Sabtu, Ogos 22, 2009

PENGKHIANATKAH UMNO JIKA...


>> OLEH Datuk Kamaruddin Jaafar, AJK PAS Pusat

Berikut adalah 17 pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu

1. Melemahkan institusi raja-raja Melayu yang menjadi simbol ketuanan Melayu.

2. Melemahkan sistem kehakiman negara.

3. Menarik balik royalti rakyat petroleum rakyat Terengganu yang majoriti orang Melayu.

4. Memperkenalkan PPSMI; menghapuskan bahasa Melayu.

5. Menarik peruntukan geran kepada Sekolah Agama Rakyat, tempat belajar agama anak-anak Melayu.

6. Memperkenalkan meritrokrasi; mengurangkan peluang belajar anak-anak Melayu.

7. Memperkenalkan PTPTN dan mengurangkan biasiswa kepada anak-anak Melayu.

8. Persempadanan semula pilihanraya pada 2002; mengurangkan kawasan majoriti orang Melayu.

9. Menafikan hak royalti rakyat Kelantan yang majoriti Melayu.

10. Memperkenalkan Islam Hadhari yang mengelirukan orang Melayu.

11. Menyenaraiawamkan syarikat TH Plantation yang dahulunya dimiliki 100% oleh Tabung Haji dan dimiliki oleh orang Melayu. Tetapi sekarang orang bukan Melayu boleh memiliki saham TH Plantation.

12. Menggabungkan syarikat-syarikat konglomerat orang Melayu iaitu; Sime Darby,Guthrie dan Golden Hope, dan sekaligus mengurangkan peluang orang Melayu daripada tiga syarikat kepada satu syarikat sahaja.

13. Memetik kenyataan Mufti Perak, Datuk Harussani � 250 ribu orang Melayu murtad. Semua ini adalah di bawah pemerintahan kerajaan Umno.

14. Mewujudkan Wilayah Iskandar yang menjadi zon bebas, maka orang-orang Singapura boleh masuk secara bebas ke sana.

15. Krisis Menteri Besar di Perlis dan Terengganu apabila Umno sendiri yang menentang keputusan Sultan di negeri berkenaan.

16. Membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi sumber bantuan usahawan-usahawan Melayu.

17. Memperkenalkan liberalisasi ekonomi, maka sekaligus menghapuskan Dasar Ekonomi Baru yang tujuannya membantu ekonomi orang-orang Melayu Bumiputra.

============ ANDA KAJI SENDIRI DENGAN PERKEMBANGAN SEMASA.. ANAK-ANAK SABAH DAN SARAWAK YANG BELAJAR / BEKERJA DI SEMENANGJUNG DAN TERBUKA HATI UNTUK MENGIKUTI PERKEMBANGAN SEBENAR ISU-ISU SEMASA TANAH AIR AKAN DAPAT CERITA SEBENAR, DAN WAJIB PULANG KE KAMPONG ASAL MENCERITAKAN KEPADA IBUBAPA AGAR 'MATANG BERPOLITIK'... BETAPA BANYAK KEZALIMAN DILAKUKAN SANG PEMERINTAH, NAMUN 'KEGOAAN KUASANYA' MENYEBABKAN HANCUR MASYAKARAT KITA.. :(

Tiada ulasan: