Khamis, Jun 03, 2010

Info dari Mazidul Akmal sabit isu pelacuran di Sabah! 3 Jun 9 Malam, Jangan Lupa Tengok 999!

*rakaman 999 di Tawau

Di Malaysia ada 4 agensi bertanggungjawab membanteras kegiatan pemerdagangan orang, Polis, Kastam, Imigresen dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, APMM,

Kami mendapatkan bantuan APMM untuk menjamin keselamatan kami dan mangsa. Saya percaya saudara tahu berhubung kegiatan sindiket di Tawau, mereka ganas jika ‘diusik’.

2 wanita Indonesia diselamatkan, bukan suspek tetapi mangsa, mereka ditipu ajen, diseludup ke Tawau dan dilacurkan bangsa mereka sendiri. Justeru mereka berhak untuk diselamatkan dan kemudian diberikan perlindungan sebelum dihantar ke negara asal.

Ibu ayam dan bapa ayam diberkas polis akan didakwa mengijut Akta Pemerdagangan Orang 2007, jika sabit kesalahan boleh dipenjara di antara 15 dan 20 tahun.


Terbaharu, di antara 21 dan 23 Mei lalu, saya dan krew 999 berjaya menyelamatkan 12 warga Filipina diperdagangkan sekaligus dilacurkan tanpa kerelaan di Sandakan dan Lahat Datu. Mereka berusia di antara 12 dan 27 tahun, termasuk 2 lelaki. Kisahnya akan disiarkan di 999, 3 Jun 9 malam.

Tiada ulasan: