Ayah Ibu - keranamu aku menjadi dewasa dalam kehidupan...
Kasih sayang ibu ayah sampai ke syurga.. mana ada ayah ibu mahu 'membunuh anak' kecuali ibu ayah 'hantu' sahaja... kita yang berpengalaman jadi ibu ayah mana tahan tengok budak baru lahir dibuang... ibu ayah yang buang anak ni mana sedih.. mana sebak.. dia tak akan faham hukum jika dibiarkan lagi, maka itulah Hukum Qisas @ Ta'zir @ Hudud tersedia untuk memaham dan mendidik manusia.. kalau tidak, buang bayi akan jadi 'mainan' sahaja..
MENGAPA PM TAK MAHU GUNA HUKUM ISLAM, MENTERI BERKAITAN 'JAHIL' ATAU TAKUT NAK BERITAHU PM? ITULAH KESALAHAN KITA JUGAK.. PANGKAH BN DALAM P/RAYA.. KAN KAN.. BUDAK MATI SALAH KITA JUGA.. KITA PANGKAH BN.. BN TAK LAKSANA HUKUM ISLAM.. JADI ORANG TAK TAKUT HUKUM ISLAM.. KALAU DIA TAKUT, TAK BERANI BUANG.. BUDAK LAHIR IKUT SALURAN BETUL, MANA MAU DIBUANG MAK AYAH.. KAN KAN?? :)
--------------------------------------------------
Pendidikan Kesihatan Reproduktif & Sosial?
Sumber : http://muslimpkk.blogspot.com
Sebentar tadi aku menonton Astro AWANI, dikatakan Subjek Reproduktif kini telah siap dikaji. Dan sedia untuk dilaksanakan termasuk di sekolah-sekolah. Sebelum tu sempat juga AWANI membuat temu ramah dengan orang awam dan ada yang mengatakan “Kalau sekolah rendah tu, tak sesuai lah. Kalau sekolah menengah tu boleh lah.” Itulah sebahagian jawapan yang aku sempat melekat di otak ku.
Sebentar tadi aku menonton Astro AWANI, dikatakan Subjek Reproduktif kini telah siap dikaji. Dan sedia untuk dilaksanakan termasuk di sekolah-sekolah. Sebelum tu sempat juga AWANI membuat temu ramah dengan orang awam dan ada yang mengatakan “Kalau sekolah rendah tu, tak sesuai lah. Kalau sekolah menengah tu boleh lah.” Itulah sebahagian jawapan yang aku sempat melekat di otak ku.
Namun, pada hakikatnya jika Pendidikan ‘kesedaran’ yang umum itu dikatakan mampu untuk memberikan kesedaran dalam diri para remaja, dengan melaksanakannya di sekolah menengag. Jawapannya mungkin ada! Tetapi kurang. Kenapa? Sifatnya subjek berkenaan yang umum akan membuatkan ia hanyalah sekadar pengetahuan. Sedangkan untuk mewujudkan kesedaran yang benar-benar mantap, manusia itu sepatutnya kembali kepada 'fitrah'nya. Apa dia fitrah. Itulah dia agama.
Dan jika dirujuk tentang firah ini jalan yang sebaiknya dalam untuk menerapkan unsur ini sebenarnya adalah memperkasakan pendidikan Islam dan Pendidikan Moral di negara kita. Kalau pendidikan sains dan matematik boleh kita perkasakan kenapa tidak pendidikan agama dan moral? Kenapa Pendidikan Islam tak ada dalam PMR (Penilaian Menengah Rendah)?? Inilah yang sepatutnya dijadikan titik tolak iaitu pendidikan.
Sikap suka melaksanakan program baru setiap kali ada masalah begini, adalah sesuatu yang tidak patut diamalkan. Sepatutnya kita perlu kembali kepada asas kita. Bukannya dengan terus melaksanakan perkara baru, apakah ertinya kita hendak melaksanakan perkara baru jika kelompangan pada bahagian asasnya tidak diperbaiki. Jika alasa dengan benda baru ini boleh mengisi kelompangan itu, bagi ku pengwujudan benda baru hanya menambah kerja.
Pepatah cina mengatakan :
"Orang yang tidak memperbaiki kesalahannya telah melakukan satu lagi kesalahan."
Atau perangkaan ini hanyalah sebagai untuk mengisi program Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akibat gagal menunjukkan pembangunan yang jelas dalam halatujunya. Sedangkan institusi pendidikan yang sepatutnya amat besar dalam memainkan peranan. (aku ingin mengajak sahabat-sahabat menjadi pemerhati)
Lagipun dengan memperkasakan seperti kedua-dua subjek yang disebut di sekolah bermula dari semua peringkat rendah termasuk taska kita bukan sahaja dapat membendung gejala sosial dalam kalangan remaja. Tetapi lebih daripada itu yang kita akan perolehi.
Wallahu'alam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan