Rabu, September 16, 2009

Majlis Perbandaran Tawau, Jab Agama Islam Sabah Di Mana Kalian?

Tentu kita tidak percaya, ianya ada di Tawau, Bandar yang akan dinaiktaraf (ura-ura) ke 'Bandaraya' yang penghuninya ramai Umat Islam... kelab malam ini terletak di kawasan premis perniagaan Baa Zhong, Tawau.. gambar di atas jelas di lihat di dinding masuk ke kelab malam tersebut...


Ladies Nite Out? gambar yang jelas haram.. bahkan di sisi agama bukan Islam pun, pakaian yang dilihat pada lukisan tersebut juga jelas bertentangan dengan budaya m/kat bukan Islam apatah lagi di sisi Islam yang mementingkan hukum hakam agama termasuk bab menutup aurat!


Macam mana boleh lesen dilepaskan kepada pihak-pihak tertentu ini pada saat 'arak' memudharatkan rakyat Malaysia... ntah la orang Melayu kita masuk atau tidak ke dalam kelab malam ni..


Inilah pintu utama masuk The Fire! Bukan ia kelab malam pertama.. ia antara terbaru. Jadi, banyak lesen lain dah diberikan oleh pihak berkuasa.

Nampaklah kita bahawa pihak berkuasa tidak prihatin bab agama.

UMNO berbangga ia Parti Islam?

Tiada ulasan: