Khamis, Ogos 20, 2009

MANGSA KE 68 H1N1 DAN Ubat H1N1 maksimum RM80

Ubat H1N1 maksimum RM80
Ogos 20, 09 6:34pm
Orang ramai boleh mendapatkan ubat antivirus bagi merawat influenza A (H1N1) dengan harga tidak melebihi RM80 sekotak di semua rangkaian klinik atau hospital yang menyertai kempen klinik cegah dan rawat wabak tersebut.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata setakat ini, sebanyak 85 klinik dan hospital swasta di seluruh negara telah mengesahkan penyertaan mereka dalam kempen berkenaan.

Beliau berkata di bawah kempen itu, klinik atau hospital swasta yang menyertainya akan diberikan harga istimewa bagi membeli ubat antivirus FluHalt (Oseltamivir Phospate) keluaran Syarikat Ranbaxy (Malaysia) Sdn Bhd.

"Apabila kita beri kata putus, iaitu klinik jangan jual harga antivirus ini
lebih tinggi daripada RM80.

Selain itu tawaran harga rendah, klinik atau hospital swasta di bawah kempen ini juga digalakkan untuk mengenakan caj yang minimum bagi konsultasi kes-kes penyakit seakan-akan influenza (ILI) bagi membantu mengurangkan bebanan kewangan kepada pesakit.

Liow turut menegaskan bahawa tindakan akan dikenakan terhadap mana-mana klinik atau hospital swasta yang enggan memberikan rawatan kepada pesakit H1N1 sebaliknya meminta pesakit dirujuk di klinik atau hospital kerajaan.

Alriz, sebuah syarikat bumiputera, dan Ranbaxy (Malaysia) Sdn Bhd melancarkan kempen bagi membantu rakyat Malaysia mendapatkan rawatan bagi influenza A(H1N1) dengan lebih mudah dan pada bayaran lebih rendah, di klinik-klinik peserta swasta di seluruh negara.

Sebuah laman web pelbagai bahasa www.h1n1.net.my telah disediakan bagi memberi maklumat kepada orang ramai mengenai H1N1 serta membolehkan mereka mengesan klinik peserta yang terdekat dengan kawasan mereka.

Liow berkata Malaysia telah pun membuat tempahan awal bagi vaksin H1N1 dan bekalan pertama 400,000 dos akan tiba pada Oktober sementara
yang kedua pada Januari.


>> MANGSA KE 68 SEORANG IBU MENGANDUNG... KASIHAN BOS..
34 MINGGU DAH TU..
ZALIM KAH ALLAH? ALLAH ZALIM KAH? ALLAH TIDAK MINTA KITA UCAPKAN KEPADANYA SEMATA-MATA UCAPAN SYUKRAN/ TERIMA KASIH DAN JUGA MINTA DIBERI HADIAH PEMBALASAN..

APA YANG ALLAH MINTA HANYALAH " BERIBADAT/MENYEMBAHNYA" DI MANA SAHAJA BERADA...

Tiada ulasan: