manifesto ‘rakyat didahulukan’
![]() |
| Muhyiddin Yassin berganding tangan bersama empat pemimpin parti komponen Barisan Nasional, dari kiri William Mawan, Abdul Taib Mahmud, Dr. George Chan dan Dr. James Jemut Masing pada majlis perjumpaan tertutup bersama Barisan Nasional Sarawak di Ibu Pejabat PBB di Kuching, Sarawak, semalam. – Utusan/AMIR HAFIZ ABD. RAHMAN |
KUCHING 30 Mac – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Barisan Nasional (BN) akan mengemukakan manifesto bertemakan ‘Rakyat Didahulukan’ dengan memberi fokus kepada beberapa isu yang relevan dengan kehendak rakyat negeri ini.
Timbalan Perdana Menteri berkata, manifesto yang kini berada pada peringkat akhir penyediaan itu akan dilancarkan selepas hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri Sarawak pada 6 April ini.“Kita harap rakyat dapat melihat bahawa semangat BN tidak pernah luntur, lebih fokus dan telah memenuhi apa yang kita janjikan. Kita mahu membuat janji baru dan sekali lagi memenuhinya.
“Ini akan diperincikan dalam manifesto selepas penamaan calon. Kita harap mereka (rakyat) menelitinya supaya ada keyakinan tentang apa yang mahu dilakukan BN untuk masa depan mereka,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), di sini hari ini.
Hadir sama Presiden PBB, Tan Sri Abdul Taib Mahmud; Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam; Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Datuk Seri Dr. James Jemut Masing dan Presiden Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP), Datuk Seri William Mawan.
Beliau sebelum itu mengadakan pertemuan dengan Presiden parti komponen BN dan ahli Majlis Tertinggi (MT) BN Sarawak serta mengikuti taklimat persiapan pilihan raya negeri.
Dalam pada itu, Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN beliau yakin parti itu akan memperbaharui mandat rakyat pada pilihan raya negeri akan datang berdasarkan rekod pencapaian kepimpinan BN negeri.
Katanya, kerajaan BN juga akan terus berusaha meletakkan rakyat negeri ini pada satu tahap yang lebih maju dengan taraf kehidupan yang baik dan sempurna.
“Sebab itu amat penting untuk kita meneruskan agenda pembangunan Sarawak di bawah BN,” tegasnya.
Mengenai calon untuk menggalas cabaran BN, Muhyiddin berkata, semua parti komponen di negeri ini telah mengambil kira keperluan untuk menampilkan muka-muka baru.
Katanya, senarai calon berkenaan akan diumumkan dalam masa terdekat selepas ia dikemukakan kepada Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak.








Mengulas lanjut mengenai tulisannya itu, pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM) itu berkata, beliau mendapat reaksi banyak pihak termasuk cadangan supaya beliau “mengepalai” perhimpunan anti-politik lucah itu.





2. Pesanan yang dipaparkan di Twitter sejam lebih cepat berbanding di Facebook pada 21 Februari. Ia boleh diterangkan melalui konsep daylight time saving dan bagaimana kedua-dua laman itu berfungsi.
"Kita berjaya memberikan keputusan muktamad tentang pembahagian kerusi pilihanraya ini di antara Pas, DAP dan PKR. DAP bertanding di kerusi majoriti pengundi Cina, 15 kerusi. PAS, lima dan yang lain itu PKR tetapi ada rundingan, pagi tadi antara pimpinan Snap dengan YB Azmin, petangnya disambung pula oleh YB Tian Chua," katanya.
Timbalannya, Azmin Ali pula mengesahkan PKR akan bertanding di sekurang-kurangnya 24 kerusi manakala rundingan masih berlangsung berhubung tuntutan bertindih di 23 kerusi dengan Parti Kebangsaan Sarawak (Snap).
Peguam Azmin, N Surendren ketika dihubungi Malaysiakini berkata siasatan yang dijadualkan di ibu pejabat polis Ampang terpaksa ditunda kerana Azmin yang juga ADUN Bukit Antarabangsa diperlukan hadir pada sidang DUN Selangor yang bermula hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, penasihat undang-undang negeri, Datuk Azlan Abdul Halim bersetuju dengan tindakan kerajaan Kelantan itu.
Di Kuala Lumpur, pengerusi DAP, Karpal Singh dalam satu kenyataan berkata beliau terkejut dengan keputusan kerajaan negeri Kelantan itu.













Kira-kira 10 anggota polis bertindak menghalang ketua umum
Anggota Unit simpanan persekutuan (FRU) kemudiannya terpaksa
Ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin berkata tiga orang yang ditahan ialah Maslan Abdul Raus dan Helmi Rizal manakala seorang lagi yang belum dikenali, dan masing-masing dibawa ke balai polis Hulu Kelang dan ibupejabat polis Ampang.
Pada ucapannya itu, Anwar mengingatkan perdana menteri dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor supaya tidak menggunakan taktik kotor tetapi lawan secara bermaruah di gelanggang pilihan raya.
Anwar berkata pihak polis dan Najib malah seluruh rakyat tahu siapa Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, pengerusi Risda dan bekas Ketua Menteri Melaka yang mengaku mendalangi penayangan video lucah fitnah untuk mengaibkannya di Hotel Seri Carcosa Isnin lalu.
"Saya salahkan Najib dan Rosmah kerana tidak berhadapan dengan saya. Orang rasuah dan penjenayah diangkat. Kita mahu sistem yang demokratik. Mereka mahu alih pandangan kita. 