Selasa, Ogos 31, 2010

Anggota BENDERA terus demonstrasi. bILA DAN BAGAIMANA AKAN BERAKHIR??

Anggota BENDERA terus demonstrasi



2010/08/31

JAKARTA: Bantahan kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) Indonesia terhadap Malaysia berikutan insiden di perbatasan perairan Malaysia-Indonesia dekat kepulauan Riau terus dilakukan, walaupun pada hari Malaysia merayakan hari kemerdekaan ke-53 hari ini.

Dalam satu lagi demonstrasi yang diadakan di hadapan pejabat BENDERA di Jalan Diponegoro, selain membakar Jalur Gemilang, puluhan orang turut mengajak anggota kumpulan itu mengumpul cap jari darah pada sehelai kemeja-T putih yang mereka sebut sebagai "hadiah" Hari Kemerdekaan Malaysia ke-53. 


SAMBUNG 

Mangsa Samun dikelar di leher, koma! Ma Sya Allah.. apa nak jadi..

Mangsa samun koma dikelar di leher


2010/08/31

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang dipercayai mangsa samun ditemui dalam keadaan cedera parah akibat dikelar di leher menggunakan objek tajam di Jalan Bunga Tanjung 9 di Taman Muda, Ampang, di sini malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Supt Amiruddin Jamaluddin, berkata lelaki berumur 18 tahun itu ditemui terbaring oleh orang awam pada 8.30 malam sebelum menghubungi polis.

Mangsa samun koma dikelar di leher


2010/08/31

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang dipercayai mangsa samun ditemui dalam keadaan cedera parah akibat dikelar di leher menggunakan objek tajam di Jalan Bunga Tanjung 9 di Taman Muda, Ampang, di sini malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Supt Amiruddin Jamaluddin, berkata lelaki berumur 18 tahun itu ditemui terbaring oleh orang awam pada 8.30 malam sebelum menghubungi polis.

"Lelaki itu kini koma dan dirawat di Hospital Ampang," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Puteri UMNO Sabah gesa LDP henti hentam pemimpin BN negeri

Puteri UMNO Sabah gesa LDP henti hentam pemimpin BN negeri



2010/08/31

KOTA KINABALU: Pergerakan Puteri UMNO Sabah menggesa pucuk pimpinan tertinggi Parti Liberal Demokratik (LDP) supaya menghentikan segera kecaman secara terbuka terhadap pimpinan negeri di media.

Ketuanya, Musliati Moslimin berkata Presiden LDP, Datuk VK Liew, sepatutnya mengarahkan anggota Majlis Tertinggi parti itu supaya tidak bertindak sesuatu yang boleh melemahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) negeri di mata pembangkang. 


Minggu lalu, Chin menyatakan bahawa LDP tidak lagi dapat bekerja dengan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, yang juga Pengerusi BN Sabah, tetapi akan terus menyokong dan bekerjasama dengan Umno serta menyatakan sokongan penuh kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan gagasan 1Malaysia.


sambung

Mangsa kedua letupan bom buatan sendiri meninggal dunia. Kasihan!

Mangsa kedua letupan bom buatan sendiri meninggal dunia

31/08/2010 1:50pm

KUALA LUMPUR 31 Ogos - Mangsa kedua letupan bom buatan sendiri di Pangsapuri Desa Tun Razak, Cheras kelmarin meninggal dunia kira-kira jam 5.45 pagi tadi di Hospital Kuala Lumpur.
Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Supritendan Abdul Rahim Hamzah berkata, mangsa, Goh Weng Sing, 38, meninggal dunia akibat kecederaan yang amat teruk hampir di seluruh anggota badan. - Utusan

SPR, KPN dan AG di bawah parlimen jika PR kuasai Putrajaya. Mesti baca!


Nazri Abdullah   
KUALA LUMPUR, 31 Ogos: Perkara pertama yang akan dilakukan Pakatan Rakyat jika memerintah negara adalah meletakkan beberapa konstitusi penting negara di bawah parlimen.

Ianya termasuk badan kehakiman seperti Ketua Hakim negara, badan penguatkuasa seperti seperti Ketua Polis negara, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Perkara tersebut dimaklumkan Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub pada majlis berbuka puasa Naib-naib Presiden PAS bersama media alternatif di sebuah hotel di ibu negara semalam.

Menurutnya, tindakan itu mahu dilaksanakan kerana tidak mahu Pakatan Rakyat melakukan kesilapan sama seperti yang dibuat Umno Barisan Nasional pada waktu ini.

"Kita akan buat satu pindaan perlembagaan meletakkan mereka ini di bawah parlimen.

"Kami bimbang jika dengan sistem yang ada ini, kami juga akan melakukan perkara sama seperti yang dilakukan BN.

Perkara tersebut juga ujarnya, antara keputusan yang telah dipersetujui bersama PAS, PKR dan DAP dalam konvenyen Pakatan Rakyat baru baru ini.

Selain itu Pakatan Rakyat juga berjanji akan melakukan pemulihan terhadap demokrasi negara mengikut apa yang diperuntukkan dalam perlembagaan Malaysia.

Ianya termasuk kebebasan media, kebebasan berhimpun, hak bersuara dan sebagainya.

"Adakah anda mahu, kalau kami di Putrajaya nanti, dengan sistem yang ada sekarang ini tidak diubah, kami juga akan mencengkam media seperti yang Umno BN buat pada hari ini? " soalnya kepada lebih 50 warga media yang diraikan.

Turut serta pada majlis itu, Datuk Mahfuz Omar manakala seorang lagi Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man tidak dapat hadir kerana menghadiri majlis berbuka puasa di Istana Pahang.

Mahfuz dalam ucapannya pula melahirkan penghargaan kepada warga media yang banyak membantu PAS dalam usaha memperjelaskan isu semasa kepada rakyat.

Sehubungan itu, Mahfuz berharap usaha dan kerjasama antara kedua-dua pihak akan terus berlaku.

K'tan saman Petronas berhubung royalti minyak. Baca!

K'tan saman Petronas berhubung royalti minyak
Hafiz Yatim
Ogos 30, 10
10:42am
Kongsi 0


sumber di sini

Kerajaan negeri Kelantan, dengan ketuai oleh Menteri Besar, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat, telah memfailkan saman terhadap syarikat minyak negara, Petronas, untuk menuntut royalti minyak yang tidak dibayar sejak 2004.

Saman terhadap Petronas itu meliputi dakwaan melanggar perjanjian kontrak dan juga turut membabitkan isu perlembagaan.

Nik Aziz yang diiringi oleh timbalannya, Datuk Ahmad Yaakob dan exco kanan kerajaan negeri, Datuk Husam Musa dan Datuk Takiyuddin Hassan, menyaksikan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Dagang Kuala Lumpur pagi ini. Turut hadir ialah bendahari PAS, Dr Mohd Hatta Ramlli.

Peguam kanan Tommy Thomas mewakili kerajaan Kelantan.

Notis sepanjang 47 halaman itu antara lainnya menuntut:
1. Pelaksanaan spesifik perjanjian petroleum Kelantan.

2. Siasatan dijalankan ke atas Petronas untuk membuat pendedahan penuh berhubung fakta berkaitan bayaran tunai yang perlu dibayar kepada Kelantan.
3. Perintah supaya semua tunggakan bayaran tunai dilunaskan dalam tempoh sebulan daripada perintah mahkamah.

4. Gantirugi beserta kos dan faedah ke atas jumlah yang diperintahkan dibayar.

5. Relief lain dan juga kebebasan untuk memohon.

Anggota polis bertindak mengawal keadaan di kawasan komplek mahkamah sejak awal pagi ini.

Pertikaian berlarutan

Isu royalti minyak yang berlanjutan selama ini, timbul semula sewaktu kempen pilihan raya kecil DUN Manek Urai tahun lalu.

Ini diikuti dengan tindakan kerajaan pusat pula menyiarkan beberapa dalam akhbar berbahasa Melayu, menyatakan bahawa Kelantan tidak layak menerima royalti minyak kerana ia telah menerima "wang ehsan" sebanyak RM20 juta.
Hujah berkenaan bagaimanapun disangkal oleh bekas naib presiden Umno dan juga bekas pengerusi Petronas Tengku Razaleigh Hamzah yang menyifatkannya sebagai "menghina kebijaksanaan" rakyat Kelantan.

Saman pemula hari ini merupakan rentetan daripada tindakan kerajaan pimpinan PAS Kelantan pada Mac lalu melantik Tengku Razaleigh sebagai wakil perunding negeri itu untuk menuntut royalti minyak daripada kerajaan pusat.

Kelantan didakwa berhak menerima bayaran royalti minyak antara RM850 juta hingga RM1bilion untuk pengeluaran di pelantar minyak yang terletak sejauh 170 kilometer dari perairan Kelantan.
Husam sebelum ini berkata bayaran tersebut perlu dibuat mengikut Akta Petroleum 1974 yang membolehkan negeri menerima royalti minyak sebanyak lima peratus daripada hasil perolehan petroleum.

Banjir di Pakistan, makin teruk? Bala Allah kah dipersalahkan?

 
MANGSA banjir Pakistan berasak menaiki lori penyelamat yang dibekal Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk meninggalkan Sujawal di wilayah Selatan Sindh, hari ini. Kira-kira 300,000 penduduk daerah itu terpaksa menyelamatkan diri ketika pasukan tentera dan penyelamat membuat benteng untuk menahan air Sungai Indus daripada melimpah. - Foto AFP
Aug 31, 2010 10:54 am
--------------
respon : Pakistan dan Umat Islam di sana 'harus' koreksi diri... salah pengganas atau Umat Islam yang lupakan agama sebenar...

Isteri menteri pun tak tutup aurat di masjid


Mohd Ali Hashim   
ALOR SETAR, 31 Ogos: Sebelum ini, ramai juga di kalangan isteri pemimpin negara yang tidak menutup aurat dengan betul semasa menghadiri majlis di surau dan masjid.

Sehubungan itu, Kerajaan Pusat atau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sepatutnya mengeluarkan notis makluman kewajipan menutup aurat kepada semua pihak yang ingin memasuki surau atau masjid di negara ini.

Demikian dinyatakan oleh Exco Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul sebagai mengulas isu Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching yang didakwa tanpa menutup aurat telah berucap di ruang solat surau Al-Huda, Kajang Sentral baru-baru ini.

Isnin, Ogos 30, 2010

Dinar Emas hanya perhiasan? Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin, kerajaan Pusat akan menentangnya jika kerajaan negeri itu cuba menggunakan kedua-duanya sebagai mata wang itu kerana ia menyalahi peraturan Bank Negara Malaysia (BNM) dan boleh menganiayai orang ramai selain peniaga.



DINAR emas (atas) dan dirham perak yang diperkenalkan kerajaan Kelantan baru-baru ini.


BACHOK - Kerajaan Pusat tiada masalah jika dinar emas dan dirham perak yang diperkenalkan kerajaan Kelantan hanya untuk disimpan bukan bagi diniaga di pasaran terbuka.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin, kerajaan Pusat akan menentangnya jika kerajaan negeri itu cuba menggunakan kedua-duanya sebagai mata wang itu kerana ia menyalahi peraturan Bank Negara Malaysia (BNM) dan boleh menganiayai orang ramai selain peniaga.

Ahad, Ogos 29, 2010

Dr Asri: Saya bukan pertahan YB Teo?


Dr Asri: Saya bukan pertahan YB Teo
Ogos 29, 10 1:38pm
Kongsi 0


Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin berkata laporan media yang menyebut bahawa beliau mempertahankan tindakan ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching adalah kurang tepat.

"Saya kira laporan itu kurang tepat. Saya tidak campur dalam urusan politik beliau dan tidak mengetahui apakah yang sebenarnya berlaku," katanya dalam satu kenyataan. 


sambung

Gempa bumi 5.2 skala Richter gegar Indonesia. 1,726 km tenggara Kunak, Sabah. Makin dekat Qiamat...

Gempa bumi 5.2 skala Richter gegar Indonesia


2010/08/29

KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi berukuran 5.2 pada skala Richter menggegarkan wilayah Irian Barat pada jam 6.02 petang tadi.

Menurut satu kenyataan Jabatan Meteorologi, pusat gempa bumi itu berlaku di 654 km timur laut Ambon, Indonesia dan 1,726 km tenggara Kunak, Sabah.

GRO kelas atasan, khidmat mencecah RM500/- ditahan di JB!!

Kelab malam diserbu, GRO asing ditahan

sumber 

29/08/2010 6:59pm

JOHOR BAHRU - Salah sebuah kelab malam berkelas tinggi di Batu Pahat diserbu awal pagi tadi dan 45 orang pelayan pelanggan (GRO) dari China dan seorang dari Vietnam telah ditahan.

Ketua Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Negeri, DSP Tan Hiap Seng berkata, berbanding kelab malam lain yang mempunyai pelanggan, operasi di kelab itu dianggap lebih berkelas tinggi.

"GRO asing di sini memberi khidmat seks kepada pelanggan kelas tinggi dengan mengenakan bayaran antara RM300 hingga RM500. Berdasarkan pakaian seksi dan mahal yang mereka pakai, kita percaya wanita-wanita terbabit memberikan perkhidmatan seks secara eksklusif kepada pelanggan tertentu,” katanya. - Bernama

Letupan di pangsapuri, dua cedera parah

Letupan di pangsapuri, dua cedera parah
Ogos 29, 10 2:00pm
Kongsi 12


Dua pekerja siber kafe melecur hampir seluruh badan apabila sebuah kotak yang mengandungi bom buatan sendiri meletup depan sebuah unit rumah di tingkat bawah Apartment Desa Tun Razak, Cheras di sini pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu, kedua-duanya, seorang pekerja wanita, diminta oleh majikan mereka untuk mengangkat sebuah kotak misteri yang dijumpai di hadapan rumah berkenaan. 

---------------------
 
SEORANG daripada dua mangsa letupan bom buatan sendiri di apartmen Desa Tun Razak Cheras, hari ini menerima rawatan awal pegawai perubatan susulan kecederaan yang dialaminya. Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, kedua-duanya, seorang pekerja wanita, diminta oleh majikan mereka untuk mengangkat sebuah kotak misteri yang dijumpai di hadapan rumah berkenaan. - Foto Zunnur Al Shafiq (berita lanjut) www.bharian.com.my
 

72,000 kanak-kanak kebuluran di Pakistan!!!

72,000 kanak-kanak kebuluran


2010/08/29

PENDUDUK   daerah    Sangi dekat Sukkur, selatan Pakistan, merayu bantuan makanan  dan air bersih ketika lari dari banjir, semalam.
PENDUDUK daerah Sangi dekat Sukkur, selatan Pakistan, merayu bantuan makanan dan air bersih ketika lari dari banjir, semalam.
 
PBB gusar kekurangan bekalan, dua lagi pekan di Pakistan diancam banjir

KARACHI: Dua lagi pekan di selatan Pakistan diancam banjir besar semalam, sebulan selepas bencana itu bermula, sementara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran berpuluh-puluh ribu kanak-kanak yang menghadapi risiko kematian akibat kekurangan zat makanan. 

--------------------- respon : Bala allah diturunkan kepada Pakistan.. x mustahil untuk meredakan jenayah 'bunuh diri' dengan meletupkan bom buatan sendiri di lokasi tempat awam... 

Inilah gaya hidup UMNO.. niat baik, cara pelaksanaan pulak.. Pemuda dan Puteri tak rasa janggal bila AURAT terdedah???


* Lihat dalam gambar, ada yang tidak menutup aurat... pakai seluar pon macam tak cukup syarat sahaja...




Puteri UMNO Bahagian Wangsa Maju yang diketuai oleh ketuanya, Rafeah Omar (tengah) dengan dibantu oleh Pemuda UMNO Bahagian bersiap sedia untuk mengagihkan barangan sumbangan hari raya kepada golongan miskin dan kurang berkemampuan di sekitar Wangsa Maju di Pejabat UMNO Bahagian Wangsa Maju, Danau Kota, 28 Ogos. - Utusan/Zulkarnain Mohd Saidin

Wanita- kaum yang lemah dibunuh lagi!!!

Apakah datang bala sebegini.. barulah terhenti JENAYAH??
===================================================

Mayat wanita ditemui di kawasan pembuangan sampah

29/08/2010 4:57pm

SHAH ALAM - Mayat seorang wanita dengan beberapa kesan tikaman pada tubuhnya ditemui di tempat pembuangan sampah di Jalan Sungai Chandong 12, Bandar Armada Putra, di Pulau Indah, Pelabuhan Klang, hari ini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Mohamad Mat Yusop berkata, mangsa dipercayai warga Indonesia berusia 30an yang berpakaian lengkap dijumpai oleh seorang pengawal keselamatan semasa melalui kawasan kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi.

Kunjung masjid: William Leong pula jadi sasaran. UMNO jahat!!!

Kunjung masjid: William Leong pula jadi sasaran
Ogos 29, 10 8:17pm
Kongsi 0
 
sumber di sini
Utusan Malaysia meneruskan serangannya terhadap ahli parlimen pembangkang bukan Islam yang mengunjungi surau dan masjid dalam bulan Ramadan itu.

Selepas kunjungan kontroversi ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching ke sebuah surau di Kajang minggu lalu, kali ini ahli parlimen PKR, William Leong Jee Keen pula menjadi sasaran Utusan kerana mengunjungi Masjid at-Taqwa, Selayang Baru.

Mingguan Malaysia - akhbar milik kerajaan itu - melaporkan bahawa ahli parlimen Selayang itu diberi kebebasan berada di saf paling hadapan dalam masjid berkenaan.

-------------------------
respon : mungkinkah ISA akan digunakan kepada non muslim???

Tawar cabutan bertuah arak! Taukeh kedai Melayu...

Tawar cabutan bertuah arak


PENGUNJUNG sebuah pusat hiburan di Kota Pendamar, Pelabuhan Klang menjalani ujian air kencing kelmarin.


PELABUHAN KLANG - Melampau dan memalukan umat Islam.
Itulah gambaran sebuah pusat hiburan dipercayai dimiliki oleh seorang lelaki Melayu di Kota Pendamar di sini yang memberikan kupon kepada pelanggan bagi setiap minuman keras dibeli untuk melayakkan mereka mendapat cabutan bertuah berupa arak dan wang tunai.

Perbuatan tidak bertanggungjawab itu dilihat tidak menghormati bulan Ramadan, lebih-lebih lagi rata-rata pelanggannya juga adalah orang Melayu.

Kegiatan itu bagaimanapun terbongkar selepas pusat hiburan itu diserbu oleh polis, pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Perbandaran Klang (MPK) kira-kira pukul 12 tengah malam kelmarin.
------------------
respon : makin teruk ni... arak macam air masak sahaja...

Majlis Berbuka Puasa Pas Kawasan 28/8/2010 di Pasti Taman Ria, Tjg Batu, Tawau

Hiasan di dinding pintu masuk Pasti Taman Ria

  
Adik-adik pasti yang turut memeriahkan majlis

  
Ust Roslan Ramli memberikan tazkirah dan seterusnya mengimamkan solat tarawih

 
Antara yang hadir solat tarawih

Pasti Taman Ria- Mudir Ust Zulkafri B Ab Ghani

Sabtu, Ogos 28, 2010

Pentingnya sifat cermat dalam membuat tindakan. Pesanan Presiden Pas!

Saturday, 19 Ramadan 1431
 
Bersempena dengan peristiwa turunnya Al Quran di bulan Ramadhan yang mulia ini, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk berpesan kepada seluruh ahli dan kepimpinan PAS disegenap lapisan peringkat untuk memanafaatkan baki Ramadhan yang tinggal ini agar ianya diisi dengan amal soleh dan mampu untuk menghampirkan diri kita kepada Allah SWT.

Selain dari itu, saya juga ingin memperingatkan kepada seluruh ahli, petugas dan para pimpinan yang berhadapan dengan masyarakat awam Islam dan bukan Islam agar sentiasa bertindak dengan cermat berdasarkan ilmu yang jelas dan penuh hikmah dalam segala bentuk pertuturan, perancangan, tindakan, pemantauan dan penguatkuasaan bagi menjalankan amanah kemenangan yang diberi oleh Allah SWT di segenap ceruk dalam negara kita ini.

Janganlah kita bertindak dengan cara yang disangkakan beroleh kebaikan, akan tetapi natijahnya menyebabkan kita sibuk diasak oleh musuh menerusi media yang tidak memihak kepada kita, dan terpaksa pula kita menghabiskan masa untuk menjawab dan mempertahankan sesuatu isu yang ditimbulkan itu.

Sesuatu tindakan yang pada asalnya dibolehkan sekalipun, akan tetapi jika menyebabkan polemik dalam masyarakat, malah merugikan pula dari sudut pandangan siyasah umum, maka lebih baik ianya dielakkan. Apatah lagi dalam tindakan yang boleh mendatangkan fitnah kepada organisasi parti PAS itu sendiri.

Semuanya perlu dipertimbangkan bagi menjaga  maslahat umum seperti disebutkan di dalam kaedah fiqh :

Almaslahatul 'ammah muqaddamah 'ala maslahah khasah (Maslahat umum diutamakan dari maslahat khas) dan
Dar'ul mafasid muqaddam 'ala jalbil masalih (menolak keburukan diutamakan daripada mengambil maslahah).


Selagi mana ia bukanlah satu perkara yang bersifat prinsip, atau sesuatu hukum yang qat'i, maka kaedah tersebut perlulah diguna pakai dalam tindakan-tindakan kita sebagai pejuang Islam, termasuklah dalam proses kita memperkasakan parti di peringkat Cawangan dan Kawasan.

Semoga segala tindakan kita sentiasa dipimpin oleh syariat dan mendapat petunjuk dari Allah SWT.



Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)

Jamil Khir terima 20 SMS /hari... tanya hukum hakam... ALHAMDULILLAH!

Isu macam ni.. payah juga Jamil nak jawab kot???
-----------------------------------------------

Jamil Khir terus jadi tempat rujukan orang Islam

sumber

KUALA LUMPUR 27 Ogos - Datuk Seri Jamil Khir Baharom terus menjadi tempat rujukan orang ramai untuk mendapatkan pandangan serta penyelesaian berkaitan dengan pelbagai hukum-hakam agama Islam walaupun kini menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Jamil Khir yang merupakan penceramah popular sebelum ini berkata, beliau menerima sekurang-kurangnya 20 khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada orang ramai setiap hari yang mengemukakan pelbagai soalan serta kemusykilan.

Bandingkan kepala Yb Teo dan kepala DS Rosmah!!!

kONTROVERSI! iNI GAMBAR yb Teo dari Parti DAP- masuk masjid x pakai tudung@tak tutup aurat! Dia Bukan Islam! Dia mahu kenali Islam...
 
 Haha!!! iNI GAMBAR isteri PM DS Rosmah! Dia muslimah sejati.. masuk masjid/surau tudung tak habis/ kira x tutup aurat! Cakap Islam, emm.. kalah ulamak lah.. dia dari Parti BN! Dia faham Islam.. tetapi kenapa jadi begini dan mana Mufti dan Menteri berkaitan tak tegur? Mana Maj Agama Islam pergi tahan dan ambik tindakan? 
Jangan UMNO double standard! Jangan UMNO Hipokrit! 1 malaysia Tahu! 1 Dunia tahu UMNO pernah berbohong!!! Pada siapa lagi UMNO ingin merayu???
 

Jawatankuasa-Jawatankuasa Fatwa Peringkat Negeri

Jawatankuasa-Jawatankuasa Fatwa Peringkat Negeri
1.
  Perlis
  Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis
2.
  Kedah
  Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah
3.
  Pulau Pinang
  Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang.
4.
  Perak
  Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak
5.
  Selangor
  Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor
6.
  Wilayah Persekutuan
  Jawatankuasa Perundingan Hukum Syara' Wilayah Persekutuan
7.
  Negeri Sembilan
  Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan.
8.
  Melaka
  Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka
9.
  Johor
  Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor
10.
  Pahang
  Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang
11.
  Terengganu
  Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu
12.
  Kelantan
  Jemaah Ulama' Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
13.
  Sabah
  Majlis Fatwa Negeri Sabah
14.
  Sarawak
  Ahli-Ahli Lembaga Fatwa Negeri Sarawak

Mengenai Mufti Dan Jawatankuasa Fatwa Negeri. Wajah-wajah Mufti Malaysia!

Mengenai Mufti Dan Jawatankuasa Fatwa Negeri

sumber

Senarai Mufti-Mufti Seluruh Malaysia

 
    Y. B. S.S. Tan Sri Dato’ Seri Hj. Harussani bin Hj. Zakaria
    Mufti Negeri  Perak Darul Ridzuan
    Pejabat Mufti Negeri Perak Darul  Ridzuan,
    Tingkat 5, Kompleks Islam Darul Ridzuan,
    Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
    30000 Ipoh,
    Perak 
 
 
    Y.Bhg. S.S. Dato' Setia  Haji Mohd. Tamyes Bin  Abd. Wahid
    Mufti Negeri Selangor Darul Ehsan,
    Pejabat Mufti Negeri Selangor,
    Tingkat 7 & 8, Menara Utara,
    Bangunan Sultan Idris Shah
    No. 2, Persiaran Masjid, Bukit SUK, Seksyen 5,
    40000 Shah Alam, 
    Selangor 
 
 
    Y.Bhg. S.S Dato' Haji Wan Zahidi Bin Haji Wan Teh
    Mufti Wilayah Persekutuan
    Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan,
    Tingkat 10, Menara Pusat Islam,
    Jalan Perdana,
    50519 Kuala Lumpur
 
 
     Y. Bhg. S.S Datuk Hj. Ahmad Alawi Bin Hj. Adnan
     Mufti Negeri Sabah
     Pejabat Mufti Negeri Sabah,
     Tingkat 2, Blok B, Wisma MUIS,
     Jalan Sembulan, Beg Berkunci 2070,
     88818 Kota Kinabalu,
     Sabah 
 
 
     Y. Bhg. S.S. Dato' Haji Hassan Bin Haji Ahmad
     Mufti Negeri Pulau Pinang
     Pejabat Mufti Negeri Pulau Pinang,
     Tingkat 45,  KOMTAR,
     10000 Pulau Pinang 
 
 
     Y. Bhg. S.S Datuk Wira Hj. Rashid Redza Bin Hj. Md. Saleh
     Mufti Negeri Melaka
     Jabatan Mufti Negeri Melaka,
     Tingkat 12, Bangunan Graha Maju,
     Jalan Graha Maju,
     75300 Melaka
 
 
     Y. B. S.S Dato' Hj. Muhamad Shukri bin Muhamad
     Mufti Kerajaan Negeri Kelantan
     Pejabat Mufti Negeri Kelantan,
     Kompleks Balai Islam Lundang,
     Jalan Sultan Yahya Petra,
     15200 Kota Bharu,
     Kelantan 
 
 
     Y. Bhg. S.S. Dato’ Hj. Abd. Rahman bin Hj. Osman
     Mufti Negeri  Pahang
     Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pahang,
     Jalan Masjid, 
     26600 Pekan, Pahang
 
 
    YB. S.S Dato' Hj. Mohd. Tahrir bin Dato’ Shamsudin
    Mufti Negeri Johor
    Jabatan Mufti Negeri Johor Darul Takzim,
    Tingkat 3, Kompleks Islam Johor,
    Jalan Masjid Abu Bakar, Karung Berkunci 725,
    80990 Johor Bharu,
    Johor 
 
 
    Y. Bhg. S.S Dr. Haji Alias bin Abdullah
     Mufti Negeri Terengganu
     Jabatan  Mufti Negeri  Terengganu,
     Tingkat 1, Pusat Pentadbiran Islam Terengganu,
      Kompleks Seri Iman,
     Jalan Sultan Mohamad,
     21100 Kuala Terengganu,
     Terengganu
 
 
    Y. Bhg. S.S. Dato’ Hj. Mohd Yusof bin Hj. Ahmad
    Mufti Negeri Sembilan
    Jabatan  Mufti Negeri Sembilan,
    Tingkat 3, Bangunan SUK Lama,
    Karung Berkunci 45, Jalan Dato' Hamzah,
    70990 Seremban,
    Negeri Sembilan
 
 
    Y. Bhg. S.S Dato’ Syeikh Muhamad Baderudin bin Hj. Ahmad
    Mufti Negeri  Kedah 
    Jabatan Mufti Negeri Kedah,
    Tingkat 6, Bangunan PKNK,
    Jalan Sultan Badlishah,
    05000 Alor Star,
    Kedah
 
 
    Y. Bhg. S.S. Tuan Haji Kipli Bin Haji Yasin
    Mufti  Negeri  Sarawak
    Pejabat Mufti Negeri  Sarawak,
    Tingkat 6, Bangunan Mahkamah Syariah (Anjung Kanan),
    Jalan Satok,
    93400 Kuching,
    Sarawak
 
 
     Y. Bhg. S.S. Dr. Juanda bin Jaya
      Mufti Negeri  Perlis
      Jabatan Mufti Negeri  Perlis
      Bangunan Dato' Mahmud Mat,
      01000 Kangar,
      Perlis