Isnin, Ogos 17, 2009

H1N1, TERKINI 64 KES KEMATIAN! 1 minggu naik 2000 kes?


Isnin 17 Ogos 2009 | 25 Sha'ban 1430 Hijrah>>harakah

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menyelar sikap kerajaan yang lambat bertindak dalam menangani penularan wabak selsema influenza A H1N1 yang semakin kronik ketika ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai 16 Ogos lalu bahawa darurat kesihatan tidak boleh diisytihar sewenang-wenangnya walaupun Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menganggarkan lima juta atau 20 peratus rakyat negara ini boleh dijangkiti virus tersebut.

"Saya setuju jika kerajaan tak mahu isytihar darurat kalau mereka ambil tindakan yang berkesan dari awal lagi.Tapi sekarang dah tak boleh buat apa dah,"katanya.

"Kadang-kadang ada yang cuma demam biasa, tapi bila pergi periksa kesihatan di hospital, mereka terkena virus itu,"ujarnya.

Terbaru, wabak ini memakan dua lagi korban,seorang kanak-kanak lelaki 7 tahun dan seorang nenek, 74 tahun,menjadikan jumlah kematian sebanyak 64 kes.

384 kes baru yang dicatatkan ini menjadikan jumlah keseluruhan
sebanyak 4,225 kes.


Selasa lepas, jumlah keseluruhan dicatat sebanyak 2,253 kes dengan 270 kes baru iaitu rekod tertinggi dalam satu hari pada waktu itu.

Pendedahan perangkaan terbaru itu menunjukkan peningkatan mendadak dan luar biasa, kira-kira 2,000 kes dalam tempoh seminggu.


Selepas Thailand, Malaysia adalah negara tertinggi di Asia Tenggara, angka korban akibat virus ini. _

******************** ntahlah dah tak tahu nak cakap... hanya berdoa sahaja, selepas solat Jumaat, buat solat hajat, jaga anak isteri dan diri sendiri tentang tanda-tanda yang boleh membawa kepada H1n1..

bila dah makin ramai dan akan bertambah ramai, akan nampak usaha 'kerohanian' pihak pemerintah... pemerintah yang beriman akan mengajak dan mencari jalan menutup segala pintu-pintu dosa yang ada dalam negara... segalanya penting dalam keadaan bala Allah sedang lahap meratah apa yang ada di bumi yang dibanggakan dengan 1 Malaysia... usah berasa selesa dengan suasana aman dan makmur 'pembangunan'.. tetapi aman dan makmur 'ibadat' kita terhadap Allah...

Tiada ulasan: