Sabtu, September 26, 2009

Jenayah-Pelacuran Sah Akan Bertambah!

Kerajaan kena semak semula dasar.. Imegresen orang bawahan sahaja.. menjalankan tugas.. jika kita betul-betul nak perangi maksiat spt pelacuran, guna sahaja ISLAM JALAN PENYELESAIAN.. selesai insya allah.. jangan bimbang.. guna Islam, Allah Bersama Kita!

Kahwin untuk melacur(UTUSAN.COM.MY)

  • ‘CHINA DOLL’ sanggup kahwin dengan lelaki tempatan untuk jadi pelacur di negara ini.
  • Eksploitasi Akta Imigresen yang memberikan pas lawatan sosial kepada wanita warga asing yang berkahwin dengan lelaki tempatan untuk membolehkan

    mereka berada di Malaysia selama setahun.

  • Jika masuk sebagai pelancong biasa tempoh yang dibenarkan untuk tinggalkan di negara ini hanya tiga bulan.Dalam serbuan Imigresen di Pulau Pinang, 14 wanita warga China yang disyaki pelacur mempunyai suami di negara ini.
  • Kesemuanya memiliki sijil kahwin untuk membuktikan perkahwinan dengan suami masing-masing.
  • PUTRAJAYA 25 Sept. – ‘China Doll’ iaitu gelaran untuk wanita warga China yang terbabit dengan sindiket pelacuran di negara ini kini semakin berani termasuk sanggup berkahwin dengan lelaki tempatan bagi mengabui mata pihak berkuasa.

    Tujuan mereka berkahwin tidak ikhlas, sebaliknya hanya untuk dijadikan platform supaya boleh tinggal lebih lama di Malaysia bagi tujuan pelacuran.

    Melalui perkahwinan itu, golongan tersebut boleh tinggal selama setahun di negara ini melalui pemberian pas lawatan sosial jangka panjang.

    Peruntukan itu terdapat di bawah Akta Imigresen, malah ia boleh diperbaharui setiap tahun sekiranya tamat tempoh. Berbanding sebagai pelancong, wanita warga China hanya boleh tinggal tidak lebih tiga bulan.

    Perkara tersebut dinyatakan oleh Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Abdul Rahman Othman yang bimbang dengan trend terbaru sindiket pelacuran itu.

    Katanya, perkara itu ada asasnya apabila dalam serbuan di dua buah pusat hiburan di Pulau Pinang baru-baru ini, semua 14 wanita negara tersebut yang disyaki pelacur mempunyai suami di negara ini.

    “Mereka (sindiket) kini berani mengeksploitasi Akta Imigresen. Kesemuanya memiliki sijil perkahwinan sah untuk membuktikan perkahwinan dengan suami masing-masing.

    “Kita juga telah hubungi ‘suami’ masing-masing dan mereka datang dan mengakui berkahwin dengan wanita-wanita itu,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

    Kata Abdul Rahman, pihaknya tidak dapat berbuat apa-apa melainkan terpaksa membebaskan wanita-wanita berkenaan kecuali dapat membuktikan mereka menawarkan khidmat seks.

    Tiada ulasan: