Isnin, Mei 31, 2010

Detik-detik serangan Konvoi gaza! Mesti baca!

Detik-detik Penyerangan Israel ke Misi Gaza
http://dunia.vivanews.com/news/read/154365-detik_detik_penyerangan_israel_ke_misi_gaza
Gas air mata ditembakkan, Israel menyerbu ruang media dan memaksa komunikasi diputus.
Senin, 31 Mei 2010, 10:48 WIB
Elin Yunita Kristanti
Kapal misi kemanusiaan ke Gaza, Mavi Marmara/www.mer-c.org  
VIVAnews - Angkatan Laut Israel menembaki konvoi kapal kemanusiaan, Freedom Flotilla yang sedang menuju Jalur Gaza. Setidaknya, dua orang tewas dan 50 lainnya luka-luka dalam penyerangan Senin 31 Mei 2010 pagi.

Seperti dimuat laman Press IV Iran, serangan dilancarkan Israel pasca Israel mencoba menghalangi kapal agar tak sampai ke Gaza. Konvoi ini membawa 10.000 suplai kemanusiaan untuk masyarakat Gaza. Juga membawa ratusan politisi, aktivis, relawan, dan jurnalis.

Laman berita, Al Jazeera memberitakan, Angkatan Laut Israel mengontak kapten kapal pada Sabtu 29 Mei 2010 pukul 11.00 waktu setempat -- mereka menanyakan identitas kapten kapal dan ke mana kapal menuju.

Beberapa saat kemudian, dua kapal Angkatan Laut Israel mengapit kapal tersebut. Tak hanya itu, sebuah helikopter Israel terbang rendah mengawasi kapal.

Sekitar 8 menit yang lalu tentara Israel memasuki Kapal Mavi Marmara dari helikopter, sementara boat Israel mengelilingi kapal tersebut.

Tentara Israel lalu menghujani kapal dengan gas air mata, bahkan memasuki ruang media dan memaksa para jurnalis mematikan komunikasi.


"Israel masuk kapal, siap-siap komunikasi putus...update terakhir: dua orang mati syahid, 30 luka-luka ditembak dari helikopter Israel," seperti dimuat laman Sahabat Al Aqsa dalam Twitter. (umi)

Ribut juga menyerang bumi! Guatemala kini diserang...

Ribut di Guatemala: Korban meningkat 40 orang

2010/05/31

BANDARAYA GUATEMALA: Hujan lebat dan banjir akibat ribut tropika Agatha di Guatemala dilaporkan semakin buruk dengan angka korban terbaru meningkat kepada 40 orang.

Konvoi Gaza : Pas sokong desakan Hamas! Bangkittttttttttt!!!


Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 31 Mei: PAS menyambut seruan Hamas supaya dunia Islam bangkit bagi menyatakan bantahan terhadap serangan ganas tentera rejim zionis Yahudi terhadap Konvoi Bantuan Kemanusiaan Antarabangsa Gaza, pagi ini.

Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa berkata, parti itu akan sentiasa bersama dengan masyarakat antarabangsa yang inginkan keamanan supaya mengadakan tindakan susulan yang sesuai terhadap kekejaman yang dilakukan oleh tentera rejim tersebut.

Jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri, hari ini menyeru rakyat Arab dan umat Islam supaya ‘berhimpun’ di kedutaan-kedutaan Israel di seluruh dunia bagi membantah serangan maut rejim itu terhadap kapal-kapal yang membawa bantuan kemanusiaan ke Genting Gaza yang mengorbankan sekurang-kurangnya 16 aktivis dan mencederakan lebih 30 yang lain.

Sementara itu, Perdana Menteri Hamas, Ismail Haniyeh dalam satu kenyatan di Gaza mengecam seranga tersebut dan turut meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melindungi aktivis kemanusiaan mengikuti konvoi bantuan kemanusiaan itu.

“Kami menghubungi rakan-rakan di Timur Tengah untuk mendapatkan perkembangan terkini berhubung serangan ganas itu,” ujar Nasharudin.

Konvoi Gaza : 16 mati,kapal dirampas! Pas desak Parlimen Khas!


Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 31 Mei: PAS mendesak Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak segera memanggil sidang khas Parlimen bagi membincangkan serangan Israel  ke atas Konvoi Bantuan ke Gaza.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata pihaknya akan berbincang segera dan mengutuskan surat kepad Perdana Menteri bagi mengadakan sidang tersebut.

"Masih sempat lagi jika surat dihantar esok (Selasa) untuk PM buat persidangan kas ini samada Khamis atau Jumaat," katanya ketika sidang media bersama seorang lagi Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar di Pejabat Agung PAS hari ini.

"Kita mahu kerajaan bertindak segera, dan paling awal perlu ada sidang khas untuk membincangkan apa tindakan yang perlu dibuat," katanya.

PAS juga katanya akan menyerahkan memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika Syarikat dekat sini esok pada jam 12.00 tengahari.

Konvoi Gaza : 16 mati,kapal dirampas!


Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 31 Mei: (12.30 tengah hari waktu Malaysia) – Israel dilaporkan telah merampas kapal-kapal konvoi Freedom Flotilla. Dilaporkan jumlah kematian meningkat kepada 16 orang dan lebih dari 30 orang cedera ketika pasukan Israel menyerang kapal-kapal Freedom Flotilla pada pagi ini, menurut laporan dari Radio Tentera Darat Israel.
 

Laman web Haluan Palestin melaporkan, konvoi kemanusiaan itu diserang ketika menghampiri 65 km dari pantai Gaza. Mereka juga berkata kapal-kapal itu sekarang sedang ditarik ke bandar Haifa Israel, bukan ke Asdod untuk mengelakkan wartawan menunggu di sana.

Wartawan Al Jazeera, Elshayyal Jamal yang berada dalam kapal Mavi Marmara, mengatakan bahawa tentera Israel telah menggunakan peluru hidup ketika mereka memasuki dan merampas kapal.

Menurut wartawan Ayman Mohyeldin dari Al Jazeera yang melaporkan dari Baitulmuqaddis, berkata tindakan Israel itu mengejutkan.

“Semua gambar yang dipaparkan dari para aktivis di kapal-kapal menunjukkan dengan jelas bahawa mereka adalah warga awam dan bertujuan membawa misi kemanusiaan dengan bekalan perubatan di atas kapal. Tindakan Israel ini pasti akan mengejutkan masyarakat antarabangsa atas apa yang telah mereka lakukan,” katanya.

Ketika ini, ribuan masyarakat Turki mengadakan demonstrasi aman di hadapan kedutaan Israel.

Untuk makluman, seramai lapan orang wakil sukarelawan dari Malaysia berada dalam konvoi kemanusiaan tersebut di atas kapal Mavi Marmara yang diketuai oleh Sdr Noorazman Shamsudin dari HALUANPalestin bersama empat orang lagi juga dari HALUANPalestin dan baki dari Yayasan Amal Malaysia, Jamaah Islah Malaysia (JIM) dan Muslim Care.

Pihak Sekretariat Pengurusan Krisis-Lifeline4Gaz a (CMT-LL4G) Malaysia masih belum menerima sebarang berita akan situasi dan keadaan mereka di sana memandangkan jalur perhubungan dengan pihak kapal telah terputus.

Sementara itu, Sekretariat Pengurusan Krisis-Lifeline4Gaz a (CMT-LL4G) akan mengadakan sidang media tergempar pada hari ini (Isnin, 31 Mei 2010) berhubung perkembangan serangan Israel terhadap Armada Bantuan Kemanusiaan Gaza atau Freedom Flotilla pada jam 3.00 petang bertempat di Hotel De Palma Inn, Seksyen 19, Shah Alam. Semua wakil media dijemput hadir.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi; Saudara Solehuddin Shuib, Setiausaha CMT-LL4G Telefon: 019 5511 600.

Marilah sama-sama kita berdoa agar diselamatkan sukarelawan NGO yang berada di atas kapal dan Allah SWT sentiasa memberikan keselamatan dan kebaikannya kepada mereka. Walau apapun yang berlaku diharapkan mereka sentiasa ikhlas dan mendapat keredhaan dari Allah SWT.
Untuk mengikuti lintas langsung perkembangan tersebut, sila layari http://www.livestream.com/insaniyardim/

Konvoi Gaza diserang 65km dari Pantai Gaza! 2 warga Malaysia dah mati?

PBB, OIC bertindak segera

Wan Nordin Wan Yaacob   
KUALA LUMPUR, 31 Mei: PAS mendesak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Negara-negara Persidangan Islam (OIC) segera bertindak terhadap serangan tentera Israel ke atas Konvoi Bantuan Antarabangsa Gaza, pagi ini.
 
Sehingga kini, dilaporkan 16 aktivis kemanusiaan yang berada di atas kapal berkenaan meninggal dunia yang turut disertai wakil Malaysia.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, akan mengadakan himpunan aman membantah serangan tersebut di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat, selepas solat Jumaat, 4 Jun ini.

Sehubungan itu, PAS mengajak orang ramai juga menyertai himpunan aman tersebut.

Ujarnya lagi, PAS kesal dan mengutuk serangan ke atas aktivis kemanusiaan ini sambil menyifatkan ianya sebagai satu lagi kekejaman Israel.

"Kita mahu Malaysia selaku negara anggota OIC segera mencadangkan sidang tergempar bagi menyatakan pendirian dalam isu ini," ujarnya lagi.
PAS juga, katanya akan menganjurkan persidangan khas mengenai perkara itu.

Dalam pada itu, Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata, kekejaman Zionis ini mesti dikutuk segera oleh masyarakat dunia.

"Mari kita sama-sama bermunajat menyelamatkan Gaza dan Masjid Al-Aqsa," katanya.
Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad pula meminta supaya rakyat dinegara ini melakukan solat hajat dan Qunut Nazilah bagi mendoakan keselamatan anggota konvoi ini dan rakyat Palestine.

Semua masjid dan surau diminta mengadakan majlis solat hajat besar-besaran minggu ini sebelum demontrasi besar bersama NGO dan penyokong soladariti Palestine Jumaat ini di hadapan kedutaan Amerika.


Selain itu, Ketua Dewan Muslimat PAS N.Selangor, Wan Hasrina bt Wan Hassan melahirkan kekesalan terhadap Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) yang dilihat masih berdiam diri dari menyelamatkan Konvoi Kemanusiaan tersebut.

"Kami menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan untuk bangkit menyatakan sokongan kepada Rakyat Palestin dan kita juga mengecam Amerika Syarikat yang membiarkan saja kekejaman yang dilakukan oleh tentera Israel," katanya.

Isu Judi : Pulau Pinang Negeri Pertama Ketua Menteri Bukan Islam haramkan pertaruhan sukan!!! Tahniah!

Pulau Pinang haramkan judi bolasepak
Susan Loone
Mei 28, 10
2:45pm
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini mengumumkan pengharaman menyeluruh pertaruhan sukan, menjadikan ia negeri pertama Pakatan rakyat yang berbuat demikian.
Lim berkata arahan akan dikeluarkan kepada dua majlis tempatan di negeri itu untuk memaklumkan larangan itu kepada pengendali loteri berkenaan berhubung langkah baru kerajaan negeri.

Keratan Akhbar Bantahan Judi / Inul oleh Pas Kawasan Tawau dari Akhbar Borneo Post 29 mei 2010

Bantahan Konsert dan Judi Bola di hadapan Masjid Bandar Tawau 28 Mei 2010 selepas solat Jumaat

30 kilometer pantai tercemar! Ada nikmat di sebalik niqmat (bala)..

30 kilometer pantai tercemar

2010/05/30

PENDUDUK Kampung Sungai Rengit bergotong-royong membersihkan 
minyak yang merebak di tepi pantai.
PENDUDUK Kampung Sungai Rengit bergotong-royong membersihkan minyak yang merebak di tepi pantai.
 
PENGERANG: Tumpahan minyak daripada pelanggaran dua kapal Selasa lalu, semakin teruk dan menyebabkan kira-kira 30 kilometer pesisiran pantai berhampiran Teluk Ramunia kini diancam pencemaran.

Kawasan terbaru membabitkan sekitar Tanjung Punggai dan Sungai Musuh apabila tumpahan minyak terbabit mula memenuhi kawasan pantai dan pekerja pembersihan serta penduduk kampung mula menyekat aliran minyak mentah itu daripada memasuki kawasan sungai berdekatan.

Yb Dato' Mahfuz Omar Rasmikan Muktamar Pemuda Negeri Sabah kali ke 23 di Tawau (29 Mei 2010). Petikan dari www.pastawau.org

Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah di Tawau Meriah (PASTAWAU.ORG)
Last Updated on Saturday, 29 May 2010 11:45
Written by admin
Saturday, 29 May 2010 11:37
Alhamdulillah… hari ini (Sabtu ) Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah kali ke 23 berlangsung dengan meriah di Hotel MB , Tawau, Sabah.
Seluruh ahli ahli dewan pemuda PAS dari seluruh negeri Sabah berkumpul , bersama sama memeriahkan suasana sambutan muktamar kali ini.

Diharap dengan berakhirnya muktamar kali ini, ianya dapat meniupkan semangat baru kepada seluruh ahli ahli perwakilan PAS dari seluruh negeri Sabah untuk berjuang di kawasan masing masing.

Gambar gambar sekitar muktamar DPPNS kali ini  disertakan di bawah. Jikalau ada siapa siapa yang sudi berkongsi gambar gambar sekitar muktamar kali ini sila kirimkan ke e-mail berikut : pastawau88@gmail.com .

Perbarisan Briged Amal Tawau
Pemeriksaan barisan oleh YB Datuk Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS
Ustaz Anuar Ali
Ketua Pemuda PAS Negeri Sabah, Saudara Lahirul Latigu
YB Datuk Mahfuz Omar, menandatangani simbolik perasmian muktamar pada kali ini.
Yb Datuk Mahfuz Omar, merasmikan laman rasmi PAS Kawasan Tawau, pastawau.org
Perbahasan Usul-usul dari setiap kawasan.