Isnin, April 11, 2011

Petronas perkenal Primax 95 Xtra ganti RON 95? DI SABAH BUKAN SEMUA DAERAH ADA RON 97.. ALAHAI..



Najib Tun Razak lancar minyak baru Petronas Primax 95 Extra diperhatikan Rosmah Mansor, Shamsul Azhar Abbas dan Amir Hamzah Azizan pada majlis pelancarannya di KLCC Kuala Lumpur, malam tadi.

SUMBER
KUALA LUMPUR 9 April - Petronas Dagangan Bhd. (PDB) hari ini melancarkan Primax 95 Xtra, minyak baru diinspirasikan oleh teknologi Formula Satu yang terbukti mampu memberi lebih kuasa serta kilometer bagi setiap liter.

Minyak baru itu bagi menggantikan RON 95 di 950 buah stesen minyak Petronas sedia ada.

Primax 95 Xtra akan dijual pada harga kawalan minyak RON 95 walaupun memiliki mutu dan prestasi yang lebih tinggi.
Primax 95 Xtra diperkenalkan hari ini bersempena dengan majlis pengumuman slogan terbaru jenama PDB iaitu 'All The Way' oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB, Amir Hamzah Azizan berkata, pelancaran Primax 95 Xtra membuktikan komitmen syarikat untuk terus melabur dalam membangunkan produk inovatif yang memenuhi serta menjangkau jangkaan pelanggan.
"Pelancaran Primax 95 Xtra hari ini menunjukkan betapa pentingnya kajian dan peningkatan yang berterusan terhadap barisan produk Primax dalam mengembangkan perniagaan runcit kami.
"Kami percaya pertumbuhan PDB bukan hanya terletak pada bilangan stesen minyak Petronas yang ada tetapi juga dari segi peningkatan mutu bahan api," katanya.
Turut hadir, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Datuk Shamsul Azhar Abbas.
Gabungan mantap bahan pembaik pembakaran dan pengubah geseran dalam Primax 95 Xtra memberi tindakan pembakaran yang cekap dan mengurangkan geseran dalaman untuk mencapai prestasi maksimum bagi setiap titik minyak yang dibakar.
Secara keseluruhannya, Primax 95 Xtra dengan pakej bahan penambah berbilang fungsi benar-benar terbukti dapat memberikan lebih kuasa, lebih pecutan dan lebih menjimatkan minyak berbanding minyak gasolin komersial yang biasa di Malaysia.
Pada majlis sama, Perdana Menteri menyampaikan sumbangan bernilai RM7.5 juta daripada anak syarikat Petronas, Kumpulan Syarikat LNG Malaysia kepada Duta Jepun di Malaysia, Masahiko Horie bagi membantu mangsa gempa bumi dan tsunami.

Tiada ulasan: