Selasa, Ogos 04, 2009

NOTA RINGKAS : ISRA' DAN MI'RAJ (ISMI)... dengan tulisan sendiri

Israk dan Mikraj (IsMi)
Ayat 1:Surah Al-Israk:

Dimulakan dengan lafaz: Subhana (Maha Suci Allah), bahasa kita WOW! ISH! ISH! Sudah tentu peristiwa yang ingin disebut Allah sesuatu yang hebat. Peristiwa apa itu? Kemudian Allah menceritakan kepada kita...

A. Takrif?
i. Israk: Perjalanan Nabi saw di malam hari dari Mekah (Masjidil Haram) – Palestine (Baitul Muqaddis)
ii. Mi’raj: Naiknya Nabi saw dari Masjidil Aqsa di Baitul Muqaddis menembusi alam di bawah ke sempadan yang paling tinggi iaitu Sidratul Muntaha.
************************************************************************
 bumi,bulan,m/hari,bintang2,planet2 =alam di bawah
 sidratul muntaha, baitul makmur( masjid tempat malaikat bertawaf- setentang dengan Ka’bah di bumi), luh mahfuz, syurga dan neraka, a’rasy= alam di atas
************************************************************************
Percaya? Orang ke bulan. Kajian sains dan teknologi mengatakan boleh. Inikan pula Allah yang menciptakan sains dan teknolgi itu. Mesti segalanya tidak mustahil berlaku.

B. Bila berlaku?
i. Berlaku pada 27hb Rejab, tahun ke 12 Kerasulan Nabi saw ( 662M- umur 52 thn).
ii. 1 tahun sblm Hijrah dari Mekah – Madinah.
iii. Tahun dukacita: Bapa saudara Abu Talib dan isteri Ct Khadijah meninggal dunia.
iv. Serangan musuh Islam bertambah kuat. Peristiwa di Thaif, Nabi saw dan anak
angkatnya Zaid b Harisah dihina, diusir, dilempar dengan batu2 tajam hingga berdarah!

C. Tujuan berlaku?
i. Allah ingin menunjukkan kpd Nabi saw tanda2/alamat2 kebesaranNya.(rujuk ayat1).
ii. Apabila lihat tanda2/alamat2 kebesaranNya, maka akan hilang rasa sedih di atas masalah dakwah serta kehilangan orang2 tersayang.
iii. Menguatkan hati dan semangat Nabi saw utk terus yakin berjuang.

D. Kenderaan?
i. Seekor haiwan berwarna putih, dinamakan al-buraq.
ii. Bentuknya seperti keldai. Warnanya lebih putih drpd salji.
iii. Wajah seperti manusia, tapi dia membisu.
iv. Bersayap, terbang dengan pantas.

E. Turun ke bumi. Apa kesudahannya?
i. Bertemu musuh ketat, Abu Jahal. Abu Jahal dan musyrikin Mekah mempersendakan Nabi saw ttg Is&Mi ¾ mlm.
ii. Orang Islam percaya/tidak. Ada yg terpengaruh dgn non muslim.Abu Bakar percaya dgn IsMi. As-Siddiq.
iii. Abu Jahal ingin malukan Nabi saw. Tanya ttg gambarkan bentuk rupa Masjid Al-Aqsa (tiang, pintu dll). Allah gambarkan di hadapan Nabi saw dan baginda dapat jawab! Org yg pernah ke situ membenarkannya!
iv. Jasad dan roh/roh yg pergi IsMi?
1. Rujuk ayat 1. Lafaz ‘abdihi (hambanya-hamba=dikenali manusia dgn jasad dan rohani.
2. Di Masjid Al-Aqsa, baginda ditawarkan 2 bekas minuman susu/arak? Nabi saw pilih susu. Fitrah kejadian, hanya tubuh badan kasar perlukan bahan2 kimia dari minuman dan makanan.
3. Jibril turun berjumpa dgn Nabi saw pd awal IsMi secara sedar.Bukan mimpi/roh. KembaraNya bersama Jibril secara fizikal sebagai teman.
4. Zaman sains dan teknologi, manusia ke angkasa luar dan ke bulan dgn jasad. Jadi, apakah hati kecil kita ingin menolak kebenaran IsMi.
5. Buraq sbg haiwan tunggangan. Sudah tentu dinaiki oleh jasad dan bukan roh.

F. Apa pengajaran?
1. Kuasa Allah tidak terbatas. Cth: Nabi saw dibawa dari Mekah – Palestine -Sidratul Muntaha ¾ malam sebelum terbit fajar. 6 mlm-6 pagi. ( Jam 3 pagi sudah kembali berada ke Mekah)
2. Sebelum bertemu Allah, Nabi saw di’bedah’ oleh Malaikat utk membersihkan hati. Dengan jiwa tenang, penuh iman dan taqwa, kita akan mudah mendekati Allah. 2x Nabi saw dibedah.
1x time kanak2 dan kali ke2 time Israk dan Mikraj. Masa kanak2 itu, Nabi saw di perkampungan ibu susunya Halimatus-sa’diah.
# Pembedahan mcm mana? Malaikat dicipta drpd cahaya. Cahaya ‘membedah’? Zaman sekarang ‘cahaya laser’ digunakan bagi tujuan perubatan. Membuang sel2 rosak di mata dan otak dan batu karang. Maka, peristiwa ini boleh diterima.
3. Banyak peristiwa Nabi saw lihat semasa bersama Jibril as ttg keadaan manusia di bumi. Ada yg melakukan kebaikan manakala masih ada yg melakukan maksiat. Semuanya akan diadili Allah.
4. Allah Maha Pengampun lagi Maha Mendengar. Asal solat 50x sehari semalam. Akhirnya 50x – 5x sehari semalam. Ganjaran sama dgn 50x solat. Nabi Musa – Nabi saw berbincang ttg bilangan solat. Keturunan manusia lemah dan malas.
5. Abu Sa’id Al-Khudri menceritakan bila mana Nabi saw bertemu :
i. Lelaki di langit bawah. Riang dan ceria dengan sebilangan roh dan menyebut: Cis! Roh yg kotor dtg drpd jasad yg kotor. Nabi Adam gembira dgn anak cucu yg beriman dan roh kafir menimbulkan kebencian.
ii. Lelaki yang memegang ketulan2 batu dan dimasukkan ke mulut dan keluar ikut dubur.Makan harta anak yatim.
iii. Lelaki yang merangkak dengan perut spt unta yg dahaga dan menuju ke neraka. Jalan teresot/jengkel/ tak kuasa lurus. Amalan riba.
iv. Lelaki yang makan daging yg busuk drpd daging yg segar di hadapannya. Lelaki yg tinggalkan perempuan yg halal/isteri yg sah dan dapatkan yg haram.

Tiada ulasan: