Rabu, September 16, 2009

Masjid Felda Umas, Tawau Penuh Kerana Peneroka Dapat Duit Raya? YB Muis Picho Menipu Dalam Masjid Umas?

Felda Umas, Tawau 15/9/09, jam 5 ptg: Majlis Rahmat Ramadhan anjuran Felda & Unit Seranta Jab Perdana Menteri (JPM) di Felda Umas,Tawau Bersama 776 orang Peneroka. Perasmi : YB Muis Picho (Adun Sebatik), Wakil Ahli Parlimen Kalabakan.

Tak pernah-pernah disedia meja begini di ruang legar solat Masjid Al-Muhajirin, tapi demi melangsungkan 'egoo' UMNO, segalanya bisa terjadi... tempat jamuan berbuka selepas majlis penyampaian sumbangan Felda RM350 kepada setiap peneroka 'bersama FELDA', anak yatim, OKU, warga emas.


Jam 5 ptg baru lah perasmi YB Muis (Adun BN Sebatik) sampai ke majlis. Asal majlis bermula jam 4.30 ptg. Rata-rata peneroka menunggu hampir 30 minit - 1jam.. Kelihatan ramai memenuhi kawasan letak kenderaan luar masjid, situasi jarang dilihat sebelum ini bahkan di Bulan Tarawih tidak sampai ramai begini...


Luar masjid, disediakan 2 khemah untuk warga Felda Umas.. alhamdulillah dapat juga saya wakil Pengetua ke majlis ini walaupun hanya 30 minit... kerana masih ada program berbuka di sekolah ...

Kelihatan di belakang abang Asmari (gambar), kenderaan memenuhi jalan masuk ke masjid... kereta kembara Oren siapa tidak kenal.. itulah kenderaan rasmi pengurus-pengurus rancangan di Felda Umas...

Apapun, yang mendukacitakan saya ialah antara ucapan YB Muis petang kelmarin.. jika datang masa pilihanraya... jangan terpengaruh dengan PARTI PEMBANGKANG, YANG HANYA PANDAI MENABUR JANJI! KENA SOKONG KERAJAAN BARISAN NASIONAL! Ucapannya didengar dan disaksi oleh Pengurus Besar Felda Wiilayah Sahabat(En.Juany), Pengurus-pengurus Umas, JKKR,Pegawai Seranta JPM Cawangan Sabah, Warga Peneroka dan tetamu (termasuk saya wakil Pengetua)...

YB MUIS sudah :-

1) BERPOLITIK DALAM MASJID
2) MENIPU DALAM MASJID
3) MAKIN MENJATUHKAN IMEJ BN
4) MAKIN MEMENANGKAN PARTI PEMBANGKANG!
----------------------------------

> kalau orang lain, tidak boleh bercakap hal politik dalam masjid, tapi BN boleh!

> menipu kerana salah fakta! menipu BERDOSA! Kelantan dipimpin oleh Pakatan Rakyat (PAS) selama hampair 20 tahun apakah rakyat BODOH memilih PAS yang 'pandai tabur janji tapi tak buat' untuk memerintah 20 tahun Kelantan?

> Imej BN jatuh kerana telah menguatkan kefahaman/andaian kita selama ini BN tak faham agama!

> Boleh kita berhujah selepas ini, bahawa PAS boleh berpolitik dalam masjid kerana diberi contoh oleh UMNO, UMNO bukan kebal undang-undang!

Tiada ulasan: