Rabu, Ogos 12, 2009

BALA ALLAH DI SANA SINI SEKARANG! :(


Banjir lumpur timbus 2 kampung



KEADAAN kampung Shiao Lin selepas dilanda banjir lumpur berikutan Taufan Morakot melanda Taiwan hujung minggu lalu.

700 penduduk pedalaman pergunungan Taiwan dikhuatiri terbunuh

CISHAN: Lebih 700 penduduk dua kampung di Taiwan dikhuatiri terbunuh apabila tertimbus dalam banjir lumpur selepas Taufan Morakot melanda pulau itu,
kata pegawai, semalam.


Kampung berkenaan ialah Hsiao Lin dan Namahsia, kata Mejar Jeneral Hu Jui-chou yang terbabit dalam operasi menyelamat.

Kebanyakan yang tertimbus membabitkan perkampungan Hsiao Lin yang didiami 1,000 penduduk di daerah Kaohsiung.


"Mereka yang tertimbus mungkin hidup atau mati. Bilangan yang terperangkap turut membabitkan mangsa di Hsiao Lin," katanya.

Taufan Morakot melanda Taiwan sepanjang hujung minggu lalu dengan membawa hujan sehingga dua meter sebelum ia melintasi Selat Taiwan dan seterusnya melanda China.


Ribut yang juga membawa banjir terburuk di pulau itu turut menenggelamkan pertanian dan kawasan jalan raya di bandar raya terbabit.

Pihak berkuasa meletakkan angka kematian yang disahkan di Taiwan sebanyak 70 orang. Kabinet negara itu turut memperuntukkan AS$600 juta (RM2.1 bilion) bagi dana kecemasan untuk kerja menyelamat dan membayar pampasan kepada keluarga mangsa.

Kira-kira 120 helikopter terbabit dalam operasi menyelamat dengan laporan menyatakan pesawat itu terhempas dan tiga dipercayai maut.

Seorang pegawai polis Taiwan yang dikenali sebagai Wang berkata, nasib ramai penduduk di kampung terbabit belum diketahui.

Wang berkata, seramai 260 orang diselamatkan daripada tertimbus dalam lumpur berkenaan.

Seorang penduduk kampung terselamat memberitahu polis bahawa 10 anggota keluarganya dihanyutkan banjir lumpur berkenaan.

"Mereka hilang," katanya, seperti yang dilaporkan seorang jurugambar yang mendengar perbualan itu.

Seorang penduduk kampung lain yang terselamat, Lin Chien-Chung memberitahu United Evening News bahawa beliau percaya ramai penduduk tertimbus dalam banjir lumpur berkenaan.

di China :-


Sementara itu, di Beijing, tanah runtuh akibat taufan kuat menumbangkan sekurang-kurangnya enam bangunan apartmen dan menimbuskan sejumlah penduduk dalam kejadian di timur China.

Agensi berita rasmi Xinhua melaporkan, banjir lumpur di bandar Pengxi di wilayah Zhejiang berlaku berikutan hujan lebat yang dibawa Taufan Morakot, pada masa ini meragut enam nyawa dan menyebabkan tiga penduduk di tanah besar China hilang. -

>>> subhanallah.. la haula wa la quwwata illa billah... tiada upaya kita bila Allah dah marah... H1N1 pun dah tak boleh kita kawal.. inikan kekuatan ribut taufan banjir tanah runtuh dsb... doakan kita selamat.. ameeennn

AP

Tiada ulasan: