Sabtu, Ogos 15, 2009

56 bilangan terkini kematian h1n1!

H1N1: Lima lagi kematian dilaporkan

Oleh Wan Hazmir Bakar

KUALA LUMPUR: Lima lagi kematian akibat Influenza A (H1N1) termasuk dua bayi berusia dua bulan, dilaporkan sehingga jam 8 pagi tadi, menjadikan keseluruhan 56 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata kes lain membabitkan seorang wanita berumur 49 tahun yang obes serta mengalami diabetes dan tuberkulosis.

Katanya, dua lagi kes kematian pula membabitkan seorang lelaki berumur 57 tahun yang mengalami diabetes dan seorang lelaki berusia 19 tahun.

Jumlah kematian telah membabitkan bilangan yang tinggi iaitu 56 kes. Saya ingin memaklumkan bahawa majoriti kematian ini mempunyai faktor penyumbang kematian seperti risiko kesihatan sebanyak 70 peratus.

"Sebanyak 40 peratus pula didapati mempunyai faktor kelewatan mendapat rawatan awal manakala 13 peratus kematian didapati ada unsur kelewatan pengesanan oleh pengamal perubatan," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Dr Mohd Ismail berkata, terdapat seramai 72 pesakit H1N1 sedang dirawat di wad dan 27 lagi dirawat di ICU.

Tiada ulasan: