Ahad, Jun 06, 2010

Taukeh judi nak derma RM525 juta.. sama macam hasrat penganjur konsert INUL!


Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 6 Jun: Tindakan Tan Sri Vincent Tan yang mahu mendermakan RM525 juta hasil penjualan kepentingan dalam Ascot Sports Sdn Bhd kepada Better Malaysia Foundation dilihat cubaan memperjudikan perasaan dan kemarahan rakyat.
 
Setiausaha Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ), Suhaizan Kaiat (gambar) berkata, Tan seolah-olah cuba membayar segala tentangan rakyat Malaysia terhadap judi sukan dengan bayaran RM525 juta.

"Apalah maknanya dengan angka RM525 juta dibandingkan dengan kerosakan terhadap keluarga, masyarakat dan negara ekoran daripada kelulusan lesen judi sukan ini.

"Beliau juga seolah-olah cuba mempositifkan minda rakyat terhadap judi sukan melalui bayaran ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
------------------------
respon : Kerajaan buntu dan sedang menuju jalan mati dalam memerintah Malaysia... duit makin berkurang.. rakyat makin hidup susah.. yang kaya menindas yang lemah???

Tiada ulasan: