Nazri Abdullah |
KUALA LUMPUR, 26 April: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berpendapat laporan akhbar Utusan Malaysia semalam bertajuk 'Pulau Pinang lubuk judi?' hanya mahu menempelak kerajaan Persekutuan. Katanya, beliau tidak nampak isu tersebut memberi imej buruk kepada kerajaan negeri itu yang diterajui DAP, memandangkan umum mengetahui bahawa kuasa meluluskan lesen judi adalah di bawah bidang kuasa kerajaan Persekutuan yang diterajui Umno BN. Begitu juga penguatkuasaan terhadap sebarang judi haram. Ia adalah bidang kuasa polis bukannya kuasa kerajaan negeri. "Saya rasa Utusan pun tahu la. Lesen judi bukan diluluskan oleh kerajaan negeri, tapi oleh kerajaan persekutuan. "Kalau Utusan cakap macam itu, macam dia menepuk air kena ke muka sendiri," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat DAP di ibu negara hari ini. Tambahnya, pihak kerajaan negeri juga tidak berkuasa mengambil tindakan undang-undang kerana bidang kuasa tersebut hanya ada pada pihak polis. Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar pro-Umno itu semalam berhubung peningkatan kadar tangkapan sindiket judi di pulau pinang. Guan Eng bagaimanapun menegaskan, kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang tidak pernah meluluskan sebarang lesen untuk tujuan itu. "Jadi saya tidak tahu, dia (Utusan) serang kerajaan DAP Pualu Pinang ke, atau kerajaan Persekutuan dan pihak polis," katanya. |
mahkamah-akhirat.blogspot.com " AYUH BERAMAL SOLEH SEBELUM DIAMBIL NYAWA KITA "
Rabu, April 27, 2011
Judi: Utusan bidas BN, polis?.. rakyat yang cerdik akan menilai...
sumber
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan