Rabu, September 16, 2009

Kata Nak Berjimat, tapiii tubuh Pasukan F1, Pelik-pelik la,,,

Malaysia akan miliki pasukan F1 sendiri(Utusan Malaysia)


Najib Tun Razak menerima replika kereta pasukan F1 1Malaysia daripada Pengerusi Proton, Datuk Nadzmi Mohd. Salleh (dua dari kiri) sambil diperhatikan Timbalan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan AirAsia, Datuk Kamarudin Meranun (kanan) dan Pengarah pasukan F1 1 Malaysia, Zahri Ismail (kiri) di Putrajaya, semalam.

PUTRAJAYA 15 Sept. – Pasukan Formula Satu (F1)-1Malaysia yang menggunakan kepakaran tempatan sepenuhnya akan beraksi dalam perlumbaan bertaraf antarabangsa mulai tahun depan.

Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengumumkan penubuhan pasukan itu hari ini berkata, pasukan 1Malaysia telah mendapat kelulusan Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) untuk mengambil bahagian dalam semua kejohanan F1 di bawah persekutuan itu.

Menurut Perdana Menteri, pasukan 1Malaysia merupakan pasukan berwajah negara kerana kereta yang digunakan akan direka, dibuat dan diuji di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

‘‘Pelumbanya juga adalah rakyat Malaysia dan begitu juga dengan pasukan pitt stop. Pasukan ini merupakan hasil usahasama antara sektor awam dan swasta di mana ia menggabungkan Proton dan Lotus dengan disokong oleh SIC, Persatuan Sukan Permotoran Malaysia (MAM), Persatuan Automobil Malaysia (AAM), Kumpulan Naza serta AirAsia Berhad.

‘‘Pasukan ini turut mendapat sokongan daripada individu seperti SM Nasaruddin SM Nasimuddin (Pengerusi Eksekutif Kumpulan Naza), Datuk Seri Tony Fernandez (Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia) dan Datuk Kamarudin Meranun (Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia),” katanya.

------------------jika ditanya, apakah membazir, ini jawapan PM?-------------


Najib berkata, kerajaan melabur dalam pasukan 1Malaysia melalui Proton Holding Berhad dan menegaskan pelaburan itu bukan suatu pembaziran tetapi ia boleh membawa faedah kepada negara.

‘‘Tidak membazir, sebab ia melibatkan sektor swasta dan pasukan ini akan memberi pendedahan yang besar kepada Malaysia dan memberi manfaat kepada jenama Proton dan Lotus.

---------------------------------------

Duit Negara banyak kah buat F1 pulak ni ???

--- pada saat Kakitangan kerajaan belum dapat bonus.. mungkin lepas raya.. harga barang naik perlahan-lahan... keluarga kena hadkan urusan makan minum, kena bajet elok-elok.....harga petrol naik 5sen, memang tak perasan sangat... elaun itu elaun ini dijangka akan diketatkan mulai 2010.. bila semua ini bercantum, ada kalanya tercetus melakukan jenayah menipu/mencuri.. dan sebagainya gara-gara tak cukup duit...

itulah dia KERAJAAN BN!

Tiada ulasan: