad dibuang dari rekod KPF.

Dalam perbicaraan hari ini para peneroka diwakili oleh Mohamed Hanipa Maidin dan Azhana  Mohd Khairudin manakala SKM diwakili oleh Mohd Zainudin dan KPF pula diwakili L.Doshi.