Jumaat, April 01, 2011

Lima kerusi PAS di Sarawak. DUN MANA? TERUS MARA!

SUMBER
Hazayani Zakaria   

KUALA LUMPUR, 1 April: PAS akan bertanding di lima kerusi DUN iaitu Tanjung Datu, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau dan Beting Maro dalam pilihan raya negeri Sarawak 16 April depan.
Menurut maklumat yang Harakahdaily terima, kelima-lima kerusi itu sudah diputuskan berdasarkan perbincangan antara PAS, PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat.

Baru-baru ini, mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah memutuskan PAS akan bertanding lima kerusi, DAP 15 manakala selebihnya iaitu 51 kerusi akan ditandingi PKR yang akan berunding dengan Snap sebelum apa-apa keputusan muktamat dibuat.

Tiada ulasan: