Khamis, Ogos 26, 2010

Kakitangan awam dapat bantuan RM500!!! Alhamdulillah.. terima kasih

Kakitangan awam dapat bantuan RM500

KUALA LUMPUR 25 Ogos – Lebih 1.24 juta kakitangan awam dan 590,000 pesara kerajaan menerima khabar gembira apabila kerajaan mengumumkan akan memberi bantuan khas kewangan RM500 seorang sebelum 1 Syawal ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan hari ini berkata, bantuan khas kewangan itu akan dibayar kepada pesara dan kakitangan awam dalam Gred 1 hingga 54.

Menurutnya, ia melibatkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM934.6 juta iaitu RM639.6 juta untuk kakitangan awam dan RM295 juta bagi pesara.

‘‘Keputusan ini diambil selepas mengambil kira kebajikan kakitangan awam dan pesara kerajaan.

‘‘Ia bagi meringankan bebas kos persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri ini,’’ katanya.
---------------
respon : Jika Islam menjadi dasar negara, 'pemberian /hadiah' seperti ini menjadi suatu kebajikan yang menaikkan Imej Islam.. bukan pemerintah melakukan kebajikan 'terpilih' pada waktu 'terpilih' sahaja..

Tiada ulasan: