Selasa, April 12, 2011

Malaysia di landasan betul usaha perangi rasuah – TPM. BETULKAH APA YANG KAU RASAKAN???

SUMBER
12/04/2011 4:13pm

KUALA LUMPUR 12 April – Malaysia berada pada landasan yang betul dalam usaha memerangi rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa hasil daripada pelbagai inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

1-Katanya, selaras dengan tekad Pelan Integriti Nasional (PIN), kerajaan telah menaik taraf Badan Pencegah Rasuah menjadi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
2- dan menubuhkan lembaga penasihat, panel dan jawatankuasa untuk menasihati dan memantau perjalanan SPRM agar wujud ketelusan dan kebebasan dalam usaha memerangi rasuah.
3- Selain itu, “Integrity Pact” diperkenalkan dalam sistem perolehan kerajaan serta e-perolehan untuk mewujudkan ketelusan dalam pemberian tender dan kontrak kerajaan,
4-kerajaan juga telah menubuhkan Unit Pematuhan di setiap agensi kerajaan yang berisiko, mewujudkan pangkalan data pesalah rasuah dan bersetuju menerima pakai Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Menentang Rasuah.

Tiada ulasan: