Selasa, Jun 01, 2010

Bala Allah : ribut membadai Guatemala! 145 terbunuh setakat ini..

Ribut Agatha ragut 145 nyawa di Amerika Tengah

2010/06/01

GUATEMALA CITY: Banjir dan tanah runtuh akibat ribut tropika pertama musim ini membunuh kira-kira 145 orang dan menyebabkan ribuan yang lain hilang tempat tinggal di Amerika Tengah.

Berpuluh lagi mangsa hilang dan anggota penyelamat bertungkus lumus untuk sampai ke kawasan pedalaman yang terputus hubungan akibat jalan rosak dan jambatan runtuh akibat ribut itu. 

 
Di Guatemala, pihak berkuasa melaporkan 120 maut manakala 53 yang lain hilang. 

Di Chimaltenango, negeri di barat Guatemala City, tanah runtuh menimbus berpuluh penduduk Indian dan membunuh sekurang-kurangnya 60 orang. - AP
--------------------------------
yusz : Bala ALLAH MENANTI MEREKA YANG KUFUR KEPADANYA.. KHASNYA ISRAEL DAN NEGARA YANG BERSEKONGKOL DENGANNYA..

Tiada ulasan: