Ahad, Julai 11, 2010

UMNO BERBOHONG UNTUK KEKAL BERKUASA? Isu rampasan tanah rakyat Sabah!

UMNO BERBOHONG UNTUK KEKAL BERKUASA?      sabahkini.net PDF Print E-mail
Written by Admin   
Sunday, 11 July 2010 10:22


Oleh : HAMZAH ABDULLAH

APABILA berjanji dia mungkiri; diberi amanah dia khianati. Itulah antara sifat orang munafik. Balasan dosa bagi orang munafik ialah dia dihumban jauh ke dalam neraka paling bawah. Itulah antara isi ceramah yang selalu kita dengar di mana-mana saluran, sama ada radio, tv, surat khabar, di masjid-masjid ketika khutbah Jumaat ataupun dalam kuliah-kuliah pada waktu maghrib dan subuh.

Ciri-ciri pemimpin munafik atau yang disifatkan sebagai pemimpin lidah bercabang ini sudah mula menyerlah kembali menjelang hampirnya musim pilihanraya. Bukti yang terpampang di hadapan mata rakyat Sabah beberapa tahun dahulu sehingga kini ialah hak pribumi Sabah untuk mendiami kampung halaman dengan selesa yang ala kadar; menduduki rumah kediaman sekadar untuk berteduh dari panas dan hujan dan sebagai ruang untuk merehatkan badan pada waktu malam bersama ahli keluarga, dimusnahkan oleh UMNO/BN Sabah.

Selepas selesai pilihanraya yang menyaksikan rakyat dibohongi dan dikhianati lagi selepas diperdaya dengan pelbagai janji manis yang ditabur semasa kempen dijalankan, kini Pemimpin UMNO/BN menabur janji malah ada yang sanggup bersumpah untuk kononnya mahu mempertahankan hak pribumi dan rakyat Sabah. 

Lebih menjijikan lagi ada pemimpin yang melaungkan slogan ‘Sabah For Sabahans’, tetapi semua harta kekayaan Sabah dibolot untuk diri dan kroni-kroni mereka! Bukannya untuk rakyat Sabah! Tetapi disebabkan sifat munafik yang lama membudaya dalam diri para pemimpin UMNO/BN, kampung halaman yang didiami rakyat pribumi di Kg. Bakau, Kg Tengisan, Kg. Lembaga Padi, Kg. Wakap, Kg Labuan, Kg. Lupak Meluas, Kg. Landau, Kg Koyah; dimusnahkan dalam sekelip mata dan tanah-tanah adat milik mereka di Kinabatangan, Lahad Datu, Tawau, Keningau, Beluran, Tambisan, etc., dirampas untuk diberikan kepada taukeh yang memiliki Sijil Anak Negeri Palsu yang menjadi kroni UMNO. 

Mereka inilah yang menyuapkan nasi ke dalam mulut para pemimpin UMNO/BN, mengisi kantong mereka dengan fulus, menyediakan kemudahan bermain golf dan menghadiahkan Ninja King di atas jasa-jasa mereka mengkhianati penduduk pribumi!

Belum lagi kita bercakap soal rumah-rumah masyarakat pribumi yang didirikan dalam kawasan Forest Reserve yang telah dibakar. Datuk Sam Mannan sendiri mengesahkan bahawa rumah-rumah ini terpaksa dibakar bagi mempastikan agar pemiliknya tidak kembali mendiami rumah tersebut!

Kini pemimpin munafik ini bermain wayang lagi dengan janji-janji manis, "Umno Ikhlas Untuk Membantu Rakyat Sabah!" Setelah Datuk Sam Mannan mengesahkan rumah-rumah dibakar, pemimpin munafik ini dengan rasa tidak malu membuat kenyataan bahawa kononnya ‘State Land’ akan ditukar status supaya boleh diberi hakmilik ‘communal title’.

Alasannya, supaya geran ini tidak boleh dijual. Bagi saya, ini suatu cerita dongeng zaman moden yang bertujuan memperbodohkan rakyat pribumi. Logiknya mudah, tukar status kononnya untuk 'communal title' tetapi secara diam-diam ‘communal title’ tidak diwujudkan dan jadikan ‘individual title’ lalu berikan kepada kroni UMNO. 

Selepas itu buat kenyataan bahawa Jabatan Tanah membuat kesilapan. Ini semua cerita auta yang skripnya sudah tersedia untuk dijadikan drama.

Saya katakan kepada ahli-ahli UMNO yang saya temui; mereka juga memang sudah meluat melihat gelagat pemimpin lidah bercabang ini, bahawa pemimpin UMNO sebenarnya ikhlas untuk melihat masyarakat pribumi menjadi papa kedana dan kekal menjadi masyarakat setinggan yang boleh diusir pada bila-bila masa yang mereka kehendaki.

UMNO terus mengharapkan masyarakat pribumi hidup merempat kerana dengan cara itu sahaja UMNO akan terus kekal berkuasa. Yang diharapkan oleh masyarakat yang merempat ini ialah 10 keping zing, 10 batang beruti, 1 kampit beras, 10 tin ikan sardin, wang tunai RM50.00 dan generator pada setiap kali pilihanraya diadakan. 

UMNO mampu untuk memberikan semua ini kepada mereka. Maka, akan selamanya begitulah nasib masyarakat pribumi selagi UMNO/BN berkuasa. Bayangkan, di mana kedudukan masyarakat pribumi dalam tempoh 5 tahun akan datang jika masih terus mengundi UMNO/BN dalam pilihanraya umum ke-13 ini. 

Bayangkan di mana kedudukan masyarakat Cina yang mengungguli hampir semua sektor, baik ekonomi dan pendidikan dan cuba buat kajian kaum manakah di bumi Sabah ini yang memiliki jumlah keluasan tanah yang paling besar. 

Berapa ribu hektar tanah berstatus NT telah dirompak oleh pemilik Sijil Anak Negeri Palsu? Berapa ribu hektar pula tanah NT telah ditukar menjadi geran besar berstatus CL? Kenapa boleh berlaku? Siapa dalangnya?

Tiada ulasan: