Ahad, Ogos 30, 2009

Takkanlah lepas jatuh hukuman baru nak cari tukang sebat?

Tidak benar negara ini tidak mempunyai kemahiran melaksanakan hukuman sebat seperti kehendak syariah kerana ia pernah dilaksanakan di Kelantan, kata Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) hari ini.

"
Pada April lalu, satu persidangan anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mendengar makluman daripada pegawai-pegawai penjara yang menyatakan bahawa mereka telah dilatih untuk melakukan hukuman sebatan ini dan bersedia sekiranya ada apa-apa hukuman dan mereka akan laksanakan," kata Presiden PGSM Mohamad Isa Abdul Ralip dalam satu sidang media.

Beliau mengulas kenyataan
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein kelmarin yang menyebut bahawa hukuman ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno tidak dapat dijalankan kerana tiada jurusebat untuk menjalankan hukuman berkenaan. <<>

Mohamad Isa menambah, kegagalan melaksanakan hukuman tersebut berpunca daripada "kelemahan" Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana enakmen syariah Pahang telah lama berkuatkuasa dan mahkamah tentu mengetahui wujudnya kepakaran itu.

"Pihak mahkamah syariah Kuantan pula mengeluarkan perintah tersebut, mereka tentu sudah tahu (ada tukang sebat). Takkanlah lepas jatuh hukuman baru nak cari tukang sebat?" katanya.

"Kita kena tengok juga enakmen pentadbiran undang-undang Islam di negeri Pahang ini sudah lama, sejak 1987 lagi, tentang sebatan dan prosedur pelaksanaan hukum sebatan ini.

"Tidakkan selama ini KDN tidak menyedari tidak ada tukang sebat. Sebab itulah kami kecewa dengan kenyataan (Hishammuddin) tersebut," tambahnya.

Jelasnya, hukuman sebat secara syarie pernah dijalankan di Kelantan beberapa tahun lepas di penjara Pengkalan Chepa.

PGSM yang bergabung dalam Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela) mengadakan sidang akhbar khas di Kuala Lumpur sebagai reaksi kepada kenyataan beberapa pihak berhubung hukuman terhadap model sambilan itu.

Selain PGSM, Pembela turut disertai antaranya Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM).

Ketika dihubungi Malaysiakini selepas itu, seorang kakitangan Jabatan Penjara Kelantan mengesahkan sebatan secara syarie pernah dijalankan di penjara di negeri itu. <<>

Beliau, yang enggan dikenali, bagaimanapun tidak dapat menyatakan tahun ia dilaksanakan tetapi yakin ia melibatkan seorang pesalah lelaki.

"Kalau ikut peraturan kita (peringkat persekutuan), memang tidak boleh sebat orang perempuan. Tapi kalau mahkamah syariah kata boleh, bolehlah," katanya lagi.

Ditanya sama ada penjara menyediakan kakitangan khas untuk menyebat pesalah wanita, sumber itu berkata: "Setakat ini kita tidak ada tukang sebat untuk pesalah wanita."
-------------------################----------------
kalau hendak 1000 daya, tak hendak 1000 dalih.. Kerajaan Malaysia sebenarnya tidak mahu laksanakan Hukum Allah walaupun PM orang Islam... jika PM tak faham agama, rujuk orang agama.. takkan orang agama dalam Kerajaan Pusat nak sembunyikan ilmu agama yang mereka tahu dan belajar masa di Universiti dulu? rakan saya Exco Agama Negeri Pahang sudah tentu pening dengan situasi sekarang... TV1,2, Tv3, Astro, Radio Rasmi Kerajaan, Radio Swasta, Internet,FORUM, SEMINAR, dan sebagainya boleh Kerajaan guna untuk menerangkan kepada rakyat pelaksanaan Hukum Syariah ini, jika
MAHU!

Tiada ulasan: