Jumaat, Ogos 14, 2009

51 Mangsa, h1n1 mula meratah batang tubuh rakyat Malaysia... Kita Berselisih Pendapat???

Berikut saya siarkan petikan 7 pendapat berkaitan H1N1 yang sekarang meratah 51 nyawa umat Malaysia...

1. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, pada sidang media di Putrajaya semalam, berkata penutupan sekolah atau IPT hanya langkah terakhir dan boleh dilakukan apabila kehadiran pengajar serta pelajar terlalu sedikit sehingga menjejaskan operasi.


2. Presiden Fomca, Datuk N Marimuthu juga menggesa kerajaan menimbang cadangan pertubuhan itu supaya cuti sekolah seminggu yang dijadualkan bermula 21 Ogos ini dipercepatkan bagi mengekang penularan H1N1 yang semakin serius. "Langkah menutup sekolah perlu dilakukan demi kepentingan rakyat. Kenapa tidak rakyat didahulukan ketika berlaku krisis seperti ini? Kenapa kerajaan perlu ego sedangkan ada ibu bapa yang enggan menghantar anak mereka ke sekolah kerana bimbang dengan penularan H1N1," katanya.


3. Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Sri Gombak 2 dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu, Mohd Asri Sulong, . bagaimanapun mempersoalkan kenyataan Liow kerana ia boleh menyebabkan lebih ramai pelajar dijangkiti wabak itu.

4. Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa Guru Nasional, Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan, pula berkata kerajaan sepatutnya mengeluarkan garis panduan yang lebih jelas bagi mengelak kekeliruan, terutama di kalangan ibu bapa. "Garis panduan sekarang mengelirukan kerana ada sekolah atau kelas ditutup walaupun hanya terdapat murid mengalami demam atau selesema biasa," katanya.

5. Yang Dipertua Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia (GMGBM), Ruslan Madon, bagaimanapun berkata soal kekeliruan tidak timbul kerana kira-kira 7,000 guru besar di seluruh negara sudah menerima garis panduan yang jelas sejak pertengahan bulan lalu. "Kita ada garis panduan dan ini diikuti semua guru besar, tidak timbul soal keliru sama ada sekolah perlu ditutup atau tidak kalau ada kes, kerana jika mereka tidak tahu, mereka boleh rujuk kepada pejabat pendidikan daerah terdekat atau Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Kesihatan," katanya.

6. Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan, juga tidak bersetuju sekolah ditutup terutama ketika peperiksaan utama semakin hampir. Bayangkan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tinggal 30 hari saja lagi dan ini akan menjejaskan prestasi pelajar jika sekolah ditutup," katanya.

7. Presiden Persatuan Perubatan Doktor Utama Malaysia, Dr Molly Chua, pula berkata tindakan menutup sekolah atau IPT tidak menjamin wabak itu dapat dikawal. "Tutup pun tak guna, jika buka balik, orang yang tak dapat H1N1 dulu pun boleh kena, takkan nak tutup semula.

############

Sebelum ini, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mencadangkan Parlimen bersidang segera bagi membincangkan wabak ini. Namun sehingga kini ia tidak mendapat respon positif dari pihak kerajaan.

Kerajaan Negeri Kelantan pula akan menyambut permulaan puasa yang dijangka Sabtu ini dengan solat hajat khas bagi memohon kepada Allah agar dilindungi

dari wabak ini.

Tiada ulasan: