Selasa, September 29, 2009

MAKKAL SAKTHI vs MIC? ALLAHUMMA FARRIQ JAM'AHUM!


Parti Makkal Sakthi alternatif kepada kaum India

KUALA LUMPUR: Parti Makkal Sakthi yang dijangka dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 10 Oktober ini akan berperanan sebagai alternatif kepada masyarakat India yang mencari pentas politik baru.


Presidennya, RS Thanenthiran, berkata walaupun parti itu masih baru, kira-kira 50,000 ahli sudah menyertainya dan urusan penubuhan bahagian dan cawangan sedang dijalankan di seluruh negara.

"Kami amat menghargai kesudian Perdana Menteri bagi melancarkan parti ini tetapi perlu saya tegaskan di sini bahawa Makkal Sakthi adalah parti bebas yang berkhidmat demi kepentingan masyarakat, terutama kaum India.

Sementara itu, sumber MIC memberitahu pucuk pimpinan parti berkenaan sudah meminta Perdana Menteri membatalkan hasratnya untuk melancarkan

Makkal Sakthi.

MIC, selaku parti tunggal mewakili masyarakat India dalam BN, khuatir tindakan Najib menjadi pengiktirafan bahawa kerajaan BN tidak lagi hanya bergantung kepada parti komponen bagi meraih sokongan pengundi bukan Melayu.
-----------------------------
yusz felda :
TINDAKAN DS NAJIB akan menjerut leher UMNO dan parti2 komponen lain dalam BN..
Allah sahaja yang bisa mengkucar-kacirkan mereka pada saat genting sebegini...

Tiada ulasan: